Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Mei 2014

Mampukah kecantikan menutup segala pembohongan yang berlaku



Raut wajah cantik sering dikaitkan dengan budi pekerti yang baik, sopan santun, ramah mesra dan menjadi 'role-model' kepada wanita lain.

Tetapi, cantik sahaja tidak cukup untuk memenuhi kriteria tersebut jika tidak seiring dengan akal yang bijak. Kini, pemilihan Dyana Sofya sebagai calon DAP menjadi bahan bualan kerana bukan saja muda tetapi memiliki rupa paras yang cantik.

Namun, penipuan yang dilakukan Dyana Sofya terbongkar satu demi persatu susulan terbongkarnya beberapa bukti melibatkan isu-isu Dyana yang dikatakan pembohong.

"Mengapa beliau menipu? Mengapa beliau memilih untuk berbohong? Bermula dengan isu hudud yang sering dipersoalkan mengenai agenda hudud PAS di Kelantan.

Beliau secara terbuka akan menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan Dyana tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

 BACA LANJUT DI : SARAWAKIANA

21 Mei 2014

2000 ahli bantah penipuan PKR



Kira-kira 2000 ahli PKR mengadakan satu demontrasi di hadapan Ibu Pejabat PKR malam tadi bagi membantah pemilihan PKR yang sedang berlansung.

Kebanyakan Ahli parti menimbulkan rasa ketidak puasan hati dengan unsur penipuan dan penyelewengan dalam pemilihan PKR 2014 baru-baru ini.

BACA LANJUT:-  SARAWAKIANA

20 Mei 2014

Kit Siang halang Dyana bersuara




Kenyataan yang mengatakan bahawa Dyana Sofya calon DAP bagi kerusi Teluk Intan sebagai boneka kini umpama "sudah terang lagi bersuluh".

Hal ini dapat dibuktikan pada sidang media Pusat Operasi Utama DAP Teluk Intan apabila Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga merupakan "bos" kepada Dyana tidak memberi peluang kepada calon muda itu menjawab soalan daripada wartawan.

Soalan yang diajukan wartawan sepatutnya dijawab oleh Sofya namun berlaku sebaliknya apabila Lim Kit Siang pula yang menjawab. Kenapa Dyana dihalang untuk menjawab soalan? dimanakah hak kebebasan suara beliau? ataupun calon muda ini terlalu baru dalam arena dunia politik?

BACA LAGI:- SARAWAKIANA

Biodata ringkas Dyana, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang



Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat.

Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

BACA LAGI :- SARAWAKIANA

Video pengakuan Dyana menolak pelaksanaan Hudud




Beberapa pihak dari PAS yang dilihat begitu komited untuk melaksanakan Hudud di Kelantan tetapi juga menyuarakan sokongan kepada Dyana Sofya dan DAP yang jelas menolak perlaksanaannya.

Klik sini untuk video:- SARAWAKIANA

13 Mei 2014

Speaker Nafi DUN Terengganu Dibubarkan

KUALA TERENGGANU: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu. 

lanjut di SARAWAKIANA

Ahmad Said Keluar UMNO


 

KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Ahmad yang juga Adun Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama awal pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta.
"Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.Kedua-dua surat itu dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
baca lanjut di : SARAWAKIANA

12 Mei 2014

Kampung Melayu Tabuan Foochow akan digantikan dengan apartmen



Kerajaan negeri akan menyusun dan membangun semula kedudukan perumahan serta penempatan penduduk di Kampung Tabuan Haji Draman dan Kampung Tabuan Melayu, Jalan Foochow di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkara itu telah diusulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan negeri tahun lalu.

Katanya, rancangan pembangunan semula itu meliputi pembinaan apartmen bagi menggantikan 500 rumah kayu di kawasan yang majoriti didiami masyarakat kaum Melayu.

Baca lanjut di:-  SARAWAKIANA

1 Jun 2013

Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?


Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal.  Di ulang, ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”. Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30?

Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?

Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui? BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina? Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.

Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga. Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.

Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’. Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?

Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang? Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”

28 Mei 2013

Ustaz Hadi Di Cerca Sam Ketot


Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis. “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut. “Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013. AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.