Bujang Senang

Bujang Senang

5 Apr 2016

Sentimen Anak Tempatan



Pilihanraya semakin dekat dan masalah calon masih menjadi perhatian seluruh masyarakat Sarawak.

Namun Ketua Menteri sudah mengumumkan calon bagi mewakili kawasan masing-masing dn ada juga kawasan yang masih menjadi teka teki siap yang bakal menjadi calon.

Selepas pengumuman calon telah dilakukan oleh Adenan, terdengar desas desus ketidak sesuaian calon yang telah diumumkan oleh Adenan yang menjadi bualan masyarakat. Yang pasti calon luar memang tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Apa yang diperkatakan ialah calon yang mereka inginkan adalah datang daripada penduduk asal kawasan berkenaan kerana memudahkan mereka untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat jika terpilih menjadi calon.

Sentimen calon anak tempatan semakin menular dibibir masayarakat setempat dan ia adalah satu impian yang mereka inginkan. Namun hakikatnya sesiapa yang diumumkan oleh Adenan adalah yang terbaik walaupun bukan datang daripada anak tempatan.

Terserah kepada pengundi kerana mengundi tiada unsur paksaan untuk memilih calon. Adenan sudah jelas menyatakan bahawa rakyat harus bersatupadu untuk mengundi Barisan Nasional bagi memberi mandat yang lebih besar agar Adenan mampu membawa Sarawak lebih cemerlang.

Related Posts:

  • Pemimpin PBB Melahirkan Pemimpin Muda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mampu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa untuk mewakili satu-satu kawasan pada masa akan datang. Khabar angin mengatakan PBB sekadar parti untuk orang tua hanyalah sp… Read More
  • Program Penyukatan Tanah Adat (NCR) Inisiatif Baru Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mewartakan program penyukatan tanah NCR dan rakyat perlu mematuhi setiap kanun tanah bagi mengesahkan pemilikan tanah NCR mereka. Program sebegini mema… Read More
  • Guruh Berdentum Di Langit, Hujan Tidak Turun Pembangkang di Sarawak lantang bersuara membantah dasar yang di lakukan kerajaan. Bagai nak rak suara mereka berkempen dan menghambur kenyataan yang negatif tentang kerajaan. Hebat memang hebat jika bab pembesar suara … Read More
  • RAKYAT PENYUMBANG SUMBER PENDAPATAN ????? SIAPAKAH DALANG DISEBALIK SEMUA INI????? Tanah Adat (NCR), isu utama yang masih menjadi mainan politik pembangkang terurama daripada parti PKR. Walau apa pun penjelasan daripada kerajaan berkenaan NCR, apabila sampai ke… Read More
  • Sentimen Anak Tempatan Pilihanraya semakin dekat dan masalah calon masih menjadi perhatian seluruh masyarakat Sarawak. Namun Ketua Menteri sudah mengumumkan calon bagi mewakili kawasan masing-masing dn ada juga kawasan yang masih menjadi … Read More

0 komentar: