Bujang Senang

Bujang Senang

17 Mac 2016

Kami Tak Mahu Datang Lagi



' Kami Tak Mahu Datang Lagi ', begitulah luahan pasukan lumba basikal luar negara yang kecewa dengan pembatalan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Sarawak. Terdapat nada yang begitu marah apabila penat lelah mereka datang dari jauh tidak berbaloi.

Walau apapun alasan penganjur, kejohanan tersebut tidak sepatutnya dibatalkan disaat-saat akhir. Jika tiada dana yang menjadi alasan, hal tersebut sepatutnya tidak berlaku jika penganjur bersikap profesional. Mengikut penganjur yang profesional, dana bukan menjadi masalah kerana jika kejohanan tersebut bertaraf dunia sudah pasti penaja berebut-rebut untuk menjadi penaja.

Kejohanan besar sebegini adalah sesuatu yang menguntungkan bagi penaja, lebih-lebih lagi yang melibatkan penyiaran. Apa yang pasti kerajaan Malaysia mahupun negeri tidak akan lepas tangan kerana kejohanan tersebut boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan negeri jika penganjurnya bersikap profesional.

Nasi sudah menjadi bubur. Nama Negeri Sarawak terjejas akibat berlakunya pembatalan tersebut. Kegagalan sebegini amat dikesali kerana untuk menganjur acara besar di Sarawak mungkin akan terjejas kerana nama buruk Sarawak sudah menjadi buah mulut peserta yang datang dari luar negara. Hal sebegini memang amat memalukan.

Penganjur mengakui bahawa ini adalah kali pertama mereka menganjur kejohanan tersebut dan akibat kecuaian mereka nama sSarawak sudah terpalit lumpur. Jika belum berpengalaman menganjur acara yang besar janganlah cuba-cuba nak menjadi penganjur dan silap sahaja langkah kesannya amat buruk sekali.

Bagi yang tidak mengetahui cerita sebenar, hal sebegini tiada kaitan dengan politik Sarawak. Ia adalah kegagalan pihak penganjur yang gagal dan tidak berkemampuan sebagai penganjur sebenar.

BUJANG SENANG

0 komentar: