Bujang Senang

Bujang Senang

30 Mac 2016

ORANG DALAM KHIANAT LIM GUAN ENG?


Terdapat sekurang-kurangnya tiga negeri di mana parti DAP mengalami krisis dan sedang bergolak.

Negeri pertama adalah Pahang di mana Pengerusi DAP Pahang serta Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dilemparkan telur busuk sewaktu berkunjung ke negeri tersebut baru-baru ini.

negeri edua adalah Melaka di mana seorang ADUN mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas setelah dua tahun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DAP di DUN Melaka.

DAP Pulau Pinang umpama api dalam sekam, namun cakap-cakap dan usul mahu Ketua Menteri dua penggal merupakan cabaran yang telah lama ditolak oleh Ketua Menteri, Joseph Lim.

Dalam kes sebegini, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan kroni beliau tidak dapat lari sebagai ahli politik yang mendapat manfaat besar sekiranya Joseph Lim terjebak dan didapati bersalah oleh mahkamah berhubung skandal banglo dan tanah Taman Manggis.

Skandal banglo dan tanah Taman Manggis tidak boleh dielakkan berpunca dari orang dalam DAP yang mahu melihat Dinasti Lim runtuh dan bukannya bermula dari pendedahan Ahli Parlimen Jelutong, Datuk Shabudin Yahya.

Kesemua konflik yang melanda DAP pada ketika ini dilihat ramai pemerhati dan penganalisa politik sebagai berpunca dari monopoli Dinasti Lim terhadap parti perkauman tersebut. Usaha-usaha besar-besaran sedang digerakkan semenjak PRK Teluk Intan (May 2014) lagi bagi memberi lebih banyak peluang kepimpinan dan meliberalkan suara demokrasi dalam DAP dari cengkaman Dinasti Lim.

0 komentar: