Bujang Senang

Bujang Senang

28 Dis 2017

#KE7B: Qobin Selamat Dan Terus Semangat Tempuhi Cabaran Misi Kutub Selatan


SYUKUR…..Keadaan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin yang sedang merealisasikan misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan, dilaporkan selamat.

Menurut sebuah entri yang dimuat naik oleh Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia  (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, pada kira-kira jam 8.30 malam tadi, Qobin tetap bersemangat meneruskan perjalanannya meskipun keadaan jarinya belum pulih sepenuhnya.

BACA: Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran
Tambah Akmar lagi, walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini.

“Hari ini, dalam penuh kepayahan Qobin berjaya berski sejauh 22 km lagi,” tulis Akmar, sambil memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasihnya kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan doa kepada Qobin.

“Terima kasih Ya Allah kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia untuk melihat Qobin berjaya dan sihat.”

Sebentar tadi, Qobin memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia).

Dalam pada itu, Qobin juga mohon minta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

Sehingga hari ini Qobin telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 85 km dan esok beliau bertekad untuk berski antara 10 hingga 11 jam untuk menamatkan baki 26 km lagi.

Ayuh semua kita doakan kejayaan untuk Qobin bagi membolehkannya menjadi rakyat Malaysia pertama bergelar Penjelajah Grand Slam dan umat Islam termuda berjaya melakukan misi ini!-MYNEWSHUB.CC/FB Datuk Akmar Hisham Mokhles

Related Posts:

  • KENALI KP BTN 2016-DATUK IBRAHIM SAAD. Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan s… Read More
  • INGATKAN ROSMAH, RUPA NYER HASMAH? Semalam telah tersebar di seluruh alam maya bagi mereka yang peka politik berkenaan surat atau dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL.Paling mengejutkan adalah antara penandatangan nya adalah saudara… Read More
  • SHAHROM MELEPASI JARAK DUA PERTIGA KUTUB SELATAN Penjelajah Negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah sudah melepasi jarak dua pertiga penjelajahannya di Kutub Selatan  selepas 27 hari berski. Menurut Penasihat Misi Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, Shahrom te… Read More
  • SIAPA YANG SEBENARNYA JUAL NEGARA Rafizi dari PKR, Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAP telah menyelar 1MDB kerana menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat China yang mana 76% masih dimiliki Malaysia di mana 57% daripadanya masih dimiliki … Read More
  • PENDEDAHAN EKSKLUSIF!PENIPUAN SARAWAK REPORT. Sarawak Report terus melancarkan serangan fitnah mereka. Kali ini menggunakan artikel terbaru mereka untuk menuduh Najib menggunakan dua keping kad kredit milik SRC yang didakwa telah menambah nilai hutang-hutang sedia ada, … Read More

0 komentar: