10 Apr 2016
Guruh Berdentum Di Langit, Hujan Tidak Turun
Fakta Sejarah Yang Menarik Berkenaan Tanah Adat (NCR) Sarawak.
7 Apr 2016
VIDEO:Sarawak State Elections: CM announces SUPP candidates
Program Penyukatan Tanah Adat (NCR) Inisiatif Baru
6 Apr 2016
Sarawak State Elections: CM announces SUPP candidates
KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem announced 10 candidates to run in the upcoming state elections in the Chinese majority areas at 2.20pm today (Apr 6).
The 10 Sarawak United People’s Party (SUPP) candidates include Datuk Senator Dr Sim Kui Hian for Batu Kawah, Peter Pau (Padungan), Wilfred Yap (Kota Sentosa), Milton Foo (Pending), Sebastian Ting (Piasau), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Lee Kim Shin (Senadin), Lo Khere Chiang for Batu Kitang, Chieng Buong Toon for Bukit Assek and Francis Harden for Simanggang.
Adenan will announce Repok candidate on Friday (Apr 8) when he visits the area on that day.
Meanwhile, SUPP recommended Adam Yii for Pujut and Michael Tiang for Pelawan.
No members from UPP had been spotted as of 2pm today.
Sarawakian Kho Jabing to be hang in Singapore, wants family to accept his fate
5 Apr 2016
Sentimen Anak Tempatan
INI BUKAN SOAL RM2.8 JUTA SAHAJA TETAPI RM59JUTA-ABDUL RAHMAN DAHLAN
1. Dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, saya mendedahkan satu bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").
2. Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak ketiga.
3. Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak : RM70,643,628.00.
4. Perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu perjanjian, yang menyebut :
a) Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan
b) Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.
5. Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat – KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.
6. Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.
7. Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta.
8. Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah, melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.
9. Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis.
10. Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi.
11. Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.
12. Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.
13. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan?
14. Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?
15. Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi – satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga pasaran.
16. Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.
17. Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta – jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan.
18. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pejabat saya menyerahkan perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM – berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar. Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
April 5, 2016
1 Apr 2016
VIDEO:Notis Pembubaran DUN Sarawak Diserah Kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengadakan sidang media berhubung tarikh pembubaran DUN Sarawak. Menurut Asfia beliau sudah menerima surat yang sudah ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 31 Mac 2016 berkenaan dengan pembubaran DUN.Turut hadir pada sidang media yang diadakan di Kompleks DUN ialah Timbalan Speaker DUN Datuk Roland Sagah Wee Inn.
VIDEO:Dewan Undangan Negeri Sarawak Dibubar 11 April 2016
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu DUN Sarawak bakal dibubar pada 11 April 2016 semasa sidang media di Wisma Bapa Malaysia Kuching.






















