Bujang Senang

Bujang Senang

27 Mei 2015

Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

Jumlah keseluruhan Aset 1MDB yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM51.4 bilion, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, demikian menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Aset lain ialah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar (234 ekar) serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

BERNAMA.

0 komentar: