Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

10 Apr 2015

Gelanggang PRK Rompin,Hari Mengundi Pada 5 Mei.


10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin diadakan pada 5 Mei depan , manakala hari penamaan calon pada 22 April ini.
Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Jumaat.
Abdul Aziz berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
“Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian,” katanya.
Tambah Abdul Aziz, jumlah pengundi bagi Parlimen Rompin adalah 53,294 orang.
“SPR akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran.
Abdul Aziz berkata, SPR pada mulanya bercadang untuk mengadakan PRK itu serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, namun diputuskan supaya diadakan dua hari lebih awal kerana 7 Mei adalah Hari Hol bagi negeri Pahang.
“Hari Hol adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan banyak program penting diadakan membabitkan kerabat diraja, pihak istana serta ketua jabatan, justeru 7 Mei adalah tidak sesuai (diadakan PRK Rompin),” katanya. BNBBC

Gelanggang PRK Permatang Pauh.



HARI pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah ditetapkan pada 7 Mei depan untuk memilih pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang merupakan penyandang kerusi itu hilang kelayakan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 25 April ini dan hari mengundi awal ditetapkan pada 3 Mei nanti.

Tarikh bersejarah bagi Parlimen Permatang Pauh itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK berkenaan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 1 April lepas telah memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan itu.

Ia berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dihantar oleh keluarga Anwar untuk memohon Pengampunan Diraja bagi kesalahan meliwat berkenaan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.044 Permatang Pauh itu, perlu diadakan satu pilihan raya kecil.
– PRU14.tv

#JawapanPM:SOAL JAWAB KHAS BERSAMA YAB PERDANA MENTERI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.
Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:
MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?
NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.
Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.
Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.
SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?
NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.
Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.
Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.
SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.
Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?
NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.
Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.
Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.
SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.
Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.
Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.
Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.
Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.
Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.
Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.
Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.
Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.
NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.
Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.
Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.
SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.
NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.
Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.
Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.
Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.
SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?
NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.
Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?
SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?
NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.
SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?
NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.
SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.
Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.
Sebab itu bila Lloyd sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.
Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.
SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?
NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.
SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?
NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.
SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.
Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.
Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.
Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.
SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?
NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.
SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?
NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.
Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.
~Bernama~

9 Apr 2015

PAS Lebih Pentingkan Nasib Penjenayah Dari Ahli Keluarga Memali.


PEMIMPIN oportunis PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dikhabarkan sudah membawa ibu, Sirul Azhar Umar untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertemuan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya tetapi waktu pertemuan berkenaan tidak diketahui.
Katanya dalam pertemuan itu, Piah berkata kepada Dr Mahathir bahawa anaknya itu telah dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Sirul dan seorang lagi Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh.
Nampaknya PAS, lebih mementingkan Sirul iaitu seorang pembunuh yang didapati bersalah oleh sistem kehakiman negara.
Agaknya PAS lupa kejadian 14 orang yang meninggal dunia dalam kes Memali pada 19 November 1985 yang kebanyakannya ahli PAS pada masa itu.
Selain 14 orang yang mati, berpuluh-puluh yang lain cedera serta beratus orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kemudiannya kecuali 36 orang sahaja.
Zaman itu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam (pada masa itu Datuk Seri) menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.
Dikatakan, Perdana Menteri pada ketika itu berada di China.
Kejadian berlaku di Kampung Memali di mukim Siong, Baling berhampiran sempadan Kedah – Thailand.
Dalam kes itu, Musa menjelaskan beliau ketika itu operasi bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah.
Ibrahim Libya memang dikehendai polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecahbelahkan orang Islam.
Dia juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.
Dikatakan banyak yang ditahan dalam kes berkenaan tidak pun dibicarakan biarpun ada yang memiliki senjata api sebaliknya ditahan mengikut ISA.
Sepatutnya PAS melalui Mahfuz, memperjuangkan nasib ahli keluarga mereka yang terkorban ini dan datang bertemu Dr Mahathir dan meminta bekas Perdana Menteri itu menjawab dan menjelaskan apa yang berlaku pada hari kejadian.
Pada 27 Mac tahun lepas di Hotel Renaissance, Kota Bharu di Kelantan, Musa membuat pendedahan bahawa Dr Mahathir sebenarnya berada di Kualam Lumpur sewaktu tragedi Memali dan bukan di China.
Dr Mahathir kemudian ketika ditanya mengatakan sudah tidak dapat mengingati di mana beliau berada ketika itu dan perlu memeriksanya kembali.
Pada 10 April kemudiannya, beliau mengaku bahawa hanya berlepas ke China pada 20 November, sehari selepas peristiwa Memali .
– PRU14.tv


LUNDU:'TSUNAMI' IKAN BILIS @ PUSUK.

LUNDU ; Bagaikan pesta petang semalam bila di banjiri dengan ikan bilis @ dikenali sebagai pusuk di Pantai Pandan sebuah pantai peranginan yang terkenal di Lundu.Penduduk teruja dengan fenomena yang disifatkan tak pernah berlaku lagi hingga ada yang mampu mengutip hingga 2-3 guni beras seorang.





3 Mac 2015

ADI PUTRA BERTEMU DANIYAR KESSIKBAYEZ

Bagi peminat Adi Putra, ramai di antara mereka pasti tahu bahawa pelakon ini baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 34 tahun semalam dan beliau sempat meluangkan masa melawat rumah warga emas.

Adi Putra telah meluangkan masa di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Puchong itu yang dikendalikan oleh Puan Muji Sulaiman. Apa yang lebih mengejutkan beliau, kehadiran Adi di situ juga menemukannya dengan bakal menantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) Daniyar Kessikbayev.

Tersentuh dengan peribadi jejaka kelahiran Kazakhstan itu, , Adi Putra menyifatkannya bakal menantu PM itu sebagai seorang lelaki budiman yang sangat merendah diri.

Selain itu, Adi Putra juga turut mendoakan agar majlis perkahwinan Daniyar dengan anak PM, Nooryana Najwa, 26, yang bakal berlangsung pada bulan hadapan berjalan lancar di akaun Instagram miliknya.

Untuk makluman, Najwa bakal diijabkabulkan dengan Daniyar, 26, pada 28 Mac ini di Kuala Lumpur Convection Centre di KLCC.

Selain itu, kenduri serta majlis resepsi lain akan diadakan di Sri Perdana, Putrajaya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kawasan parlimen PM di Pekan, Pahang.

Untuk majlis di Sri Perdana, ia diadakan untuk tetamu jemputan istimewa manakala di PWTC dikhaskan untuk pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara.

Sementara majlis di Pekan pula adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengundi di kawasan terbabit. Majlis bertandang ke Kazakhstan pula akan berlangsung selepas itu.

Nooryana, anak sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, berkenalan dengan Daniyar ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan sudah mengikat tali pertunangan pada 2011. (rtky)

13 Jan 2015

Persempadanan Semula: DAP Sarawak Hanya Nak "Menang Mudah" Pada PRN?


Niat sebenar di sebalik saranan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu melibatkan DUN Pending dan Batu Lintang adalah menambahkan bilangan kerusi pembangkang di negeri ini dengan cara yang termudah sekali.

Semalam, ADUN Pending Violet Yong pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching berkata, DAP Sarawak akan membuat bantahan kepada SPR dan mencadangkan pengwujudan kawasan DUN yang baharu melibatkan pecahan antara Pending dan Batu Lintang.

Alasan DAP untuk berbuat demikian kononnya adalah sama seperti alasan Barisan Nasional (BN) juga iaitu untuk "penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap" sebenarnya tidak relevan langsung terhadap dua kawasan (Pending dan Baru Lintang) yang dicadangkan DAP.

Mana tidaknya, kedua kawasan tersebut berhampiran dengan Bandaraya Kuching lengkap dengan segala infrastruktur asas berbanding dengan kawasan-kawasan persempadanan yang baharu yang telah dicadangkan SPR.

Berikut adalah senarai DUN baharu yang dicadangkan; N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama.

Tidak keterlaluan jika dikatakan permainan pembangkang Sarawak begitu licik sekali dengan mempergunakan alasan untuk kebaikan rakyat tapi sebaliknya hanya untuk memperkuatkan kuasa politik mereka. Baca sepenuhnya di - Sarawakiana

9 Sep 2014

Fakta Tamparan Nik Aziz Yang Ramai Tidak Tahu





Kan dah nak kene penamporrrrrr!

11 Ogo 2014

TEMUDUGA TERBUKA KURSUS KERJAYA GOLF.


Untuk mengatahui lebih lanjut sila layari link di sebelah :-http://www.primavoc.com/

11 Jul 2014

KHALID KHIANATI PAKATAN RAKYAT!

cabul hak


TERKEJUT itu yang dapat digambarkan dengan kemunculan Tan Sri Khalid Ibrahim di sebuah majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong semalam. Pertemuan itu walaupun dalam jangkaan 10 minit tapi pemerhati politik mengandaikan macam-macam boleh di bualkan.Ramai yang berkata kisah nya mesti berkisar tentang Anuwar Ibrahim, wan Azizah dan Azmin Ali.Dengan khabar angin Khalid akan kembali menyertai UMNO, hancurlah Pakatan rakyat di Selangor.Bayangkan rahsia yang di simpan Khalid boleh digunakan untuk melemahkan pakatan rakyat di Selangor.

Tidak mustahil!!! memandangkan sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini. "Satu petanda yang baik" kata Perdana Menteri ."Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal" sambung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sama-samalah kita menanti berita baik ini.Mungkin Khalid telah tersedar yang mana kawan dan yang mana lawan!