Bujang Senang

Bujang Senang

29 Jun 2017

Duit Raya Kerajaan BN Kepada Rakyat Sempena Sambutan Aidilfitri

Dalam situasi pembangkang membuat cerita Malaysia negara yang hendak bankrap, muflis dan gagal, pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang menerajui Putrajaya tetap memberikan duit raya kepada rakyat.

2 Jun 2017, Kerajaan BN beri bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam. RM250 kepada hampir 775,000 pesara kerajaan. Membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

3 Jun 2017,  Datuk Seri Najib umumkan   pengagihan dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjumlah RM106.81 juta. Seramai 33,864 pekebun kecil di seluruh negara dapat  'duit raya'.

5 Jun 2017, pembayaran BR1M peringkat kedua sempena hari raya dikreditkan terus ke dalam akaun 7 juta penerima BR1M. Setiap orang dianggar mendapat RM300. Melibatkan perbelanjaan sejumlah RM2.1 billion.

10 Jun 2017, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RM500 sebagai Insentif Raya Felda dan RM280 Dividen FGV bagi semua peneroka tanah rancangan Felda. Nilai keseluruhan jumlah yang diluluskan adalah RM73.75 juta.

12 Jun 2017, sejumlah 59,951 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima 'duit raya' antara RM2,000 hingga RM8,000 seorang bila diumumkan agihan dividen sejumlah RM84.18 juta.

Semua perbelanjaan ini melibatkan kos sejumlah RM3,364,740 billion dan manfaatkan sejumlah 9.6 juta orang. Ini baru hanya lima duit raya yang dinyatakan. Ada lagi duit raya yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional di negeri dan pusat.

Jalan raya penuh, sesak dengan berjuta orang yang pulang beraya. Pasaraya penuh bila rakyat membeli baju raya. Duit RM3.3 billion ini dijana kembali dalam pasaran ekonomi negara.

Penjual air tebu bazar Ramadhan dapat rezekinya. Penjual baju raya dapat rezekinya. Pembuat kueh raya dapat duit rayanya. Semua orang dapat manfaat, sehinggalah ke sampul anak anak kecil di pagi raya. Ada yang dapat RM5, RM10 dan RM20.

Duit raya yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu rakyat. Tidak semua rakyat mampu beraya di London. Mereka berterima kasih kembali kepada kerajaan di Putrajaya yang membantu mereka menyambut Aidilfitri.

Seri Perdana memang meriah sejak bulan Ramadhan lagi. Pelbagai lapisan rakyat datang beriftar bersama Perdana Menteri dan berterawih bersama sama selepas itu. Ribuan yang datang setiap hari. Oleh itu, tidak perlulah hairan kenapa ada puluhan ribu orang pengunjung pada hari raya pertama di Seri Perdana.

Mereka datang untuk berterima kasih pada Perdana Menteri. Duit raya sejumlah RM3.3 billion ini bukti negara Malaysia masih makmur dan berada pada landasan ekonomi yang betul.

Mereka yang menuduh bankrap itu pun tidak beri sampul raya kepada ahli ahli parti bunga. Hanya dikerah memfitnah, menghasut dan mencerca pemimpin di Aidilfitri. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di Syawal ini.

Semua ini menyenangkan kerja DAP untuk memecah belahkan orang Melayu ketika Aidilfitri. PPBM, PAN dan PKR hanyalah alat DAP sahaja. Duit raya tidak dapat, hanya jadi pemecah belah masyarakat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB482, Khamis
29 Jun 2017

0 komentar: