Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mac 2016

Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN


PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman peribadi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.
Bagaimanapun, pertemuan itu dilakukan secara tertutup, dengan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman berkenaan.
Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan. (BH)

Related Posts:

  • Dissolution of DUN anyone’s guess KUCHING: Speculation is rife the State Legislative Assembly (DUN) will be dissolved on April 11, a Monday. However, some political pundits believed Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem might make the long-… Read More
  • DUN SARAWAK BUBAR 11 APRIL 2016 Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.Adenan berkata, beliau sudah bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Dem… Read More
  • Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. Adenan yang menaiki kenderaan ras… Read More
  • BUBAR DUN 11 APRIL,ADENAN DAN NAJIB SEJIWA SENADA 11 April 2016 menjadi pilihan Ketua Menteri Sarawak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini  sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang Ke11, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 har… Read More
  • BUBAR DUN,ADENAN DIJANGKA JUMPA TYT BESOK BAU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching, esok. Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi… Read More

0 komentar: