Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mac 2016

BUBAR DUN 11 APRIL,ADENAN DAN NAJIB SEJIWA SENADA



11 April 2016 menjadi pilihan Ketua Menteri Sarawak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini  sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang Ke11, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.




Seakan sejiwa senada jika sebelum ini Perdana Menteri, Najib Tun Razak juga senonim dengan angka 11 kali ini Ketua Menteri Sarawak juga memilih tarikh yang sama.Mungkin kerana ini Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 11? Mungkin Kerana DUN Sarawak mendapat tambahan 11 kerusi baru ?



Jika bagi Perdana Menteri, Najib Tun Razak angka 11 itu memberikan beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.Antaranya Allahyarham bapanya Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922.Ibunya pula , Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933.Anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan dan UMNO juga ditubuhkan pada 11 Mei 1946.Selain itu Perdana Menteri menjadi Menteri Besar Pahang yang ke 11 pada 1982-1986 dan beliau juga merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke 11.Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga no 11.



Namun apa yang pasti angka 11 bagi sesetengah masyarakat melambangkan kestabilan.

Walau bagaimanapun jika tarikh piliharaya pada 11 Mei 2016 adalah hampir mustahil kerana hari itu jatuh pada hari Rabu sedangkan hari mengundi selalunya pada hari cuti iaitu hari sabtu.Jadi tarikh yang berhampiran adalah pada 7 atau 14 Mei 2016.

Apapun Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) yang akan mengumumkan tarikh untuk penamaan calon dan pembuangan undi .Yang pasti gendang telah di palu.Sama-sama kita membantu memberi mandat penuh kepada Ketua Menteri Sarawak dan sekaligus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.


DUN SARAWAK BUBAR 11 APRIL 2016


Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.

Adenan berkata, beliau sudah bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Demak di sini, pagi tadi bagi meminta supaya DUN dibubarkan.

Katanya, Tun Abdul Taib bersetuju DUN dibubarkan pada 11 April ini.

"Selepas ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

"Surat pembubaran DUN sudah siap dan akan diberikan kepada speaker, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar untuk diserahkan kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN


PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman peribadi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.
Bagaimanapun, pertemuan itu dilakukan secara tertutup, dengan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman berkenaan.
Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan. (BH)

30 Mac 2016

RAKYAT PENYUMBANG SUMBER PENDAPATAN ?????

baru bian pkr sarawak
SIAPAKAH DALANG DISEBALIK SEMUA INI?????

Tanah Adat (NCR), isu utama yang masih menjadi mainan politik pembangkang terurama daripada parti PKR. Walau apa pun penjelasan daripada kerajaan berkenaan NCR, apabila sampai ke rakyat, putar belit fakta yang dapat daripada keterangan pembangkang.

Kebanyakkan projek kerajaan yang tertangguh atau gagal semuanya gara-gara NCR yang dipertahankan oleh segelintir rakyat yang terpengaruh oleh hasutan pembangkang. Tidak dinafikan memang ada perkara yang tidak telus berlaku namun hasutan daripada pembangkang atau pihak yang tidak bertanggungjawab lebih efektif mempengaruhi pemilik NCR.

Yang Berhormat yang paling teratas bermain isu NCR ialah ADUN Ba'Kelalan Baru Bian. Dari dahulu sehingga kini isu tersebut agenda utama beliau untuk meraih sokongan. Pada masa sama beliau akan menjadi peguam kepada pemilik NCR bila perkara NCR dilanjutkan ke mahkamah. Atas dasar sebagai yang berhormat dengan itu pengaruh sebagai peguam memudahkan lagi beliau mengurus urusan mahkmah.

Disebalik itu kedengaran suara-suara yang lantang mempertikai tindakan Baru Bian selama ini. Sebagai wakil rakyat jelas Baru berjaya menawan minda rakyat tentang NCR dan sebagai peguam pula Baru berjaya membela pemilik tanah NCR. Untuk urusan mahkamah sudah pasti pemilik NCR yang akan menanggung kos mahkamah.

Yang mengaut keuntungan daripada kos tersebut ialah peguam seperti Baru Bian. Ada yang mengatakan Baru mencipta isu NCR untuk memperolehi keuntungan daripada rakyat yang menghadapi masalah NCR. Kata mereka Baru memang bijak mencari sumber pendapatan. Itulah suara-suara rakyat yang telah memerhati tindakan Baru Bian dan suara tersebut menyatakan bahawa Baru ciptaisu dan rakyat pula yang menyumbang pendapatan kepada Baru Bian.

Adakah kerana itu rakyat mula tidak mempercayai Baru Bian ?

BUBAR DUN,ADENAN DIJANGKA JUMPA TYT BESOK


BAU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching, esok.
Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Spekulasi itu bertambah kuat apabila Adenan dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini turut membayangkan beliau akan menemui Abdul Taib dalam masa terdekat.
"Tidak lama lagi, saya akan berjumpa Yang di-Pertua Negeri untuk meminta beliau membubarkan DUN Sarawak supaya kita dapat mengadakan pilihan raya negeri.
"Selepas DUN dibubarkan, Speaker (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) akan memaklumkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya sambil menerima tepukan lebih 7,000 hadirin.BH

ORANG DALAM KHIANAT LIM GUAN ENG?


Terdapat sekurang-kurangnya tiga negeri di mana parti DAP mengalami krisis dan sedang bergolak.

Negeri pertama adalah Pahang di mana Pengerusi DAP Pahang serta Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dilemparkan telur busuk sewaktu berkunjung ke negeri tersebut baru-baru ini.

negeri edua adalah Melaka di mana seorang ADUN mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas setelah dua tahun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DAP di DUN Melaka.

DAP Pulau Pinang umpama api dalam sekam, namun cakap-cakap dan usul mahu Ketua Menteri dua penggal merupakan cabaran yang telah lama ditolak oleh Ketua Menteri, Joseph Lim.

Dalam kes sebegini, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan kroni beliau tidak dapat lari sebagai ahli politik yang mendapat manfaat besar sekiranya Joseph Lim terjebak dan didapati bersalah oleh mahkamah berhubung skandal banglo dan tanah Taman Manggis.

Skandal banglo dan tanah Taman Manggis tidak boleh dielakkan berpunca dari orang dalam DAP yang mahu melihat Dinasti Lim runtuh dan bukannya bermula dari pendedahan Ahli Parlimen Jelutong, Datuk Shabudin Yahya.

Kesemua konflik yang melanda DAP pada ketika ini dilihat ramai pemerhati dan penganalisa politik sebagai berpunca dari monopoli Dinasti Lim terhadap parti perkauman tersebut. Usaha-usaha besar-besaran sedang digerakkan semenjak PRK Teluk Intan (May 2014) lagi bagi memberi lebih banyak peluang kepimpinan dan meliberalkan suara demokrasi dalam DAP dari cengkaman Dinasti Lim.

29 Mac 2016

Adenan accepts 11 PRS recommended candidates

The 11 candidates recommended by Parti Rakyat Sarawak (PRS) for the coming state election have been accepted by Tan Sri Adenan Satem .

The Chief Minister announced the candidates at a brief press conference after a meet-the-people session at Borneo Convention Centre Kuching on Tuesday. 

Among them are four new faces - Christopher Gira, 45, for Tamin, Wilson Nyabong Ijang, 57 (Pelagus), Chuk Pai, 47 (Murum) and Majang Renggie, 57 (Samalaju). 

The others are incumbents Tan Sri James Masing, who is also PRS president, for Baleh, Snowdan Lawan (Balai Ringin), Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcom Mussen (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah), Datuk John Sikie (Kakus) and Liwan Lagang (Belaga). 

"These are part of my team of Barisan Nasional candidates who have been accepted by me from PRS," Adenan said. 

According to Adenan, he would make similar announcements for other component parties, including direct Barisan candidates, "when the time comes". 

He declined to comment on the ongoing tussle for seats between SUPP, SPDP and their breakaway parties of UPP and Teras, except to reiterate that the matter would be resolved before nomination. 

Meanwhile, Masing thanked Adenan for confirming the PRS candidates and pledged to return all 11 seats to Barisan.
The Star

Dissolution of DUN anyone’s guess


KUCHING: Speculation is rife the State Legislative Assembly (DUN) will be dissolved on April 11, a Monday.
However, some political pundits believed Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem might make the long-awaited announcement on April 7, as the digit ‘7’ is his favourite number.
According to sources, Adenan’s mobile phone number has four 7’s. But some believed it could be this Thursday (March 31). When contacted, Unimas’ Associate Professor of Political Communications, Dr Jeniri Amir, strongly believed DUN would be dissolved on April 11.
“My prediction that nomination will be on April 18 and polling on April 30 was spot on. However, he (Adenan) needed to make some amendments because he did not want the Election Commission (EC) to be perceived to be within his grip,” he told The Borneo Post yesterday.
“My new take is this: polling will be on May 7 or 14, both Saturdays. As for nomination day, it will fall two weeks before these two days.” Jeniri said if polling was on May 7, then nomination would be on April 23. If polling was on May 14, then nomination would be on April 30. As for the number of seats that the BN could win, Jeniri said there were 60 safe seats and 22 grey ones.
He, however, was quick to add that from previous experiences and analysis, the BN should be able to counter these grey areas during the campaigning period.
“They (BN) have the ability to neutralise negative elements, what with their good track record with delivery under the politics of development and the present policy of rural transformation, where RM1 billion has been allocated for the purpose.
“So, Adenan’s target of 70 seats is realistic and achievable.”
Meanwhile, the Walikota of Samarahan, Datuk Peter Minos, believed DUN would be dissolved this Thursday (March 31).
Minos said the date was his guess as in meetings with PBB workers and supporters in Lundu area about a week ago, Adenan did mention the dissolution date was near and would be within days after the meeting.
“I base my guess on what he told PBB members. As the meeting was held a week ago, I believe March 31 will be the most likely date.” Minos’ speculation does have some merits as the State Cabinet would be meeting on March 31. It has been the usual practice for the chief minister to pay a courtesy call on the Yang di-Pertua Negri (TYT) before chairing the cabinet meeting.
It is possible Adenan might consult Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on the dissolution date before chairing the cabinet meeting.
Meanwhile, the Election Commission (EC) completed all the necessary preparations and trainings for its returning officers and supporting staff for the 82 seats in February.
“We are now 100 per cent ready for the state election. It is now up to the chief minister to advise the TYT to dissolve DUN. Thereafter, we will decide the date of nomination and polling,” said state EC director Datu Takun Sunggah.
He revealed that this time around, the EC had been allocated RM135 million because of the increasing cost of goods and services.
“That (allocation) is very much less than the budget we proposed. However, we will make do with what we have. If it is not enough, we will ask for some more. The large chunk of the budget goes to transport, especially rental of helicopters for rural constituencies,” said Takun.
Borneo post.

28 Mac 2016

Calon Anak Jati Kabong



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terus mendekati rakyat dengan turun padang melawat ke setiappelusok Sarawak. Kali ini Adenan berpeluang menjejak kaki ke Kabong untuk melihat sendiri keadaan di Kabong.

Adenan memberitahu penduduk Kabong bahawa beliau akan mengumumkan calon bagi DUN Kabong yang mana DUN Kabong adalah DUN baru hasil daripada persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang lalu.

Adenan turut menyatakan bahawa DUN Kabong akan dicalonkan anak watan sebagai calon yang akan bertanding pada pilihanraya akan datang. Beliau turut menggesa agar dengan keputusan calon nanti, jangan ada isu mensabotaj calon dilakukan.

Permuafakatan dan kerjasama amat diperlukan bagi menjayakan gerak kerja calon tersebut untuk membawa agenda pembangunan rakyat dan kawasan. Keputusan daripada Adenan nanti adalah keputusan yang membentuk pasukan Barisan Nasional Adenan.

Pada masa sama Adenan turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk membina dewan dan masjid di Kabong. Dengan peruntukkan tersebut rakyat Kabong akan menerima faedah daripada hasil usaha kerajaan dan membentuk suasana rakyat yang sejahtera.

27 Mac 2016

Pemimpin PBB Melahirkan Pemimpin Muda



Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mampu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa untuk mewakili satu-satu kawasan pada masa akan datang. Khabar angin mengatakan PBB sekadar parti untuk orang tua hanyalah spekulasi yang tidak sahih di mana sebelum ini ramai muka baru yang datang dari anak muda telah menjadi wakil rakyat malah ada yang sudah berjaya menjadi ahli Parlimen.

Untuk pilihanraya negeri tidak lama lagi, pemimpin seperti Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem begitu komited memberi ruang untuk anak muda menjadi pemimpin. Ia sejajar dengan dasar yang lebih mentranformasikan parti kepada kejayaan seterusnya di samping tenaga anak muda amat diperlukan untuk menjayakan lagi misi membangunkan Sarawak ke landasan yang lebih cemerlang.

Ketokohan pemimpin seperti Datuk Seri Fadilah Yusof begitu menyerlah apabila anak muda seperti Fazzruddin Abdul Rahman mula mendapat tempat di persada politik. Fazzruddin telah mendapat kepercayaan Ketua Menteri Sarawak untuk dicalonkan sebagai calon DUN TUPONG pada pilihanraya Sarawak kali ini. Ternyata kepimpinan pemimpin PBB seperti Fadilah tidak mementingkan diri sendiri dan beliau begitu komited untuk melihat anak muda yang telah berkhdmat untuk beliau menjadi seorang pemimpin kawasan pada masa depan.

Sikap sebegini dalam PBB membuat PBB sebagai sebuah parti yang kukuh dan kuat serta mempunyai kepimpinan yang datang daripada berbagai lapisan umur. Gabungan yang berpengalaman dan anak muda begitu signifikan sekali bagi meneruskan usaha pembangunan untuk rakyat dan mencapai wawasan cemerlang untuk Sarawak.