Bujang Senang

Bujang Senang

31 Mac 2016

DUN SARAWAK BUBAR 11 APRIL 2016


Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.

Adenan berkata, beliau sudah bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Demak di sini, pagi tadi bagi meminta supaya DUN dibubarkan.

Katanya, Tun Abdul Taib bersetuju DUN dibubarkan pada 11 April ini.

"Selepas ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

"Surat pembubaran DUN sudah siap dan akan diberikan kepada speaker, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar untuk diserahkan kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas di Wisma Bapa di sini, hari ini.

0 komentar: