Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mac 2016

BUBAR DUN 11 APRIL,ADENAN DAN NAJIB SEJIWA SENADA



11 April 2016 menjadi pilihan Ketua Menteri Sarawak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini  sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang Ke11, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.




Seakan sejiwa senada jika sebelum ini Perdana Menteri, Najib Tun Razak juga senonim dengan angka 11 kali ini Ketua Menteri Sarawak juga memilih tarikh yang sama.Mungkin kerana ini Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 11? Mungkin Kerana DUN Sarawak mendapat tambahan 11 kerusi baru ?



Jika bagi Perdana Menteri, Najib Tun Razak angka 11 itu memberikan beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.Antaranya Allahyarham bapanya Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922.Ibunya pula , Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933.Anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan dan UMNO juga ditubuhkan pada 11 Mei 1946.Selain itu Perdana Menteri menjadi Menteri Besar Pahang yang ke 11 pada 1982-1986 dan beliau juga merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke 11.Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga no 11.



Namun apa yang pasti angka 11 bagi sesetengah masyarakat melambangkan kestabilan.

Walau bagaimanapun jika tarikh piliharaya pada 11 Mei 2016 adalah hampir mustahil kerana hari itu jatuh pada hari Rabu sedangkan hari mengundi selalunya pada hari cuti iaitu hari sabtu.Jadi tarikh yang berhampiran adalah pada 7 atau 14 Mei 2016.

Apapun Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) yang akan mengumumkan tarikh untuk penamaan calon dan pembuangan undi .Yang pasti gendang telah di palu.Sama-sama kita membantu memberi mandat penuh kepada Ketua Menteri Sarawak dan sekaligus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.


Related Posts:

  • BUBAR DUN,ADENAN DIJANGKA JUMPA TYT BESOK BAU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching, esok. Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi… Read More
  • BUBAR DUN 11 APRIL,ADENAN DAN NAJIB SEJIWA SENADA 11 April 2016 menjadi pilihan Ketua Menteri Sarawak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini  sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang Ke11, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 har… Read More
  • Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. Adenan yang menaiki kenderaan ras… Read More
  • Dissolution of DUN anyone’s guess KUCHING: Speculation is rife the State Legislative Assembly (DUN) will be dissolved on April 11, a Monday. However, some political pundits believed Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem might make the long-… Read More
  • DUN SARAWAK BUBAR 11 APRIL 2016 Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.Adenan berkata, beliau sudah bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Dem… Read More

0 komentar: