Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Dis 2015

INGATKAN ROSMAH, RUPA NYER HASMAH?

Semalam telah tersebar di seluruh alam maya bagi mereka yang peka politik berkenaan surat atau dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL.Paling mengejutkan adalah antara penandatangan nya adalah saudara kepada Tun Mahathir iaitu abang kepada Siti Hasmah Ali yang mewakili YTL.

Jika dahulu tentu tiada siapa akan sangsi kepada Tun Mahathir kerana personaliti nya didalam kawalan media yang menjaga nya dan juga media yang terhad.Namun perkembangan terkini hasil dari perang dedah mendedah sesama orang melayu yang bermula dari serangan Tun Mahathir sendiri setelah berdendam dan marah apabila Perdana Menteri DS Najib tidak melayan kehendak peribadi nya, maka apa yang tertutup dan dibantu tutup oleh orang UMNO yang setia kepada parti dan Presiden nya kini mula terdedah,malah mengundang serangan balas.

2 pihak yang bertelagah,antara ahli UMNO dimana satu pihak menyokong mantan Presiden kerana percaya dia adalah penyelamat dan berniat cuma mahu menjaga negara dan rakyat.Dipihak lagi satu pula percaya ia hanya satu pembohongan sahaja untuk jatuhkan Presiden dan PM kerana niat sebenarnya , mahu selamatkan kroni yang tersekat pendapatan dan rancangan masa depan untuk  menyambung legasi.

Kini dengan tersebarnya dokumen perjanjian yang terlihat amat berat sebelah dan memihak kepada YTL dan menguntungkan nya serta pihak YTL berkuasa menentukan sama ada mahu menyambung nya atau tidak, maka pelbagai soalan mula terbangkit.Soalan yang berbangkit adalah kenapa setiap kali ujud perjanjian antara kerajaan dengan YTL baik dari segi IPP, mahu pun konsensilain selalu menang kepada pihak YTL.

Kenapa tidak menang kepada pihak kerajaan atau pun Tabung Haji? Ketika perjanjian itu berlaku,Perdana Menteri ketika itu berada di pihak siapa sebenarnya?

Pendedahan Raja Petra harus dijawap dengan segera oleh Tun Mahathir kerana ia kelihatan amat salah,apabila Perdana Menteri seolah olah mewakili pihak YTL.

Dan kerana ini ramai rakyat sudah mula sangsi dengan mantan Perdana Menteri kerana bukan sekali dua,malah berkali kali tiap kali ada sesuatu yang besar pasti sekali dapat kepada syarikat YTL.Yang terkini apabila berkait TS Muhyiddin Yassin yang pro Mahathir juga dapat kepada YTL.

Perjanjian bukan sahaja berkenaan harga,bahkan berkenaan tempoh dan setelah hampir tempoh,syarikat YTL menang lagi dengan boleh menentukan sama ada mahu disambung atau tidak.

Kini semua orang sudah tahu, betapa sama ada mereka naik atau tidak ERL sejumlah wang tetap kena dibayar yang dapat kepada ERL (YTL).  Ia lebih zalim dari semua kezaliman kerana dalam jangka 30 tahun akan mencecah RM159.

Pada tahun hadapan Januari sahaja sudah akan naik kepada RM59.Jika tidak di bongkar segera, kerajaan DS Najib yang akan dapat maki hamun mereka yang tidak tahu asal usul , sama juga dengan kes kenaikan TOL.

Kerajaan hari ini bawah kepimpinan DS Najib harus pandai menjawap isu isu seperti ini kepada rakyat yang tidak berapa adil, kerana mereka didorongi oleh sifat membenci dan bukan didorongi oleh fakta.Betul juga kata setengah pihak, Najib yang diserang bertubi tubi, orang lain pula yang secara tidak sengaja terlondeh dan terdedah.

18 Dis 2015

SURAT KEPADA PENGERUSI PROTON, TUN MAHATHIR.

 

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

 

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

17 Dis 2015

UMNO DAN PAS BERSATU UNTUK PERJUANGAN ISLAM

UMNO DAN PAS BERSATU?

Dato Sri Najib Razak dan Dato Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bertemakan 'Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi'.

Perbezaan Ideologi politik diketepikan. Dua pemimpin duduk bersama dalam satu Majlis demi kepentingan Ummah. Alhamdulillah.

15 Dis 2015

IS BERPANGKALAN DI LONDON?

LONDON, Selasa – Kumpulan penggodam yang terdiri daripada pakar IT mengesahkan beberapa akaun Twitter milik kumpulan militan IS telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja dan Pencen (DWP) yang berpangkalan di London.

Kumpulan penggodam yang dianggotai empat anak muda yang menggelarkan diri sebagai Vandasec berkata mereka menemui bukti bahawa sekurang-kurangnya tiga akaun twitter milik IS dikesan menggunakan alamat protokol internet (IP) yang dimiliki DWP.

Hasil penggodaman menunjukkan butiran talian satu alamat IP yang digunakan oleh tiga anggota kumpulan IS untuk mengakses akaun Twitter.

Seorang penggodam berkata, mungkin ada orang dalam DWP yang menghidupkan akaun-akaun pro-IS itu, atau akaun itu dibangunkan oleh pasukan perisikan bagi memancing mereka yang ingin berjihad.

Alamat IP pada mulanya kelihatan berpangkalan di Arab Saudi, tetapi apabila pemeriksaan lanjut dilakukan menggunakan alatan khas, ia menunjukkan alamat itu menghubungkan ke DWP.

Bagaimanapun tindakan dan kenyataan kumpulan Vandasec ini dinafikan DWP.

Seorang pakar, Jamie Turner berkata beliau mendapati rekod penjualan alamat IP telah dipindahkan ke Arab Saudi pada bulan Oktober tahun ini.

Hal ini berkemungkinan katanya, alamat IP masih boleh dikesan kembali ke DWP kerana rekod alamat yang belum dikemaskini sepenuhnya.

Pejabat Kabinet juga mengakui telah menjual alamat IP ke Saudi Telecom dan Mobile Telecommunications Company yang berpangkalan di Arab Saudi pada awal tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menghapuskan sebilangan besar alamat IP di DWP. – Agensi

11 Dis 2015

PANAS!!!!!!...SKANDAL TUN M DIBONGKAR ABDUL HAMID

Kenyataan media oleh Chong Zhemin, Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak dan Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak pada 8 Disember 2015

Dengan dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid yang mengatakan Mahathir menyerang Najib kerana Najib menyekat Mahathir daripada menghantar RM1.194 Trilion dana pulang ke Malaysia, adakah ini bermakna Mahathir kini secara tidak rasminya ‘orang paling kaya’ di dunia?

Bekas rakan seperjuangan Tun Mahathir, Abdul Hamid telah mendakwa bahawa sebab di sebalik serangan Mahathir ke atas Najib adalah kerana Mahathir tidak dapat memindahkan RM1.194 trilion dana kembali ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa bahawa Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani ke atas pindahan dana sebanyak RM1.194 trilion.

Pendedahan ini sekiranya benar, adalah mengejutkan kerana bukan sahaja memecahkan satu malah tiga rekod dunia. Pertamanya, RM1.194 trilion (USD279 bilion) akan menjadikan Mahathir sebagai yang terkaya di dunia, di mana nilai hartanya akan menjadi 3.5 kali ganda daripada orang terkaya Forbes 2015, Bill Gates yang mempunyai 79.2 bilion.

Keduanya, RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir akan menjadikan beliau satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mengumpul harta sama dengan 4.7 kali ganda bajet negara. Jumlah perbelanjaan dalam bajet Malaysia 2016 adalah sebanyak RM267 bilion.

Ketiga, Mahathir akan menjadi satu-satunya bekas Perdana Menteri dalam dunia yang mengumpul harta yang dapat membayar semua hutang luar negara. Hutang luar Malaysia sekarang ini adalah sebanyak RM740.7 bilion. Mahathir perlu berterus-terang tentang bagaimana beliau dapat mengumpul jumlah harta yang sangat besar, yang juga sebanyak 3.5 kali ganda daripada harta Bill Gates, 4.47 kali ganda bajet negara dan 1.6 kali ganda hutang luar negara. Beliau perlu mendedahkan sumber pendapatan beliau dan juga jumlah cukai yang dibayar untuk mengumpul harta sebanyak itu.

DAP Perak hari ini telah membuat laporan di SPRM Ipoh terhadap Tun Mahathir berkenaan dakwaan Abdul Hamid. Saya menggesa SPRM untuk menyiasat sekiranya RM1.194 trilion dana yang diperolehi oleh Mahathir adalah secara haram dan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan.

https://chongzhemin.wordpress.com/2015/12/08/with-the-latest-allegation-by-abdul-hamid-that-mahathir-attacked-najib-because-najib-stopped-mahathir-from-repatriating-rm1-194-trillion-of-funds-back-to-malaysia-is-mahathir-now-unofficially-the/

SARAWAK ULIEH


Kuching-Cadangan Pembinaan "Interchange" di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali bin Abang Akip oleh Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Haji Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen P194 Petra Jaya hari ini.

Projek akan bermula dalam masa terdekat. Para pengguna jalan raya diharap bersabar apabila projek pembinaan bermula kelak dan patuhilah arahan serta papan tanda jalan yang disediakan kata beliau.


8 Dis 2015

Same old issues and all have been replied 


The speakers at tonight’s gathering at the Kelab Sultan Sulaiman in Kampung Baru, Kuala Lumpur, raised the same old issues that had been raised over the last one year and all which have been clarified and replied. There was really nothing new which the speakers had to say other than what they had already said many times. 

All these issues had already been replied but still they keep raising them. For example, the MACC, which has been tasked with the job of investigating the RM2.6 billion donation, has already issued its statement today. And statements regarding 1MDB have also been issued more than once. 

Apparently they are not too interested in the replies although they said they want replies. But when replies are given they ignore the replies and keep asking the same questions again and again. 

To suggest that Sosma be used against Najib is an abuse of that anti-terrorism law. In what way is 1MDB or the RM2.6 billion an act of terrorism? First they scream corruption. Now they allege terrorism. They are no longer consistent in their statements. 

What they really want, as they admitted tonight, is for Prime Minister Najib Tun Razak to resign. That is really what it is all about. They even suggested he takes leave and come back later as Prime Minister once he has been cleared, which is not at all practical. This is not about seeking answers regarding 1MDB or the RM2.6 billion donation. If it is really about answers then the answers have already been given.

salleh said keruak at 11:36 PM

Derma RM2.6 bilion bukan dari dana awam, 1MDB - Najib


NAJIB: Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik Negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu.

"Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Beliau berkata sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan.

"Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

"Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya," katanya.

SPRM pada Isnin mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

SPRM bagaimanapun tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

26 Nov 2015

LAGI FAKTA YG PERLU DIFAHAMI KERANA PENJUALAN EDRA ENERGY KEPADA SYARIKAT CGN CHINA.


1. Pasaran Saham, Ringgit dan Bon mengukuh kerana semuanya memberikan respon positif terhadap penjualan tersebut.

2. Ia juga merupakan kemasukan Pelaburan Asing (FDI) yang terbesar tahun ini.

3. BENARKAH EDRA DIJUAL PADA HARGA RM9.83 BILION?

Tidak Benar. Jumlah keseluruhan pembelian adalah RM17.26 bilion, iaitu 1MDB mendapat bayaran tunai ekuiti RM9.83 Bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion. Ini menepati sasaran Pelan Rasionalisasi untuk mengurangkan hutang sebanyak RM16-18 bilion hasil penjualan Edra.

4. KENAPA BIDAAN TNB GAGAL?

Harga bidaan TNB cuma RM15 Bilion sahaja sedangkan bidaan Syarikat CGN dari China ialah RM17.26 Bilion. Amat jauh berbeza. Ini adalah kategori bidaan antarabangsa

5. APAKAH TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK KERANA DIJUAL KEPADA SYARIKAT DARI CHINA?

Tidak. Di Malaysia harga gas dan diesel yang dibekalkan kepada IPP ditentukan oleh Petronas. TNB pula mengendalikan transmisi dan menentukan caj terhadap pengguna (rakyat) bukannya Syarikat CGN tersebut. Pembelian Edra tidak akan menaikkan tarif kerana Syarikat China itu wajib menggunakan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang sama yg digunakan sebelumnya. Syarat dalam PPA termasuk tarif kekal walaupun Edra dibeli oleh syarikat luar negara.

6. APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS TAMAT TEMPOH PPA?

Selepas tamat kontrak PPA ini, CGN Group perlu memenangi semula tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga. Tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi kerana jika tarif yang ditawarkan lebih tinggi, CGN tidak mungkin dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga.

7. APAKAH TNB AKAN TERJEJAS DAN TUTUP KERANA PEMBELIAN INI?

Tidak. TNB masih pengeluar utama tenaga di negara ini iaitu sebanyak 50%, MALAKOF 24% manakala EDRA yang dibeli oleh CGN dari China cuma 14%. TNB juga merupakan pihak yang membeli tenaga dari IPP, termasuk daripada CGN. TNB juga yang akan mengedalikan transmisi dan caj yang akan dikenakan kepada pengguna (rakyat). Maka dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.