1. Penyaluran wang sebanyak USD700 juta atau RM2.6 billion yang dituduh telah dibuat ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dikatakan telah berlaku dua tahun yang lalu. Jumlah penyaluran wang yang amat besar ini semestinya akan melontarkan amaran kepada sistem kawal selia di Bank Negara, AmBank ataupun pihak Polis yang sentiasa memerhati ke atas aktiviti penggubalan wang setiap saat setiap hari tanpa henti. Sekurang-kurangnya berpuluh-puluh pekerja dan petugas di institusi-institusi ini akan termaklum akan penyaluran wang sebesar ini jika ianya berlaku dua tahun yang lepas. Tambahan lagi, ianya bukanlah satu rahsia yang ramai di kalangan mereka di institusi-institusi ini yang bukanlah peminat PM sangat.
3. Jadi, baguslah tu kalau ramai yang pakat-pakat percaya yang penyaluran wang sebanyak USD700 juta atau RM2.6 billion ini memang betul berlaku dua tahun yang lepas dan bila ianya berlaku tak ada seorangpun yang perasan. Atau mungkin juga ramai petugas dan pekerja di Bank Negara, AmBank, atau pihak berkuasa yang sebenarnya perasan tentang penyaluran wang ini, tetapi mereka dan beratus-ratus lagi kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga meraka pakat-pakat berkonspirasi dan ikrar akujanji simpan rahsia dan buat-buat tak tahu berkenaan hal ini selama dua tahun? Ye kot.. Ye ke??
3. Kot-kot ada yang bersila dan percaya, apo nak dikato.. Mungkin betullah orang putih cakap, Melayu bukan saja mudah lupa, tapi juga mudah tertipu.. Bravo WSJ dan Sarawak Report!!!"
0 komentar:
Catat Ulasan