Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mei 2018

1MDB meningkatkan bon, ekuiti Malaysia untuk mengurangkan risiko


Tulisan asal oleh:
Bloomberg, 24 Mei 2018

SINGAPURA (24 Mei): Minggu yang teruk untuk indeks saham utama Malaysia menjadi semakin buruk apabila pelabur sedar dengan ketidakmampuan 1MDB untuk membayar hutangnya. Bagi kerajaan itu, ini akan menambah lagi kesakitan yang dirasai apabila pendapatan berkurangan sebaik sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dibatalkan pada 1 Jun.

Moody's berkata KDNK Malaysia boleh berkurangan 1.9% tahun ini. Kes kejatuhan kredit negara jelas memberi kesan dan itu tidak sepenuhnya termasuk ekuiti atau bon negara.

Hasil bon 10 tahun Ringgit Malaysia pada 4.21% masih jauh di bawah tahap 4.45% yang merupakan tahap tertinggi pada 2015 dan 2016, semasa hasil Perbendaharaan adalah lebih rendah.

Minggu lepas MLIV mengatakan bahawa aliran keluar asing pada masa lalu telah menandakan berakhirnya fasa penurunan harga bagi ekuiti, tetapi gabungan toksik 1MDB dan EM mungkin lebih dominan dalam jangka pendek.

Link asal artikel:
http://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-wakes-malaysian-equities-bonds-downgrade-risk

24 Mei 2018

Mungkinkah Najib Dipaksa Tidur Lokap Malam Ini ?


Jam 10 pagi hari ini , Datuk Seri Najib sekali lagi akan dipanggil ke SPRM untuk diambil keterangan. Kali kedua dipanggil minggu ini ke sana.

Pada Selasa lepas, ramai menjangka Najib akan disarungkan baju oren. Namun baju oren itu tidak disarung melihat kepada ramainya orang yang datang menyokong Najib di SPRM.

Bila reda seketika, esok (Khamis), Najib akan dipanggil semula. Kali ini menyedari ramai yang leka dan letih kerana puasa, Najib akan ditahan lebih lama.

Dijangka Najib akan direman pada esok dan bermalam Jumaat di lokap SPRM. Perang persepsi terus bermula. Tiada bukti yang kukuh kaitkan Najib dengan 1MDB, kenapa hendak tahan Najib sebegitu?

Tiada pun dokumen yang dijumpai tentang 1MDB, hanya sijil nikah dan matawang lama dijumpai. Beg yang dirampas pun bukan milik Najib atau Rosmah, milik Datin Cindy. Jadi kenapa perlu paksa juga Najib tidur di lokap?

Kerana dendam? Ya, dendam yang tiada kesudahan. Rakyat akan lebih simpati melihat Datuk Seri Najib berpuasa, berterawih dan bersahur dalam lokap.

Sebelum ini tertidur Datuk Seri Najib di atas sofa. Kali ini tidur dalam lokap terus. Bukti tiada, tetapi sampai begitu sekali rejim baru lakukan pada Datuk Seri Najib.

Hati rakyat mana yang tidak kasihan dan sedih.

Ikhlas
Pencinta Keadilan

22 Mei 2018

Kevin Morais’ murder nothing to do with 1MDB, says MACC


PUTRAJAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today dismissed the notion that the 2015 murder of senior deputy public prosecutor Kevin Morais was linked to 1MDB.

“As far as I know, Kevin Morais has nothing to do with the 1MDB case,” MACC chief Mohd Shukri Abdull told a press conference.

Yesterday, Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown told The Malay Mail that Kevin had leaked information to her about the Attorney-General’s Chambers’ (AGC) investigation into former 1MDB subsidiary SRC International.

Rewcastle-Brown said “a few reliable sources” had told her it was Kevin who fed her the information about the investigation.

Kevin was believed to have been kidnapped on Sept 4, 2015, and strangled to death.

His body, which was placed in a drum filled with cement, was found almost two weeks after he was reported missing at Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya.

Six people, including an army pathologist, have been charged with his murder.

Kevin’s brother Charles, in a statutory declaration, alleged that Kevin’s murder was linked to a charge sheet he was preparing against a “high-ranking government official”.

Sarawak Report meanwhile claimed Kevin was working on a charge sheet against then-prime minister Najib Razak regarding SRC International, and that the document had carried Kevin’s initials.

Attorney-General Mohamed Apandi Ali previously dismissed claims that Kevin was involved in 1MDB investigations, saying he was transferred back to the AGC in July 2014 before the scandal erupted.

Tenangnya Wajah Orang Tidak Bersalah


Dalam bulan Ramadhan ini, Allah berikan ketenangan. Riak ketengangan itu tiada pada orang yang sebelum ini didakwa oleh SPRM, RCI Forex dan mahkamah. Mereka itu nampak sugul, resah dan gelisah. Namun ianya berlainan dengan Datuk Seri Najib, tetap tenang sahaja.

Hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan.

Jika dilihat kepada riak muka beliau semasa hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Najib nampak tenang.

Berdasarkan kepada siasatan melibatkan banyak pihak seperti bank negara, polis dan ketua audit negara, serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijalankan sebelum ini,  pihak-pihak berkenaan mendapati Najib tidak bersalah.

Malah Najib semasa dalam satu temubual dengan wartawan ketika masih menjadi Perdana Menteri pernah berkata:

"Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu. Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.

“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak. Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.

Dan dengan keyakinan ini, ia menjadikan Najib kelihatan tenang malah sempat tersenyum kepada pemberita yang menunggunya di depan pejabat SPRM hari ini.

Najib sebelum ini telah menegaskan bahawa beliau tidak mencuri dana kekayaan negara dan bukan pencuri atau penjahat.

"Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, penyangak. Kenal saya sebagai 42 tahun berkhidmat," katanya dalam ucapan sulungnya di Pekan selepas Pilihan Raya Umum lalu, pada Ahad lalu.

Ternyata beliau masih disayangi oleh penduduk Pekan apabila kehadirannya disambut dengan teriakan "Kami sayang Datuk Seri!".

Apa yang pasti, tatkala beliau sendiri diuji dengan dugaan besar itu, Najib tidak lupa mengingatkan ahli UMNO supaya tidak meratapi kekalahan terlalu lama sebaliknya mesti bangkit meneruskan perjuangan.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah satu ujian dan atas sebab itu semua pihak perlu reda dengannya serta tidak boleh sentiasa terbawa-bawa dengan kehibaan hati.

Bagi ahli UMNO yang masih sugul dengan kekalahan parti itu, ini adalah nasihat dan kata-kata semangat daripada Najib.

“Yakinlah, perjuangan suci ini wajib kita teruskan walau dalam keadaan getir dan tekanan. Ingat perjuangan kita adalah perjua­ngan suci dan mulia yang mana lambat laun rakyat akan sedar dan anak muda akan sedar perjuangan kita perjuangan sebenar atas nama bangsa dan negara,” katanya

Moga Allah terus berikan kekuatan pada Datuk Seri Najib. Lihat sahajalah bagaimana kenyataan Shukri Abdul tadi, penuh dendam dan prasangka dan bukannya berasas hujah dan fakta.

Hari demi hari rakyat menilai. Ramai yang mula buka mata. Malah ada juga yang baru kenal cara PM yang ke-4, 20 tahun lalu. Orang tidak bersalah akan tenang, yang mahu mengenakan orang pula nampak gelisah dan kelam kabut mencari bukti dan mereka cerita. Rakyat perhatikanlah drama ini.

Tulisan :
Rakyat yang memerhati

Datuk Seri Najib Disarung Baju Oren Hari Ini ?


Kalau ikut skripnya begitulah....

Janji tidak dipenuhi, maka bermainlah kerajaan baru dengan persepsi setiap hari. Dalam peti besi yang dibuka apa yang dijumpai adalah sijil nikah dan mata wang lama sahaja.

Tiada pun dokumen yang dicari. Sampai kasut cucu pun disita, nampak sangatlah drama yang hendak direka. Malam Ramadhan pertama dipunggah hingga Datuk Seri Najib terduduk terlena.

Gambar beg yang kononnya dirampas sudah terbukti adalah gambar palsu. Sebuah laman membeli belah mengesahkan gambar itu adalah gambar dari laman web mereka.

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/05/birkin-handbags-singapore-gd-3.jpg

“Shopfirstluxury”, sebuah kedai menjual barangan mewah di Singapura membuat aduan mengenai penggunaan gambarnya dalam satu catatan di Instagram dan menggesa orang ramai untuk berhenti mengaitkan gambar itu dengan kes tersebut.

Blog The Sarawak Report juga turut menggunakan gambar tersebut, dan mengaitkannya dengan rampasan beg tangan Hermes Birkin dalam satu serbuan polis ke atas 3 pangsapuri mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Kisah punggah beg, ambil kasut cucu dan kira duit hanyalah fasa pertama. Esok ada lagi sandiwara yang hendak direka. Khabarnya fasa kedua esok Datuk Seri akan dipaksa menyarungkan baju oren.

Baju oren bertulis "Tahanan SPRM" itu akan diarak dan disembahkan di depan lensa kamera. Dimasuk dalam berita menampakkan kononnya Datuk Seri Najib bersalah. Itulah tujuan mereka, memalukan dan mencipta persepsi sahaja.

Padahal Datuk Seri Najib belum lagi bersalah hingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Betul apa yang Dato Seri Anwar Ibrahim sebut, janganlah membalas dendam dan adili lah Datuk Seri Najib dengan baik.

Tun Mahathir pun dilayan dengan baik ketika dia tidak menjadi PM. Naik jet ke sana sini, beraya di London lagi. Malah dalam kes Forex, dijemput lagi beri keterangan secara adil di hadapan panel siasatan RCI.

Mengapa dalam kes 1MDB ini, tidak diwujudkan seperti RCI untuk beri keadilan kepada semua pihak?

Shukri Abdull ini sah atau tidak perlantikkannya sebagai Ketua SPRM? Yang Dipertuan Agong belum setuju lagi pun dengarnya. Jadi bagaimana esok? Kalau peguam yang handal sudah pasti keadaan akan berpihak kepada orang yang benar.

Rakyat akan disajikan dengan baju oren esok. Dulu Anwar digari di hadapan Sultan Abdul Samad, 20 tahun selepas itu ada lagi orang yang kena pakai baju oren di hadapan kamera esok.

Rakyat sekarang sudah bijak dan baik. Tidak lagi berdemo dan bakar tayar macam 20 tahun dulu. Mereka menilai dengan fikiran dan hati mereka. Mereka sedang menilai harga undi mereka selepas 12 hari.

Apa yang mereka dapat hanya persepsi bukan janji. Banyak sandiwara dan drama daripada kerja. Dalam bulan Ramadhan ini kita doakan esok tidak terjadilah drama sarungkan baju oren ini.

Jika ada bukti yang kukuh, bawa sahajalah ke mahkamah, kenapa perlu memalukan dan mencipta persepsi lagi....

Pandangan ikhlas
Bekas Penyokong Reformasi 1998

#10 Perkara Pakatan Harapan Sudah Mungkir Janji..


Selepas 11 hari Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, sudah banyak janji dalam manifesto mereka gagal dilaksanakan seperti mana kata Pengerusinya yang juga Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Kalau mengikuti secara dekat cara pentadbiran kerajaan PH yang pada awal 11 hari dikemudi oleh Mahathir secara solo dengan penglibatan besar Majlis Penasihat Kerajaan tanpa kabinet yang lengkap. Sepanjang tempoh berkenaan, hanya Mahathir sahaja yang sudah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V.

Mungkin kerana ghairah, mentadbir negara secara solo sampai Mahathir terlepas pandang kira-kira sepuluh perkara-perkara ini.

Pertama, sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14), Mahathir dalam ceramah kempen kata hendak wujudkan 1 juta jawatan pekerjaan baru tapi yang kedengaran di sana sini di pihak kerajaan PH, hanyalah hendak tamatkan perkhidmatan kakitangan awam terutamanya kakitangan kontrak.

Ada lebih 500 orang yang didakwa lantikan politik secara kontrak ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta. Dalam sidang media Mahathir, beliau berkata ada 17,000 kakitangan dengan lantikan sama, perlu diuruskan atau dalam erti kata lain diberhentikan juga.

Jika ada peluang pekerjaan pun, bukan orang baru yang tidak bekerja akan mengisinya, sebaliknya akan diisi oleh rakyat yang hilang kerja akibat diberhentikan oleh kerajaan yang baru ini.

Kedua, kerajaan pakatan berjanji dalam masa 100 hari, akan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan harga barang akan turun. Selepas hampir dua minggu, GST tidak pun dimansuhkan sebaliknya hanya dikurangkan kepada kadar sifar peratus sahaja.

Apabila rakyat menuntut janji itu, penyokong mereka akan kata "Takkan lepas kahwin terus dapat anak," kata mereka mempermainkan penyokong Barisan Nasional (BN) yang menuntut janji.

Ketiga, mereka kata akan kawal harga petrol pada harga RM1.50 se-liter dan melaksanakan semula subsidi minyak petrol. Bagaimanapun, itu tidak dilaksanakan, sebaliknya sistem pengapungan harga dan penetapan harga petrol secara mingguan diteruskan. Rakyat kempunan hendak balik berhari raya dengan harga petrol yang lebih murah.

Keempat, Mahathir berkali-kali pukul canang satu Malaysia bahawa kerajaan PH akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat isu 1MDB yang mereka reka sendiri. Bagaimanapun, Mahathir ubah cerita kata ia akan mula disiasat selepas dapat bukti kukuh. Selama ini, skrip ketika ceramah itu hanya dibuat-buat dan tidak ada bukti?

Kelima, kerajaan PH janji akan buru ahli perniagaan yang mereka kata ada kaitan dengan 1MDB, Jho Low. Dalam sidang media Perdana Menteri juga, beliau berkata secara kasarnya, kerajaan tahu di mana lokasi Jho Low. Kemudian, Mahathir kata bukan kerja beliau untuk tangkap orang.

Keenam, Mahathir dulu kata akan lihat semula perjanjian dengan negara China dalam projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas berkuasa, beliau umumkan akan terus sokong inisiatif oleh Najib dengan negara China dalam projek "Belt and Road".

Dulu, pakatan tuduh kata Najib gadai negara kepada China.

Ketujuh, tiga hari selepas menang, Anggota Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan ekonomi negara kekal kukuh dengan asas yang kuat.

Dalam ceramah di seluruh negara, orang-orang kanan Mahathir kata negara akan bankrap tidak lama lagi jika di bawah pemerintahan Najib. Dalam masa tiga hari sahaja, ekonomi boleh jadi kukuh sekelip mata sahaja.

Kelapan, Pakatan Harapan sebelum ini kata jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik oleh Parlimen dan akan melaporkan siasatan serta segala perkembangan kes kepada Parlimen. Bagaimanapun, Mahathir sudah pun umumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru.

Mereka langgar manifesto bahawa jawatan itu perlu diputuskan oleh Parlimen.

Kesembilan, Selepas mengumumkan nama lapan lagi Menteri Kabinet baru-baru ini, tidak ada seorang pun wakil menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan dilantik dari negeri Sabah dan Sarawak. Entah bila, Mahathir akan melantik wakil dari dua negeri itu tidak diketahui setakat ini.

Kesepuluh, Dalam kabinet Mahathir sudah tidak ada lagi Menteri yang khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal agama Islam seperti selalu di dalam Kabinet sebelum ini. Sebelum ini, di bawah Najib, Menteri yang bertanggungjawab ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kini, dalam kabinet Mahathir juga bakal ada tertuduh rasuah iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dibicarakan atas kesalahan itu kerana menyalahguna kuasa untuk menggunakan kedudukannya untuk beli sebuah banglo dengan harga yang murah jauh dari harga pasaran.

Itu pun sudah melanggar manifesto kerana mahu meminimumkan rasuah dalam kerajaan PH, tapi lantik tertuduh rasuah jadi Menteri Kewangan.

Daripada -

Rakyat Menuntut Janji..

18 Mei 2018

Senarai nama Barisan Kebinet Persekutuan.


SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong
adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

POLIS SERBU RUMAH AHLI KELUARGA NAJIB, DAN ARAH PEMBANTU RUMAH SEDIAKAN MAKANAN


1. Rumah salah seorang ahli keluarga Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah digeledah oleh pihak PDRM selama lebih 10 jam dan barang - barang peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas.

2. Malah kasut - kasut bayi kepunyaan cucu kepada Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak juga turut dirampas oleh pihak berkuasa.

3. Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa. Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan.

4. Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil, ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain.

6. Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas. Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau.

7. Seperti orang lain, Datuk Seri Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya. Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina?

8. Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya.

Sumber :Artikel viral

15 Mei 2018

PM: Lim perlu bersihkan namanya sebelum memegang jawatan Menteri Kewangan


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya boleh dilantik secara rasmi oleh Menteri Kewangan jika dan selepas beliau dibersihkan dari kes rasuahnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Lim hanya dinamakan sebagai Menteri Kewangan tetapi masih belum mengangkat sumpah jawatannya.

"Setiap menteri mestilah seseorang yang berkelayakan untuk kedudukannya.

"Sekiranya ada kes terhadap orang itu, kita tidak boleh melantiknya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan setiausaha agung-setiausaha agung kementerian untuk menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baru di sini semalam.

Dr Mahathir menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang mesti diikuti, dan Kerajaan perlu menunggu sehingga Lim dibebaskan dari tuduhan sebelum beliau dapat dilantik sebagai menteri.

Ditanya siapa yang akan mengetuai Kementerian Kewangan buat masa ini, beliau berkata: "Saya tidak menjadi ketuanya tetapi mereka melaporkan kepada saya.

"Kami mempunyai panel yang akan meneliti kerja di kementerian. Beberapa pelaksanaan yang boleh dijalankan, akan dijalankan.

"Bagi sesetengah kementerian, kita perlu menunggu sehingga menteri dilantik."

Dr Mahathir berkata walaupun tidak ada calon alternatif untuk jawatan itu, difahamkan bahawa di mana kementerian perlu membuat keputusan tetapi ketua belum lagi dilantik, perkara itu akan dibawa kepada Perdana Menteri.

Lim, 58, kini sedang menghadapi perbicaraan di Pulau Pinang, yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai awam untuk mendapatkan kepentingan dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan banglo untuk dirinya sendiri di 25 Jalan Pinhorn, George Town, dari ahli perniagaan Phang Li Koon untuk RM2.8 juta, harga yang dikatakan tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah pada masa itu sebanyak RM4.27 juta.

Mengenai perkara berasingan, Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, berkata parti komponennya akan menghantar nama kepadanya untuk dipertimbangkan sebagai menteri kabinet, dan menegaskan bahawa beliau yang akan membuat keputusan terakhir berkenaan jawatan mereka.

Beliau berkata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengannya minggu lepas untuk mengemukakan 10 nama, walaupun beliau hanya meminta tiga pada permulaannya.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada tiga nama dalam senarai itu untuk menjadi sebahagian daripada Kabinet teras yang akan terdiri daripada 10 orang termasuk dirinya.

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu juga telah menghantar surat mencadangkan tiga nama untuk jawatan menteri, katanya.

"Pendirian kami ialah parti-parti akan memberikan nama kami. Saya akan menentukan kementerian yang mana mereka akan bertanggungjawab dalam.

"Mungkin saya akan bertemu ketua parti sekali lagi," kata Dr Mahathir.

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/15/pm-lim-must-clear-his-name-before-taking-up-finance-post/

13 Mei 2018

Sudah Selamatkah Malaysia?


Lima hari sudah berlalu. Dakwat di jari telunjuk masih melekat. Kerajaan baru di Putrajaya sudah dibentuk. Esok ramai penjawat awam akan mendapat tuan baru.

Ada yang gelisah nasib masing masing. Ada yang sudah melompat. Ada yang fikir akan kena buang kerja. Ada yang risau bulan puasa dan raya tahun ini bagaimana?

Mungkin kena jual nasi lemak dan jadi pemandu Grab untuk tampung keperluan keluarga. Anak anak yang tidak mengerti hal politik merenung sahaja muka ayah dan ibu yang bakal dibuang dan hilang kerja.

Anak anak tidak faham apa apa. Anak anak ini mengesat air mata ayah mereka. Namun mereka bangga kerana prinsip dan perjuangan ayah mereka tidak bertukar. Tetap setia bersama lencana keris di dada.

Mereka jadi mangsa rakyat Malaysia yang marah dan buang undi ikut emosi. GST, harga barang dan harga petrol masih sama. Sudah selamatkah Malaysia sekarang ini?

Lim Guan Eng jadi tuan di MOF, menjaga duit dan Mat Sabu jadi tuan menjaga askar. Bila jaga sahaja MOF, Guan Eng terus kata dia orang Malaysia bukan orang Cina. Apa yang orang Melayu nampak? Malaysian Malaysia lah.

Ramai yang tampil pertahankan kata Mahathir mampu kawal semua ini. Dulu Mahathir kawal MCA dan MIC, kali ini Mahathir boleh kawal juga Guan Eng dan Mat Sabu. Harap begitulah, namun kena ingat Mahathir sudah berusia, tidak lagi macam dahulu.

Rafizi pun sudah mula bunyi tentang kabinet yang sudah dibentuk. Ambiga tampil melawan balik cakap Rafizi. Apa sudah jadi dalam Pakatan Harapan? Akan bergaduh lagi?

Ya, segalanya boleh jadi. Anwar dijangka keluar. Tidak lama selepas itu, akan berlaku baliklah perseteruan lama 1998 dahulu. Bila UMNO tidak lagi dilihat menjadi ancaman, maka akan datang pula ancaman baru pada Perdana Menteri ke 7 itu.

Mahukah Mahathir berundur dan beri kuasa pada Anwar? Lagi 95 hari, rakyat Malaysia tunggu dan lihatlah apa yang berlaku. Terlaksanakah 10 janji atau masing masing sibuk rebut kuasa?

Ambil "pop corn" dan saksikan drama yang berlaku. Jangan salahkan BN pula jika berlaku apa apa selepas ini.

Baru lima hari, ada yang sudah rindu demokrasi dan cara diplomasi di zaman Datuk Seri Najib. Terima kasih Datuk Seri Najib. Selamat berehat Datuk Seri Najib. Apa pun berlaku UMNO masih parti yang menang banyak dalam PRU lepas.

UMNO dapat 54 kerusi, PKR 47 kerusi, DAP 42 kerusi, PPBM 13 kerusi, PBB 13 kerusi, Amanah 11 kerusi, Warisan 8 kerusi dan parti parti lain yang dapat tiga kerusi dan ke bawah. Ahli UMNO dan orang UMNO perlu bangkit.

Rakyat akan merindui segala galanya selepas ini. Rindu pada kebebasan. Rindu pada BR1M. Rindu pada ADAM50. Tok imam, nelayan, petani dan rindu kemurahan hati Datuk Seri Najib dan kerajaan BN yang lepas.

Lihatlah bagaimana baiknya orang Barisan Nasional. Mereka terima realiti dan tidak salahkan SPR bila kalah PRU14. Mereka tidak berdemonstrasi dan buat tuduhan bukan bukan.

Jadi kerajaan PH sekarang akan berdepan dengan pembangkang yang baik selama lima tahun ini. Orang BN kena bangun balik. Lawan dengan hujah dan fakta, sedarkan rakyat.

Baru sekali kalah, pihak yang jadi kerajaan hari ini sudah 12 kali kalah dan mereka masih tetap dengan pendirian mereka. Oleh itu, jangan cepat putus asa dan putus harap. Teruskan usaha menyedar rakyat.

Ada yang sudah menyesal undi PH. Hendak buat macam mana, kena tunggulah lima tahun lagi. Inilah wajah Malaysia yang kononnya telah diselamatkan sekarang. Baru 5 hari, masih panjang dan jauh lagi masanya hendak mengundi sekali lagi.

Hamba Allah