Bujang Senang

Bujang Senang

26 Mei 2015

"Malaysia usir aktivis Revolusi Payung


Pihak imigresen Malaysia menahan aktivis Revolusi Payung dari Hong Kong Joshua Wong tidak lama selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini.

Wong, yang merupakan penggerak utama gerakan itu tahun lalu, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan dihantar pulang hari ini."

Pihak-pihak pembangkang di Malaysia sudah mula mengerakkan gerakan terancang untuk mengulingkan Kerajaan melalui revolusi setelah mereka gagal mengulingkan Kerajaan melalui pilihan raya dan demonstrasi jalanan.

DuBook Press, sebuah syarikat penerbitan yang berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais, telah berusaha untuk membawa masuk ikon revolusi Joshua Wong ke Malaysia.

Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Beliau akan hadir pada 30hb Mei ini bersama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.
MK

0 komentar: