Bujang Senang

Bujang Senang

13 Nov 2015

REGATTA MUKAH KEMBALI LAGI.

Regatta Mukah yang akan diadakan pada 28/29 November 2015 bakal menjadi berita gembira kepada penduduk Mukah setelah menunggu 10 tahun untuk menyaksikan keramaian dan menyertai sukan air popular itu.

Kali terakhir Regatta Mukah dianjurkan 10 tahun lalu. Sepanjang 10 tahun itu, Regatta Dalat atau lebih dikenali sebagai Pesta Besaug/Besaug Dalat diadakan dwi tahunan telah dianjurkan sebanyak empat kali dengan kali terakhir pada 27/30 November 2014.

Di antara aktiviti menarik ialah perlumbaan bot laju pada hari pertama. Pada dua hari berikutnya perlumbaan perahu bidar akan mengambil tempat. Di samping itu pelbagai aktiviti menarik lain juga akan diadakan.

Menurut Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Muhammad Leo Toyad Regatta Mukah dijangka akan dianjurkan sebagai acara tahunan. Di samping itu beliau juga pernah mengumumkan pada Januari 2013 akan menganjurkan Pesta Tiga Sungai di kawasan P213 Mukah. Pesta Tiga Sungai dikatakan mewakili tiga sungai yang terdapat di Mukah iaitu Sungai Mukah, Sungai Balingian dan Sungai Oya/Dalat.

Related Posts:

  • ORANG DALAM KHIANAT LIM GUAN ENG? Terdapat sekurang-kurangnya tiga negeri di mana parti DAP mengalami krisis dan sedang bergolak. Negeri pertama adalah Pahang di mana Pengerusi DAP Pahang serta Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dilemparkan telur busuk… Read More
  • Adenan accepts 11 PRS recommended candidatesThe 11 candidates recommended by Parti Rakyat Sarawak (PRS) for the coming state election have been accepted by Tan Sri Adenan Satem . The Chief Minister announced the candidates at a brief press conference after a meet… Read More
  • Dissolution of DUN anyone’s guess KUCHING: Speculation is rife the State Legislative Assembly (DUN) will be dissolved on April 11, a Monday. However, some political pundits believed Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem might make the long-… Read More
  • BUBAR DUN,ADENAN DIJANGKA JUMPA TYT BESOK BAU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching, esok. Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi… Read More
  • Calon Anak Jati Kabong Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terus mendekati rakyat dengan turun padang melawat ke setiappelusok Sarawak. Kali ini Adenan berpeluang menjejak kaki ke Kabong untuk melihat sendiri keadaan di… Read More

0 komentar: