Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang
Memaparkan catatan dengan label pelbagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelbagai. Papar semua catatan

23 Mac 2016

Ahli Parlimen Di Lebel Sebagai Menteri GRO ?


Ramai dikalangan pengamal media sosial melebelkan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai Menteri GRO.


Mungkin para pengkomen melihat operasi sebegini sepatutnya hanya diuruskan oleh Pasukan Polis dan agensi kerajaan terbabit sahaja.


Melihat keadaan dan suasana dalam pusat hiburan yang begitu ramai GRO dan ia seharusnya menjadi kepercayaan untuk pihak polis bertindak tanpa perlu Timbalan Menteri turun padang.


Ramai pula yang membuat komen seolah-olah menteri tidak percaya kepada pasukan polis. Urusan sebegini sebaiknya diserah kepada polis supaya Timbalan Menteri tidakakan dilebel oleh masyarakat sebagai menteri GRO

17 Mac 2016

Kami Tak Mahu Datang Lagi



' Kami Tak Mahu Datang Lagi ', begitulah luahan pasukan lumba basikal luar negara yang kecewa dengan pembatalan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Sarawak. Terdapat nada yang begitu marah apabila penat lelah mereka datang dari jauh tidak berbaloi.

Walau apapun alasan penganjur, kejohanan tersebut tidak sepatutnya dibatalkan disaat-saat akhir. Jika tiada dana yang menjadi alasan, hal tersebut sepatutnya tidak berlaku jika penganjur bersikap profesional. Mengikut penganjur yang profesional, dana bukan menjadi masalah kerana jika kejohanan tersebut bertaraf dunia sudah pasti penaja berebut-rebut untuk menjadi penaja.

Kejohanan besar sebegini adalah sesuatu yang menguntungkan bagi penaja, lebih-lebih lagi yang melibatkan penyiaran. Apa yang pasti kerajaan Malaysia mahupun negeri tidak akan lepas tangan kerana kejohanan tersebut boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan negeri jika penganjurnya bersikap profesional.

Nasi sudah menjadi bubur. Nama Negeri Sarawak terjejas akibat berlakunya pembatalan tersebut. Kegagalan sebegini amat dikesali kerana untuk menganjur acara besar di Sarawak mungkin akan terjejas kerana nama buruk Sarawak sudah menjadi buah mulut peserta yang datang dari luar negara. Hal sebegini memang amat memalukan.

Penganjur mengakui bahawa ini adalah kali pertama mereka menganjur kejohanan tersebut dan akibat kecuaian mereka nama sSarawak sudah terpalit lumpur. Jika belum berpengalaman menganjur acara yang besar janganlah cuba-cuba nak menjadi penganjur dan silap sahaja langkah kesannya amat buruk sekali.

Bagi yang tidak mengetahui cerita sebenar, hal sebegini tiada kaitan dengan politik Sarawak. Ia adalah kegagalan pihak penganjur yang gagal dan tidak berkemampuan sebagai penganjur sebenar.

BUJANG SENANG

14 Mac 2016

Gurau Adenan Menjadi Isu?



Rakyat Sarawak memamg mengetahui CM Adenan memang suka berjenaka bila berucap. Hal tersebut memang gurau semata-mata sebab di hujung ucapan beliau akan mengatakan gurau sahaja. Malangnya ada pihak yang sengaja menjadikan hal tersebut menjadi isu hangat.

Apa yang menjadi gurauan Adenan selama ini mempunyai unsur yang baik tetapi beliau menggunakan pendekatan berjenaka agar mudah orang memahami. 

Adenan memahami bagaimana mengambil hati rakyat agar mendengar ucapan yang setiap Adenan ungkapkan. Semasa Adenn berucap berkenaan ' Bini Iban ' ia bukan satu penghinaan terhadap kaum dayak lebih-lebih lagi kaum wanita Iban. 

Ucapan sebenar berbunyi " PM telah menjelajah seluruh pelusok negeri Sarawak dan memahami berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi Bahasa Iban PM tidak tahu bertutur. Kalau nak tahu bercakap Iban bolehlah Kahwin dengan orang Iban, ". Itu ucapan yang CM Adenan ungkapkan. 

 Ambil sahaja dari sudut positif. Pada pendapat kemungkinan Adenan ada agenda untuk masyarakat Iban iaitu bahasa Iban. Maksudnya jika sesiapa yang datang dari semenanjung dan ingin bekerja di sini harus mengetahui tutur Iban. Maka erti kahwin yang dikatakan Adenan ialah bergurulah dengan orang iban untuk belajar bahasa iban. Itu pendapat pertama. 

 Pendapat kedua pula kemunkinan Adenan memandang tinggi bahasa Iban untuk peringkat sekolah. Sebelum ini Adenan telah mengangkat UEC kaum cina untuk peringkat negeri, jadi kemungkinan Adenan akan mengangkat bahasa Iban di Sekolah-sekolah yang mengambil maksud Kahwin yang diperkatakan Adenan. 

Andai pendapat atas itu benar maka bahasa iban itu sendiri diangkat ke taraf sepatutnya. Oleh itu jangan memandang kenyataan Adenan itu ke arah negatif. Ia diucap di hadapan PM agar PM memahami bahawa bahasa iban itu penting untuk diangkat martabatnya. Tak payahlah bermain sentimen tersebut kerana disebalik hal tersebut ada satu kebaikan untuk iban yang tersembunyi dan perlu diadaptasikan dalam bentuk realiti.