Bujang Senang

Bujang Senang

7 Ogo 2017

SPRM Perlu Siasat Aset Mahathir


Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan atau nama popularnya "Top Dog" Pakatan Harapan telah membangkitkan kononnya ada aset RM230 juta yang dikatakan dimiliki oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan ketua Pemuda UMNO.

Beliau membangkitkan mengenai aset berkenaan selepas Zahid mendedahkan bahawa Mahathir bukanlah berketurunan Melayu kerana namanya di dalam kad pengenalan tertulis "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Namun seperti biasa, selepas sehari mendedahkannya, Mahathir kemudian buat "U Turn" dengan memberitahu beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Itu tidak mengejutkan kerana ia sama seperti tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 juta. Mahathir juga gagal mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

Hanya setakat tuduhan semata-mata. Berbalik kepada isu aset Zahid itu, Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan kesediaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas dirinya.

Namun bagaimana pula dengan Mahathir? Ramai yang ingin tahu mengenai tuduhan berhubung kekayaan yang dimiliki oleh keluarga dan anak-anaknya. Walaupun isu kekayaan berkenaan keluarganya itu hebat diperkatakan, Mahathir langsung tidak pernah menjawabnya.

Majalah Forbes dalam laman webnya www.forbes.com pada Mac 2017 menyenaraikan anak Mahathir iaitu Mokhzani dalam kedudukan 34 daripada 50 individu terkaya di Malaysia dengan anggaran aset bernilai $USD420 juta. Bermakna dalam tukaran wang semasa, nilai itu dalam ringgit bernilai RM1.764 billion.

Bukan sahaja desakan daripada orang luar, malah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri sudah ada gesaan apabila beberapa exco Armada meminta Mahathir menjawab tuduhan mengenai kekayaan anaknya. Mahathir "tak mau" jawab pun.

Dulu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli juga pernah mendakwa anak-anak bekas Perdana Menteri itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam satu rakaman video yang menjadi tular sekitar Mac lalu.

Anwar Ibrahim juga pernah kata dalam ceramah ceramahnya "tak dak orang lain cerdik ka selain anak anak Mahathir?, kaya harta billion billion". Kini Anwar dan Rafizi hanya diam tetapi tidak menafikan dakwaan mereka itu. Mahathir juga tidak saman mereka.

Jika Zahid bersedia disiasat maka Mahathir juga perlu menyataan kesediaannya untuk berdepan dengan siasatan sama apatah lagi beliau yang mendedahkan mengenai aset yang dimiliki oleh Zahid itu.

Ditambah lagi dengan gesaan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, maka SPRM tidak boleh memandang sepi isu ini.

Elok Rafizi dan Anwar dipanggil sama memberikan bukti kekayaan kekayaan anak anak Mahathir itu. Jika mereka berdua berani bercakap di pentas ceramah secara terbuka maka jika SPRM jalankan siasatan mereka juga perlu berikan kerjasama.

Isu kekayaan anak anak Mahathir ini dan bagaimana mereka boleh jadi billionair sama beratnya dengan isu Skandal Forex yang wangnya hilang berbillion ringgit pada zaman Mahathir. Mirzan dikatakan ada San Miguel, Mokhzani dikata ada syarikat minyak dan Mukhriz dikatakan dapat tender fiber optik.

Siasatan perlu dilakukan kerana ramai yang ingin mengetahui bagaimana anak-anak beliau menjadi kaya. Mahathir ada tolongkah? Sebagaimana yang ramai mengetahui Mahathir mengkayakan kroni kroninya. SPRM kena siasat.

Sedap Mahathir "duk mengata kat" orang, dia sendiri punya harta "mau sembunyi bawah karpet" ka?

Tulisan :
Beruang Biru
BB528, Isnin
7 Ogos 2017

0 komentar: