Niat sebenar di sebalik saranan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu melibatkan DUN Pending dan Batu Lintang adalah menambahkan bilangan kerusi pembangkang di negeri ini dengan cara yang termudah sekali.
Semalam, ADUN Pending Violet Yong pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching berkata, DAP Sarawak akan membuat bantahan kepada SPR dan mencadangkan pengwujudan kawasan DUN yang baharu melibatkan pecahan antara Pending dan Batu Lintang.
Alasan DAP untuk berbuat demikian kononnya adalah sama seperti alasan Barisan Nasional (BN) juga iaitu untuk "penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap" sebenarnya tidak relevan langsung terhadap dua kawasan (Pending dan Baru Lintang) yang dicadangkan DAP.
Mana tidaknya, kedua kawasan tersebut berhampiran dengan Bandaraya Kuching lengkap dengan segala infrastruktur asas berbanding dengan kawasan-kawasan persempadanan yang baharu yang telah dicadangkan SPR.
Berikut adalah senarai DUN baharu yang dicadangkan; N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama.
Tidak keterlaluan jika dikatakan permainan pembangkang Sarawak begitu licik sekali dengan mempergunakan alasan untuk kebaikan rakyat tapi sebaliknya hanya untuk memperkuatkan kuasa politik mereka. Baca sepenuhnya di - Sarawakiana
0 komentar:
Catat Ulasan