Bujang Senang

Bujang Senang

7 Apr 2016

Program Penyukatan Tanah Adat (NCR) Inisiatif Baru



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mewartakan program penyukatan tanah NCR dan rakyat perlu mematuhi setiap kanun tanah bagi mengesahkan pemilikan tanah NCR mereka.

Program sebegini memang menguntungkan rakyat yang memiliki tanah yang selama permasalahan berkaitan tanah tersebut tidak menemui jalan penyelesaian. Adenan telah memberi peluang yang besar kepada pemilik tanah agar pemilikan tersebut sah dan tidak akan dapat dipertikaikan.

Maslah yang elanda program tersebut apabila pemilik tanah lebih gemar mendengar hasutan pihak pembangkang. Hasutan sebegini akan merugikan pemilik tanah itu sendiri kerana sampai bila pemilik tidak akan mendapat status tanah yang sah.

Ada pula masalah berlaku apabila pemilik tanah menghalang agrnsi kerajaan untuk menyukat tanah apabila penyukatan tersebut adalah untuk membenarkan kerajaan merampas tanah mereka. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku disebabkan penyukatan tersebut adalah menentukan tanah tersebut akan menjadi milik sah pemilik dan bukan kerajaan hendak merampas tanah.

Yang ketara menjadi masalah adalah pemilik akan membesarkan lagi sempadan tanah mereka dan melibatkan tanah orang lain. disitu pertengkaran akan berlaku menyebabkan kata putus tidak tercapai. Pimilik tanah perlu sedar dalam kanun tanah ada menyebut pemilik tanah hanya boleh memohon tanah sekadar yang keperluan.

Untuk menjayakan agenda rakyat tersebut, rakyat harus bersatu dan bekerjasama dengan kerajaan agar masalah tanah NCR selama ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Tidak perlu mendengar kata-kata hasutan daripada pihak lain khususnya pembangkang kerana ia akan merugikan pemilik itu sendiri jika urusan sepatutnya sukar untuk diselesaikan.-Sarawakiana

0 komentar: