Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terkini, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat baharu tiba dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.

Polis pengiring membawa masuk kenderaan VIP tiba di PWTC.

Laporan terkini wartawan juga mendapati terdapat pengiring bermotosikal Polis Tentera yang berada di parkir PWTC, ia dipercayai dinaiki oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengiring Polis Tentera yang dipercayai membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut berada di PWTC, Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh.

Agenda Daily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan hari ini, namun dalam kenyataan Biro Politik sebelum ini Zahid sudah memberikan amaran tegas kerajaan PN akan berdepan tindak balas sekiranya tidak membuka sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

MENYUSUL LAGI

Agenda Daily