Pembangkang panas hati semalam. Mereka rasa semacam kena kena ‘prank’ sahaja. Ramai mengharap sidang media khas itu mengenai berita pembubaran parlimen.
Kalau hendak bubar parlimen, wartawan akan tunggu kereta Datuk Seri Najib masuk ke Istana Negara, bukannya tunggu Najib di PWTC. Malah sidang media khas semalam adalah memanggil wartawan dan media bukannya pembangkang pun.
Pihak pembangkang buat apa hendak menyibuk. Azmin, bakal menantunya dan beberapa orang pemimpin PKR pula yang menyibuk lebih semalam. Rupanya semalam, ada bekas ahli PKR keluar dari parti tersebut. Patutlah Azmin rasa terganggu sampai tidak jadi “jogging” bersama anak menantu.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah umum keluar PKR. Beliau kecewa dengan pembangkang dan berhasrat kembali ke pangkal jalan setelah 5 tahun bersama PAS pada 2013 dan kemudian masuk PKR pada 2015.
“Setelah melihat keadaan di sebelah sana (pembangkang) saya merasakan perjuangan saya sia-sia. Dalam mesyuarat-mesyuarat parti yang saya hadir, tidak pernah dibincangkan mengenai agenda Melayu langsung.
“Bila hilangnya (agenda) Melayu, maka hilanglah perjuangan agama sendiri. Saya berpendapat tidak ada jalan lain selain UMNO yang sentiasa memperjuangkan kepentingan orang Melayu,” kata Tan Sri Muhammad Taib semalam di PWTC.
Pendedahan Muhammad Taib ini sudah pasti mengejutkan PKR sama sekali. Jelas sekali memang PKR dan kini gabungan baru pembangkang yang bernama Pakatan Harapan tidak langsung memperjuangkan agenda Melayu dan agenda untuk agama Islam.
Mahathir pun turut panas semalam. Mahathir kata ‘kaki’ Mat Taib masih kuat sebab itu dia lompat masuk UMNO. Apa kurangnya “kaki” Mahathir, umur 92 tahun pun masih naik kuda dan sanggup lompat masuk DAP yang dulunya dituduhnya sebagai parti rasis dan perkauman.
Mat Taib yang masih muda 20 tahun daripada Mahathir sudah sedar bahawa perjuangannya dalam PKR dan PH adalah sia sia sahaja. Bila tidak ada langsung agenda Melayu dan Islam diperbincangkan dalam mesyuarat.
Apa lagi perjuangan yang boleh dibuat oleh orang yang pernah menulis tentang buku tentang “Melayu Baru”. Memang bertembunglah dengan jiwanya, jika tiada agenda Melayu langsung.
“Ketika beliau bersama pembangkang sebelum ini, itu adalah kerana kehendaknya sendiri, tiada paksaan mahu menjadi pengintip kepada parti Umno,” katanya.
“... [Beliau] kembali ke pangkuan Umno setelah menyedari sendiri bahawa perjuangan parti pembangkang khususnya PKR sia-sia serta sangat bertentangan dengan jiwanya.” kata Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO.
PKR dan DAP memang tiada langsung agenda tentang agama, dalam isu penganjuran “Better Bear Festival 2017”, Exco DAP Selangor mempertahankan penganjuran pesta bir itu. PKR yang menjadi mengepalai kerajaan negeri pula hanya diam sahaja.
Di Kuala Lumpur, DBKL telah haramkan pesta bir itu yang meminta diadakan di Solaris Damansara pada 6 dan Oktober ini. Namun di Selangor, kerajaan negeri yang diterajui oleh PKR dan DAP masih lagi belum mengharamkan pesta arak itu.
Ini antara bukti jelas bahawa PKR, DAP dan Pakatan Harapan langsung tidak mempedulikan agenda yang sensitif tentang orang Melayu dan Islam.
Bukan Mat Taib seorang sahaja yang sedang keluar daripada pembangkang. Dua orang kuat Mahathir dari PPBM, iaitu Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman juga sudah keluar parti.
Mereka berdua ini tidak asing lagi dalam PPBM, bukan berjawatan kecil. Seorang berjawatan Naib Presiden dan seorang lagi berjawatan ketua Srikandi. Oleh kerana bergaduh dengan anak Mahathir, orang kanan Mahathir dan bakal menantu Azmin, maka hayat mereka pendeklah jadinya.
Betullah kata Anina bahawa, dia tidak mahu lagi bersama pembangkang kerana di dalam pakatan itu hanyalah mereka yang ‘spesis’ lembu, anjing dan keldai sahaja.
Logiknya, lembu, anjing dan keldai memang tidak akan menghiraukan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Lembu, anjing dan keldai hanya tahu perut mereka diisi sama ada dengan makanan ruji mahupun dedak berkualiti tinggi sahaja.
Sudah cukup sudah, PKR dan Pakatan Harapan tidak perlu lagi berdolak dalih lagi.
Semua yang keluar ini, sebenarnya telah boleh membuktikan bahawa dua parti pembangkang itu sekadar menjadi ‘keldai tunggangan’ DAP sahaja. Jadi kuda kepada parti yang anti kepada Islam dan mahu menubuhkan negara sekular.
Mahathir pun sudah kata Ketuanan Melayu tidak relevan lagi. Baca pautan ini :
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/saya-tak-percaya-pada-ketuanan-melayu.html
Mahathir kata perjuangan dia masih belum selesai. Perjuangan apa yang masih belum selesai jika bersama DAP yang dulunya Mahathir anggap sebagai syaitan tetapi kini ditatang sebagai tuan besar oleh Mahathir, Azmin dan pemimpin Melayu pembangkang yang lain.
Dalam Perlembagaan DAP, matlamat keduanya jelas tertulis mahu “memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kepada rangka kerja sekular yang asal”. Dalam matlamat keempat pula, bertulis “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi”. Perlembagaan DAP ini jelas sekali bercanggah dengan Perkara 153 dan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak Melayu dan Islam.
DAP tidak akan tukar matlamatnya. DAP tidak pinda pun matlamatnya bila Mahathir dan beberapa pemimpin Melayu bersekongkol dengan dalam satu pakatan pembangkang. Buat apa mereka hendak tukar, kerana DAP adalah ‘top dog” sebenar dalam pembangkang, bukannya Mahathir dan pemimpin Melayu yang lain.
Apa boleh buat, pemimpin Melayu yang masih berada dalam Pakatan Harapan ini ada agenda peribadi masing masing. Untuk kuasa anak sendiri dan kroni mereka sanggup ketepikan agenda Melayu dan Islam. Sanggup jadi kuda DAP untuk capai matlamat peribadi itu.
Tulisan:
Beruang Biru
BB581, Isnin
18 September 2017
0 komentar:
Catat Ulasan