Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.
Cuti persekolahan di Malaysia memang ada tradisinya tersendiri. Majoriti memilih minggu pertama sebagai persediaan untuk bawa keluarga bercuti, minggu kedua dan ketiga masa untuk bercuti, minggu terakhir itulah masing-masing baru sibuk melengkapkan persiapan anak bersekolah.
Seakan sudah menjadi tradisi juga, setiap kali isu melengkapkan persekolahan anak-anak ini diperkatakan, pasti yang tidak terlepas ialah rungutan segelintir ibu bapa untuk membeli semua kelengkapan tersebut.
Menariknya, tiada siapa merungut ketika bercuti sakan.
Walaupun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi, tidak ada pernah sekalipun yang kita jumpa dimana barang sekolah yang mengalami penurunan harga, ia tetap menjadi isu juga. Saban tahun, harga barangan pasti akan meningkat sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Ini adalah fakta sebab itu kita tidak melihat harga barangan persekolahan tahun 1990 dulu, masih boleh dibeli dengan harga itu pada zaman ini.
Tentang peranan kerajaan dalam membantu rakyat membuat persiapan di sekolah, sejak tahun 2012, semua yuran persekolahan telah di mansuhkan. Ini termasuklah yuran mengambil sebarang peperiksaan, yuran pra sekolah dan macam-macam yuran yang dahulunya cukup menekan kedua ibu bapa dan penjaga.
Awal sebelum itu, ketika Paklah menjadi Perdana Menteri, buku teks yang dulu hanya diberikan secara pinjaman kepada ibu bapa berpendapatan RM 1,200 ke bawah, sudah diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan lagi dah.
Malah, berbeza dengan zaman Mahathir dahulu, kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bantuan tunai RM 100 seorang kepada anak-anak yang pendapatan bulanan ibu bapa mereka di bawah RM 4,000. Yuran hapus, kerajaan bagi duit pulak lagi.
Yang kekal tidak berubah ialah yuran PIBG yang bukan wajib selain hanya dikenakan kepada seorang sahaja dari semua anak-anak yang belajar di sekolah yang sama. Yuran ini bagaimanapun diputuskan dalam mesyuarat PIBG dimana pihak sekolah dan ibu bapa turut terlibat. Mahal dan murahnya, terpulang kepada diri sendiri, tak berkaitan dengan kerajaan langsung.
Apa yang kelihatan sekarang ialah rakyat kita – taklah semua, sering berkira tentang barangan yang menjadi keperluan hidup. Bukan dalam soal barang persekolahan sahaja malah dalam semua hal-hal lain yang berkaitan pun seperti minyak, barang makan asas dan sebagainya.
Pada kelompok ini, bab keperluan hidup mereka sendiri kerajaan perlu sediakan atau campur tangan, bab seronok, itu tak nampak jadi masalah pulak.
Berhentilah berkhayal dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Tidak ada kerajaan di dunia yang mampu menyediakan seperti apa yang kelompok ini harapkan. Masa berjimak tak pulak tanya kerajaan, bila dah ‘membiak’ dan semuanya nak kena dilengkapkan, masa itu kerajaan jadi bahan kecaman.
Sampai masa kelompok suka merungut ini mengubah tradisi. Minggu pertama cuti persekolahan sepatutnya digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, selepas itu barulah pergi bercuti. Ini bercuti dulu, lengkap hal sekolah kemudian, mana tak senak!!
Beruang Biru
BB718, Khamis
28 Disember 2017
0 komentar:
Catat Ulasan