Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

8 Apr 2013

Konflik PAS-PKR Perlis: Politik Golongan Ulama Lebih Kotor


PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan lagi satu rahsia, sama seperti PAS menolak DAP juga bukan rahsia.   Namun, yang menolak Anwar dan DAP ini bukanlah semua, tetapi hanya terhad kepada golongan Ulama saja.   Manakala, di kalangan pencacai atau penyokong bawahan PAS yang buta tuli, kabur dan kosong itu pula, langsung tidak tahu apa-apa dan hanya menyokong dan mempercayai apa saja yang disogok oleh kitab ‘suci’ Harakah.

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa golongan Ulama yang menolak Anwar memilih Haron Din sebagai wakil untuk memberitahu Anwar secara terus terang bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.   Sehubungan dengan itu, satu gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengsabotaj Anwar termasuk di dalam ceramah-ceramah PR.

Antaranya, di salah satu ceramah di negeri Perlis, pihak pengerusi Majlis telah ‘mengenakan’ penceramah PKR dengan memberikan teks untuk pengumuman yang mana terkandung di dalamnya nama 3 calon PAS bagi Parlimen negeri itu sekali gus menafikan permintaan PR untuk parlimen Kangar.  

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dikatakan antara yang kecewa dengan pengumuman itu kerana Anwar telah menjanjikan kerusi parlimen untuknya.  Kekecewaan tersebut bertukar marah apabila Anwar langsung tidak berbuat apa-apa untuk membelanya ataupun parti PKR.  Malah, Anwar langsung tidak berani mengumumkan nama-nama calon PR.

Setakat ini, 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis, semuanya dibolot oleh PAS.

Begitulah sekali licik PAS mempermainkan rakan-rakan sekutunya sehingga sanggup mengsabotaj teks ceramah.   Nampaknya, PAS benar-benar berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara dalam mencari jalan untuk berkuasa.

Oleh itu, tidak salahlah jika UMNO sering mempertikaikan kedudukan PAS sebagai parti Islam.  Ini kerana di dalam Islam, ketulusan dan keikhlasan adalah tonggak keimanan.  Tanpanya, apa saja yang dibuat tidak akan membawa makna.  Tidak ada ungkapan ‘matlamat menghalalkan cara’ di dalam Islam kerana Islam menuntut umatnya agar sentiasa menggunakan cara yang benar walau apapun yang terjadi.  

Kita difahamkan bahawa sebelum ini, Haron Din ada didatangi Anwar yang telah menghidu akan penolakan terhadapnya dari golongan Ulama PAS.  Tetapi, Haron Din telah bertindak berdolak dalih dan berbohong bagi menenangkan Anwar walaupun sebelum itu telah pun bersepakat untuk menolak Anwar.  Bukankah berbohong merupakan satu dosa?  Kenapakah seorang Ulama perlu berbohong dalam soal yang beliau boleh berterus terang?

Jelas, Haron Din bermain politik yang paling kotor di mana beliau dan seluruh golongan Ulama PAS sanggup selama ini berpura-pura menyanjung Anwar sehingga sanggup menidakkan bukti jelas mengenai skandal Anwar.  Tidak cukup dengan itu, golongan Ulama ini juga dengan sengaja memfitnah sebagai UMNO memfitnah Anwar, semata-mata untuk membela Anwar.

Mereka juga sanggup mempermainkan ayat Al-Quran, soal sumpah, soal 4 saksi dan sebagainya, semata-mata untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang mana memberi kelebihan kepada Anwar.  Walhal, di dalam hati mereka cukup maklum tentang kebenaran mengenai salahlaku Anwar.

Sehinggakan ke hari ini, di ketika Haron Din sedang mengatur gerakan besar-besaran untuk menyingkirkan Anwar, masih ada lagi pencacai PAS yang buta tuli, kabur dan kosong yang berterusan membela Anwar kerana berpegang teguh kepada apa yang diperkatakan oleh golongan Ulama itu mereka sebelum ini.  

Kita ingin bertanya Haron Din, kenapa tidak menolak Anwar secara terbuka sahaja?  Iaitu tampil mengakui bahawa PAS percaya bahawa Anwar sememangnya tidak bersih agar pencacai-pencacai tadi kembali ke pangkal jalan?  Kenapa Haron Din sanggup membiarkan penyokong mereka sendiri terus tersesat menyanjung dan memuja Anwar?

Bercakap tentang hal ini, kita sebagai saudara seagama turut merasa malu.  Tidak tahu apakah yang lebih busuk antara ‘DAP memperkudakan PAS kerana PAS bodoh dan gila kuasa’, atau ‘PAS menikam belakang DAP dan PKR kerana gila kuasa’.  

Dalam kata lain, kita tidak tahu mana lebih buruk antara ‘PAS yang bodoh’ atau ‘PAS yang jahat’.

Jika caranya saja sudah salah dan bertentangan dengan Islam, apakah jaminan yang PAS akan dan mampu mempertahan dan melaksanakan agenda Islam sekiranya mereka memerintah?  

PAS sudah terlalu kotor nampaknya.  Jubah yang dipakai juga sudah tidak mampu lagi menutup najis yang bersememeh, bertakung dan busuk.  Segala sifat amarah, fitnah, putar-belit, dengki, iri hati, cemburu, dendam, benci, gila kuasa telah menjadi cara hidup ‘umat PAS’ yang dipromosi oleh Ulama mereka.

PAS wajib membersihkan diri jika ingin terus memakai nama Parti ‘Islam’ SeMalaysia.  Sesungguhnya, tiada apa lagi yang Islam di dalam PAS kecuali nama, slogan dan sebutannya saja.  Jubah dan serban yang dipakai Ulamanya itu juga bukan lambang Islam, tetapi lambang budaya Arab.

Bak kata seorang Ulama dari Indonesia yang menyampaikan kertaskerja di dalam program Islam di Nusantara baru-baru ini, “Islam itu tidak ada imej atau bentuk tertentu kerana ia adalah untuk semua bangsa di dunia.  Malah, kubah pun bukanlah lambang atau bentuk binaan Islam tetapi hanyalah berdasarkan budaya sahaja.”

Mungkin inilah antara sebab musabab Kaabah itu bentuknya segi empat, tanpa ukiran atau tanda apa-apa supaya manusia tidak meletakkan imej atau bentuk tertentu bagi menggambarkan Islam, lalu taksub dan keliru pula mengenainya.

5 Apr 2013

Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Jalil – Himpunan Janji 1Malaysia




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

“Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, 
Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

“Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional,” katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

“Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

“Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat,” katanya.

Samseng PR Makin Menggila


Johor Bahru: Seorang petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin. 


Ketika kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton Wira yang menuju ke arah mereka. “Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu menuju ke arah kami.

Bimbang kejadian tidak diingini, rakan saya Mohd Sukhri Soyod, 19, menghidupkan motosikal sebelum saya memboncengnya. Rakan saya kemudian memecut hingga tiba satu simpang dan cuba membuat pusingan U. 


“Bagaimanapun, ketika kami hendak membuat pusingan, secara tiba-tiba kereta terbabit merempuh motosikal menyebabkan kami berdua terjatuh ke jalan. 



“Dalam keadaan kesakitan akibat terjatuh, kami bangun dan lari meninggalkan motosikal di situ sebelum diselamatkan seorang rakan yang kebetulan melalui kawasan itu,” katanya ditemui ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang, petang semalam. 

BACA SELANJUTNYA:-  SINI

25 Mac 2013

“U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan”




Masihkah anda semua ingat detik 3 Mei 2012??? Apabila sekumpulan wartawan berpakaian hitam telah berhimpun sempena “Hari Kebebasan Media Sedunia” anjuran Malaysiakini di hadapan pejabat portal tersebut di Bangsar? Jika tidak ingat, biar penulis menyingkap kembali peristiwa tersebut, yang kononnya hendak menunjukkan solidariti menentang apa yang di dakwa mereka sebagai keganasan polis ketika demo Bersih 3.0.

Tapi yang datang hanya wartawan-wartawan yang pro-pembangkang dan selebihnya bukan wartawan pun malah langsung tidak ada kena-mengena dengan media baik cetak mahupun elektronik. Mereka hanya datang untuk meramaikan majlis bagi mengambarkan kononnya perhimpunan itu mendapat sokongan dan dokongan dari para petugas media.

Majoriti di kalangan wartawan pada ketika itu hanya tersenyum sinis, apabila melihat gelagat mereka yang buta menilai apa sebenar yang dimaksudkan dengan kebebasan media.

Persoalannya, adakah penganjur program, Malaysiakini turut mengamalkan kebebasan media? Pasti ramai yang mendengar soalan ini akan ketawa terbahak-bahak hahahaa. Kerana portal tersebut hanya berselindung disebalik nama ketelusan semata-mata, tapi pada hakikatnya adalah merupakan media propaganda pembangkang.

Tambahan pula, sebelum ini portal tersebut turut pernah terkait dengan dakwan menerima dana asing yang dibiayai oleh penyangak mata wang asing, keturunan Yahudi iaitu George Soros. Dengan menerima dana tersebut, portal tersebut secara tidak langsung telah hilang kredibiliti sebagai media yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Berbalik kepada isu tadi, tidak salah untuk meraikannya tapi kalau nak bercakap pasal kebebasan media tu cerminlah diri dulu. Antara jaguh yang menyekat kebebasan media ini adalah PKR yang diketuai oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.

Terbaru, Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah dilaporkan mengugut untuk memanggil pengawal mengheret wartawan keluar, hanya kerana tidak mampu menjawab soalan yang ditanya.

“Tapi the issue here is, why Anwar berani saman blogger dalam isu ini, tapi kes dahulu yang melibatkan China Doll dia tidak berani saman Datuk Trio (Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib). Why?” antara soalan yang dikemukan oleh wartawan tersebut.

Apa yang tidak kena dengan soalan ini? Jika kita lihat soalan tersebut, ianya jelas wartawan tersebut hanya mahukan penjelasan. Kenapa Rafizi perlu mengamuk sehingga mahu memanggil pengawal untuk mengheret wartawan keluar?

Tak cool la brader…mana pergi kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Tindakan di bawah sedar Rafizi itu jelas menunjukkan mereka dalam keadaan hilang arah dan panik. Pelbagai mala petaka sedang menimpa pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan tertekan.

Belum pun selesai satu isu, keluar pula isu yang lain, sehingga menyebabkan Rafizi tidak menang tangan untuk membela dan menjaga kehormatan Anwar.

Sedarlah wahai Rafizi, golongan bloggers hanya watak kecil @ ikan bilis sekiranya ingin dibandingkan dengan Anwar. Macam mana nak menjadi perdana menteri, sekiranya baru dicuit ikan bilis, bagai nak gila Anwar dibuatnya.

Mana hak kebebasan bersuara yang ingin diperjuangkan? Hahahahaha



24 Mac 2013

TERKINI!!!! 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera


Ini berita yang baru diterima...



Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

23 Mac 2013

Nur Misuari Musuh Negara






Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

20 Mac 2013

Dr Asri Tolak Pujuk, Rayu Dan Rayuan Anwar??





Tindakan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang memaklumkan mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri di laman twitternya nyata tidak dapat diterima oleh pimpinan tertinggi PKR khususnya Anwar Ibrahim. Ini kerana menurut sumber dalaman PKR, kenyataan  Dr Asri yang seolah-olah memuji gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu telah menyebabkan PKR mengambil keputusan untuk tidak mencalonkannya dalam pilihanraya akan datang.

Dr Asri semalam, melalui laman sosialnya memaklumkan mengenai perjumpaan tersebut yang diadakan pada 2 minggu yang lalu.

“2 mnggu lepas YAB PM (Perdana Menteri) jemput saya ke pejabat beliau (untuk berjumpa secara) sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau mendengar dengan teliti (dan) saya hargai sikap itu” katanya.
Beliau sebelum ini dikatakan menjadi buruan PKR untuk diletakkan sebagai calon parti itu yang ingin menonjolkan tokoh agama sebagai salah satu cara untuk meraih simpati pengundi. Selain PKR, parti gabungan pakatan pembangkang seperti DAP dan Pas turut dikatakan berminat untuk mencalonkannya mewakili parti mereka di dalam pilihnaraya umum yang akan datang.

Malah PKR turut dikatakan menghantar salah seorang Naib Presidennya untuk berjumpa dengan Dr Asri agar segera menimbangkan tawaran yang diberikan itu. Dan usaha memujuk yang dilakukan itu dikatakan telah memakan masa hampir berbulan-bulan lamanya.

Tambah menarik perhatian ialah, Anwar Ibrahim turut mengunakan umpan jawatan untuk menarik minat penceramah itu dengan menawarkan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya pakatan berjaya mengekalkan negeri tersebut.

Secara keseluruhannya, melihat dari usaha yang dilakukan oleh Anwar ini nyata membuktikan bahwa parti itu benar-benar berada dalam keadaan yang terdesak dalam mengetengahkan calon yang boleh diterima rakyat.
Dengan usaha dan percubaan untuk memberikan rasuah jawatan kepada mana-mana pihak untuk menyokong mereka turut membuktikan budaya politik jijik yang diamalkan.

Ia juga secara tindak langsung membuktikan bahawa parti itu telah ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon, walaupun di pentas-pentas ceramah mereka mendakwa semakin diterima oleh rakyat.

Dan jangan dilupa, dari artis sehinggalah kepada pegawai tertinggi kerajaan, ramai dikatakan telah mula menyatakan hasrat untuk menyertai dan  memberikan sokongan terbuka kepada mereka.

Masakan dalam ramai-ramai tokoh dan ikon yang menyertai mereka, tiada seorang pun yang difikirkan layak untuk diketengahkan sebagai calon. Atau mungkinkah Anwar sendiri masih sangsi dengan kelayakkan dan kredibiliti mereka? Atau mungkin juga Anwar merasakan peranan dan tugas mereka hanya layak digunakan sebagai tukang maki dan carut sahaja di atas pentas ceramah.

Terbaru, Dr Asri dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding di atas mana-mana parti kerana ingin bertindak sebgai pemikir yang kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

Ternyata rayuan Anwar selama berbulan-bulan untuk memujuk Dr Asri gagal dan telah ditolak mentah-mentah. Kenyataan sumber PKR seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini hanyalah merupakan satu sandiwara untuk mengelak Anwar mendapat malu.

Maklumlah selama berbulan usaha dilakukan untuk memujuk rayu Dr Asri telah ditolak mentah-mentah.

13 Mac 2013

Segera!! Sampai Masa Tentera Dilengkapkan Dengan Heli Penyerang







Operasi Daulat yang sedang berlangsung duSabah sekarangmendedahkan beberapa keperluan mendesak yang perlu diberi perhatian kerajaan untuk memantapkan lagi pertahanan Kawasan Keselamatan Khas yang baru sahaja ditubuhkan di Sabah.

Antara yang yang penulis rasa perlu disegerakan porelehannya ialah helikopter penyerang (attack helicopter).

Keadaaan muka bumi negeri sabah terutamanya Lahad Datu yang berbukit bukau, jelas menyukarkan pergerakan kereta perisai tentera darat.

Rancangan asal untuk menggunakan kenderaan jenis ACV-300 Adnan yang leih moden, terpaksa dibatalkan kerana masalah berat.

Nasib baik tentera darat menangguh untuk menamatkan operasi kereta perisai jenis Condor, dapat juga kenderaan kantersebut digunakan dalam Operasi Daulat walaupun iaa telahpun berusia 30 tahun.

"Terima Kasih" juga kepada pembangkang yang membantah cadangan pembinan 257 kenderaan 8x8 buatan tempatan dengan menggunakan teknologi kereta perisai FNSS Pars dari Turki, Sehingga Program pertahanan bernilai lebih RM 8 billion itu tertangguh sampai sekarang.

Maka itu, perolehan helikopter penyerang ini wajar diteruskan semula bagi membantu pergerakkan anggota di darat. 

Ramai tidak tahu bahawa ATM pada satu ketika pernah cuba memperolehi sehingga satu skuadron 8 buah helikopter penyerang jenis Rooivalk dari Afrika Selatan pada tahun 1997 untuk melengkapkan skuadron 883 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Pakej perjanjian yang turut merangkumi 2 bateri meriam berat jenis Danel G5 155mm, telah ditandatangani antara 2 kerajaan. Tapi berikutan krisis matawang yang melanda negara pada ketika itu, perolehan helikopter penyerang digugurkan dari pakej yang telah dipersetujui.

Hanya perolehan meriam sahaja yang diteruskan.

Sejak itu, pengeluar Rooivalk, Denel berusaha keras untuk memasarkan helikopter tersebut di negara ini melihat kepada penyertaan syarikat tersebut dalam beberapa edisi LIMA.  Tapi sejak 2 edisi LIMA yang lepas, Denel sudah berhenti menghantar Rooivalk untuk dipamirkan,  mungkin kerana hilang minat, selain tidak ada petunjuk kerajaan Malaysia akan menyambung semula perolehan yang tergendala pada 1997.

Rooivalk dirasakan adalah satu pilihan yang sesuai.  Selain mempunyai sistem persenjataan dan navigasi yang hampir sama (walaupun tidak sehebat) dengan pesaingnya, Apache, tapi satu kelebihan Rooivalk yang menarik minat PUTD dahulu ialah kerana ia mudah diselenggara, walaupun tanpa fasiliti yang lengkap.
Kehebatan Rooivalk tidak boleh diketepikan kerana helikopter ini tersenarai sebagai antara 2 calon terakhir dalam program helikopter penyerang tentera Turki, ATAK.  Program itu bagaimanapun dimenangi oleh firma dari Italy, Agusta dengan pesawat A129.

Selain itu, kerajaan juga ada pilihan helikopter penyerang lain seperti T-129 Mangusta (Agusta Westland), KA-52 BlackShark (Kamov), EC665 Tiger (Eurocopter) selain AH-64 Apache (Boeing) sendiri.  Bercakap tentang KA-52, sistem komputer helikopter ini boleh dihubungkan dengan pesawat SU-30 MKM yang telah diperolehi TUDM untuk memudahkan lagi kordinasi serangan.




23 Feb 2013

BN AKAN MENANG LEBIH 160 KERUSI.

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja. Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan u-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi. Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat. Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan. Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukatn iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara. ‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi. Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib. Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh. Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme. Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

28 Jan 2013

BN LEADERS BRIEF DPM ON GE PREPARATION.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also deputy Barisan Nasional (BN) chairman was briefed by leaders of the four state BN component parties here last night on their level of preparedness for the next parliamentary polls (or GE13).The secretary-general of each of the four parties gave the deputy BN chairman the latest update on their GE13 preparationwhile the party presidents responded to queries from Muhyiddin.The dinner meeting with Muhyiddin was held at the PBB headquarters in Jalan Bako here.There was no discussion on seats and candidates during the discussions as it was focused on how the state BN would tackle issues faced by them in all parliamentary seats.The four state BN parties are Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).Presently the state BN holds 29 of the 31 parliamentary seats with the other two, namely Bandar Kuching and Sibu being represented by DAP.Of the total, PBB was allocated 14 seats followed by SUPP (seven), PRS (six) and SPDP (four).Present at the meeting were state BN chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud who is also PBB president; SUPP president Dato Sri Peter Chin; PRS president an Tan Sri Dr James Jemut Masing and SPDP president Tan Sri William Mawan Ikom.UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan also attended the meeting.Muhyiddin is in town for three days starting yesterday for his walkabout at various places here apart from meeting State BN leaders.