Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

7 Mac 2017

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK CALLS ON NORTH KOREA TO IMMEDIATELY RELEASE ALL MALAYSIANS



1.      I condemn in the strongest possible terms North Korea's decision to prevent Malaysian citizens from leaving the country.

2.      This abhorrent act, effectively holding our citizens hostage, is in total disregard of all international law and diplomatic norms.

3.      As a peace-loving nation, Malaysia is committed to maintaining friendly relations with all countries. However, protecting our citizens is my first priority, and we will not hesitate to take all measures necessary when they are threatened.

4.      I have summoned an emergency meeting of the National Security Council. I have also instructed the Inspector General of Police to prevent all North Korean citizens in Malaysia from leaving the country until we are assured of the safety and security of all Malaysians in North Korea.

5.      Our hope is for a swift resolution. I call upon the North Korean leadership to immediately allow our citizens to leave to avoid any further escalation.



7th March 2017

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA                       

Kakitangan Kedutaan Korea Utara Dilarang Keluar Dari Malaysia


Parlimen: Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan arahan serta- merta melarang pegawai mahupun kakitangan Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan tindakan sama yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara.

Bagaimanapun, jelas beliau rakyat Korea Utara masih boleh keluar dari negara ini.

Pyongyang bans Malaysians from leaving N. Korea



SEOUL: Pyongyang is banning all Malaysian citizens from leaving North Korea, state media said Tuesday, potentially holding them hostage amid an increasingly heated diplomatic row over the killing of Kim Jong-Nam in Kuala Lumpur.


"All Malaysian nationals in the DPRK will be temporarily prohibited from leaving the country until the incident that happened in Malaysia is properly solved," the official Korea Central News Agency said, citing the foreign ministry. - AFP

BR1M: Kerajaan Mahu Bantu Rakyat Yang Memerlukan Bukan Yang Malas


1. BR1M adalah polisi bantuan menangani kos sara hidup yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

2. Negara kita telah beberapa kali mengalami masalah inflasi pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib Razak.

3. Hanya Najib Razak memperkenalkan skim bantuan ini bagi membantu golongan sasar iaitu keluarga yang berpendapatan bawah RM 4,000.00.

4. Pemberian BR1M bukan "sedekah politik" tetapi satu penyusunan sosial rakyat yang berteraskan wang kerajaan.

5. Justeru pemberian BR1M harus mematuhi garis panduan dan prosedur supaya ia mencapai golongan sasar. Ia tidak boleh dilakukan secara mudah atau sambil lewa atas alasan tidak mahu menyusahkan rakyat.

6. Jika anda benar-benar memerlukan bantuan ini maka ikutlah peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan.

7. Sejak awal BR1M, pemohon BR1M perlu mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN ialah pihak yang layak menentukan jumlah pendapatan anda dan sama ada anda layak menerima BR1M.

8. Jika anda atau pasangan anda mendaftar syarikat dengan SSM dan tidak menghantar penyata kewangan,  maka LHDN tidak dapat mengesahkan pendapatan anda. Jadi permohonan anda tidak boleh diproses atau terpaksa ditolak.

9. Jadi jika tiada perniagaan dan tidak mahu menyediakan laporan penyata kewangan anda, tutup sahajalah perniagaan tersebut.

10. Tidak perlulah maki-maki kerajaan kononnya tidak prihatin kepada orang miskin. Jika anda boleh daftar syarikat di SSM, mengapa anda tidak boleh laporkan kewangan anda kepada SSM seperti mana syarat dalam penubuhan syarikat.

11. Paling tidak, apakah anda boleh daftar syarikat tetapi tidak boleh berusaha menutupnya?

12. Ia bukan soal menyusahkan sesiapa. Tapi jika kita mahu bantuan kenalah ada usaha sedikit.

Orang buta pun sanggup jalan jual tisu, ramai pula yang buka syarikat maki-maki kerajaan kerana mereka tidak mahu usaha sikit memenuhi prosedur untuk bantuan.

6 Mac 2017

Siapa PM Pakatan Ali Baba?


Sehingga kini, Pakatan Harapan masih belum menamakan siapa calon Perdana Menterinya, selepas gabungan baru itu dibentuk pada September 2015.

Sudah 7 bulan, pembangkang masih belum ada lagi calon siapa hendak jadi PM, hanya bersetuju untuk kerusi TPM sahaja iaitu Kit Siang.

Kenapa lama sangat hendak pilih calon PM? Mahu tunggu Anwar keluar penjara atau mahu tunggu Mukhriz jadi Presiden PPBM dulu baru hendak umum?

Meskipun PKR masih memberikan harapan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, namun gabungan yang lain masih membisu.

Tiada nama yang diumumkan sekali gus mencetuskan banyak persoalan, mungkinkah masing-masing mempunyai calon sendiri.

Adakah ia Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir? Isu siapa calon Perdana Menteri ini sangat rumit hinggakan tiada pihak yang berani tampil untuk menamakan calon tersebut.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tempohari, ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, beberapa hari lepas.

Beliau menyifatkan pembangkang di Malaysia sebagai 'ali baba' kerana tidak ada kesepakatan di antara mereka terhadap siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Dia (pembangkang) cuma setuju siapa jadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi siapa nak jadi Perdana Menteri?...(Datin Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) ke? (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)?

"Lebih pelik Timbalan Perdana Menteri akan tentukan siapa jadi Perdana Menteri, ini pakatan Ali Baba," kata Najib.

Situasi di dalam pakatan harapan sangat berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak menghadapi masalah dalam pemilihan Perdana Menteri kerana keseluruhan parti telah sebulat suara menyokong kepimpinan Najib.

Apa yang boleh diperkatakan ialah pembangkang hanya membentuk pakatan baharu bertujuan untuk bermain politik, bukannya demi memperjuangkan hak rakyat.

Yang pasti, pembangkang kini sudah hilang arah tuju selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan PPBM dan menyertai Pakatan Harapan. Beliau kini sedang mengatur strategi dan cuba menentukan siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Itu baru calon Perdana Menteri, tidak masuk lagi bab pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum nanti. Jika isu calon Perdana Menteri pun sukar untuk mendapat kesepakatan, jangan harap pengagihan kerusi akan selesai dengan mudah.

Rakyat jangan sokong pakatan ali baba yang diketuai DAP ini. Masa depan negara akan jadi tidak menentu jika rakyat terpengaruh dengan kempen politik menghasut mereka.

Tulisan :
Beruang Biru
BB314, Isnin
6 Mac 2017

Kit Siang Dipilih Secara Demokrasi, Bukannya Mahathir


Sejak bila Mahathir jadi ketua pembangkang? Yang ketuanya sekarang adalah DAP. Kit Siang yang ketuai pakatan pembangkang bukannya Mahathir. Itu harus diingat oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kerana mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Beliau juga menang pilihan raya dalam kawasannya di Parlimen Pekan.

Apabila majoriti rakyat memilih parti pimpinannya Barisan Nasional (BN) ini bermakna sebahagian besar pengundi masih meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada beliau untuk terus memimpin negara dan tidak ada sebab untuk Najib meletakkan jawatan.

Jadi, kenyataan bekas Menteri Penerangan (kini Komunikasi dan Multimedia), Tan Sri Zainuddin Maidin di blognya menyatakan bahawa Najib wajar meletakkan jawatan seperti bekas Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lakukan pada 1970 adalah tidak relevan dan hanya tinggal dakwaan mengarut sahaja.

Ini kerana, Zainuddin secara teknikal atau sengaja nampaknya terlupa di pihak pembangkang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang sebenarnya dipilih secara demokrasi mengetuai Pakatan Harapan pembangkang bukannya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pakatan pembangkang, DAP memiliki 38 kerusi dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah DAP jadi parti dominan dalam pembangkang dan meletakkan Kit Siang sebagai ketua.

Parti PPBM yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja iaitu di Pagoh, di Johor dengan diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak bila pula parti yang ada satu kerusi menguasai parti yang ada 38 kerusi? Demokrasi apa yang sedang berlaku dalam pembangkang?

Dalam parti Dr Mahathir sendiri pun, beliau tidak dipilih secara demokrasi kerana dilantik sebagai Pengerusi yang sepatutnya hanya menjadi Penaung kepada parti sahaja.

Yang berkuasa sepatutnya Muhyiddin kerana beliau adalah Presiden parti menurut perlembagaan parti mereka. Tetapi hari ini yang lebih sudu dari kuah adalah Pengerusi bukannya Presiden.

Yang berucap lama Pengerusi, yang buat keputusan Pengerusi. Jadi apa gunanya jawatan Presiden? Inilah amalan demokrasi pelik dalam parti bunga.

Dalam PPBM, sudah beberapa kali diadakan konvensyen atau perhimpunan parti itu tetapi belum ada lagi satu sesi pemilihan atau undian yang memilih Dr Mahathir secara demokrasi di dalam parti itu.

Tidak ada. Mahathir pun tidak berani buat undian dalam parti yang dia baru tubuh itu. Malah undian sulit pun Mahathir takut hendak buat.

Apa salahnya jika pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM sekarang buat satu Majlis Pemilihan untuk memilih siapa Ketua, Timbalan Ketua dan MT pakatan pembangkang.

Malah dalam majlis itu juga pakatan pembangkang boleh memutusakan secara konsensus siapa bakal PM, TPM dan Menteri bayangan mereka. Kenapa takut untuk buat?

Pembangkang tidak akan buat seperti itu kerana niat mereka hanya hendak merampas kuasa. Selepas berjaya rampas kuasa, mereka akan berebut pula kuasa sesama mereka. Rakyat kena ketahui perkara itu.

Zam Maidin tidak akan tulis cadangan ini kerana dia tahu Mahathir tidak akan buat begitu. Mahathir dan Kit Siang ada misi yang sama untuk rampas Putrajaya, tetapi selepas itu agenda mereka adalah berlainan. Mereka akan gaduh lepas itu.

Najib dipilih sebagai Pengerusi BN melalui konsensus dan sokongan kerana UMNO mendominasi parti majoriti di dalam BN.

Demokrasi ada dalam BN, tiada dalam pembangkang. Yang ada adalah "democrazy" dalam pakatan pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB313, Isnin
6 Mac 2017

#PRNSabah: Tergugatkah 'Simpanan Tetap' BN ?



Berita yang mengatakan Sabah akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal semakin banyak diperkatakan. Ada laporan mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan pada 13 April, penamaan calon akan dibuat ada 21 April dan hari pengundian pada 5 Mei 2017.

Lawatan Perdana Menteri ke Sabah beberapa hari lalu dikatakan adalah untuk meninjau sejauh mana BN Sabah telah membuat persiapan jika PRN diadakan lebih awal sebelum PRU-14.

Jika ramalan tersebut menjadi kenyataan, apakah peluang BN Sabah?  DUN Sabah menawarkan sebanyak 60 kerusi. Dalam PRU 13, BN berjaya mendapat 48 kerusi dan pembangkang 12 kerusi. Sementara bagi kerusi Parlimen pula, BN menang sebanyak 22 daripada 25 jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Bagi komponen BN, jumlah kerusi terbanyak disumbangkan oleh UMNO, iaitu sebanyak 31 kerusi DUN. 

Kerusi yang ditandingi oleh UMNO umumnya terletak di sebelah Pantai Timur Sabah, iaitu di kawasan majoriti bumiputera Islam dan terdiri daripada etnik Bajau.

Seterusnya parti-parti komponen seperti PBS menyumbang sebanyak 7 kerusi, UPKO sebanyak 4, PBRS 1, Gerakan 2 dan LDP sebanyak 3 kerusi.

Pencapaian BN peringkat DUN dengan 48 kerusi semasa PRU ke-13 mungkin tidak lagi akan berulang. BN pada tahun 2013 tidak berhadapan dengan masalah perpecahan seperti sekarang.

UMNO Sabah misalnya masih dalam proses membina semula kekuatan selepas mantan Naib Presiden UMNO yang berasal dari Pantai Timur Sabah, iaitu Datuk Seri Shafie Apdal membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baharu yang diberi nama ‘Warisan’ pada tahun lepas.

Dengan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’, Shafie dilihat sedang giat menjalankan kempen dan berusaha menyatukan parti-parti pembangkang Sabah dengan laungan ‘Gabungan Sabah’.

Shafie menerajui Warisan dengan dikelilingi golongan yang terkeluar daripada parti pusat misalnya seperti dari DAP,  PKR dan UMNO. 

Antaranya adalah seperti YB Darell Leiking (menang atas tiket PKR), YB Junz Wong (menang atas tiket DAP), YB Terence Siambun (asal PKR) dan YB Datuk Jaujan (asal UMNO).

Selain Warisan, parti-parti pembangkang di Sabah kini adalah seperti berikut: 1) Pakatan Harapan (PKR dan DAP), 2) Agenda Borneo (STAR dan SAPP), dan 3) PAS.

Antara Pakatan Harapan, Agenda Borneo dan PAS, mereka tidak ada apa-apa hubungan kerjasama dan ini menyebabkan BN ditentang oleh empat penjuru dan kadangkala lima penjuru pada peringkat DUN dan parlimen. Situasi itu sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada BN.

Seandainya Shafie berjaya menyatukan semua parti pembangkang di bawah Gabungan Sabah dan bertanding satu lawan satu dengan BN di semua kerusi DUN semasa PRU-14 nanti, bukan sahaja simpanan tetap BN akan berkubur bahkan pertukaran kuasa juga mungkin akan berlaku di Sabah.

Namun begitu, realiti politik menunjukkan pangaruh Shafie sehingga kini hanya terhad di Pantai Timur Sabah sahaja, dan itu pun hanya di daerah Samporna. Adik beliau sendiri iaitu Datuk Yusof Apdal yang merupakan ADUN Lahad Datu dan sepupu beliau iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran dilihat masih kekal bersama UMNO dan BN.

Mengikut satu laporan, paling kuat Shafie hanya dapat merampas tiga kerusi DUN di Samporna daripada BN iaitu Sulabayan (YB Jaujan Sambakon), Senallang (YB Nasir Tun Sakaran) dan Bugaya (YB Ramlee Marahaban).

Itu baru isu yang melibatkan UMNO, bagaimana pula dengan isu dalaman yang melibatkan PBS, UPKO, Gerakan dan LDP? Adakah semua kerusi yang mereka menang sebelum ini dapat dipertahankan?

Atas perkiraan seperti itulah barangkali, ada pihak dalam BN merasakan PRN perlu diadakan lebih awal di negeri Sabah. – Sarawakvoice

#PRU14: Faktor Adenan Masih Mempengaruhi BN Sarawak


Walaupun isu rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU14) di Sarawak untuk parti-parti Pakatan Harapan telah "diselesaikan" memetik kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam bahawa parti-parti Pakatan Harapan telah mengadakan rundingan untuk mengelakkan pertembungan kerusi seperti yang berlaku pada pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) yang lepas TAPI adalah tidak mungkin bahawa mereka akan melaksanakan apa-apa yang lebih baik di negeri Sarawak ini daripada dalam PRU13.

Ini adalah kerana sokongan luar bandar yang kukuh untuk Barisan Nasional, yang sudah semakin kukuh sejak kebelakangan ini disebabkan oleh dasar-dasar dan populariti bekas Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem.

Memetik kenyataan Penganalisis politik Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata ia adalah "terpuji" bahawa pembangkang telah menyelesaikan rundingan kerusi awal tetapi ini  hanya akan membantu mereka mengekalkan kerusi Parlimen yang sedia ada. "Faktor Adenan" masih di lihat untuk Barisan Nasional(BN) mengekalkan kerusi luar bandar dan isu-isu nasional hanya mampu dimainkan pembangkang untuk memenangi kerusi bandar.”

“Walaupun singkat, Allahyarham Adenan telah berusaha untuk pewartaan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), membatalkan pewartaan tanah bagi empangan Baram dan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk pembangunan luar bandar .Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dilihat sebagai 'Mr Clean', jadi buat masa ini tidak ada isu besar dalam BN Sarawak kecuali perselisihan di antara SUPP dan UPP,” tambahnya lagi.

"Pertempuran antara SUPP dan UPP dalam pilihan raya umum (PRU14) pula dilihat tidak relevan kerana parti-parti ini bertanding kebanyakannya di kawasan bandar di mana DAP akan menang. Tidak kira sama ada SUPP dan UPP bersatu atau tidak, DAP tetap akan dapat kemenangan. Ini kerana pengundi Cina yang menguasai kerusi bandar  mahu check and balance di Dewan Rakyat.” tambah beliau lagi.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jeniri Amir pula  berkata beliau ragu bahawa kompromi lengkap telah dicapai walaupun ia tidak seharusnya menjadi banyak masalah untuk parti-parti Pakatan Harapan untuk berbuat demikian.

“Di Sarawak, pati-parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Amanah dan PAS merupakan bukan faktor kerna senario politik di Sarawak  kurang kompleks daripada di Semenanjung Malaysia namun BN harus  mengambil kira kerusi luar bandar yang membentuk dua pertiga daripada kerusi Parlimen di Sarawak," katanya.

"The Adenan faktor masih boleh memberi kesan di kawasan luar bandar kerana apa yang dia lakukan, tetapi dasar-dasar Abang Johari kepada pembangunan luar bandar dan ekonomi luar bandar akan menjadi lebih penting," tambahnya lagi.

Bagi kerusi bandar, Jeniri berkata ia mungkin bahawa pembangkang akan mengekalkan semua kerusi mereka kerana Adenan-faktor tidak akan memainkan peranan yang besar. Pengundi bandar tidak akan terpengaruh dengan apa yang kerajaan negeri telah lakukan. Walaupun Adenan masih hidup, pola pengundian bandar tidak akan berubah. Mereka masih akan mengundi pembangkang pada pilihan raya parlimen.

Pada pilihan raya negeri Sarawak Mei lepas, Adenan faktor telah mempengaruhi kemenangan besar BN dengan menyapu bersih banyak kawasan pembangkang dengan memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.


3 Mac 2017

NAJIB DEDAH SHAFIE AFDAL MINTA JAWATAN KETUA MENTERI

Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dihadapan 10,000 orang di Batu Sapi, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pernah berjumpa beliau untuk meminta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri berkata, permintaan tersebut tidak boleh diterima kerana membuktikan Mohd. Shafie mempunyai cita-cita peribadi melebihi kepentingan parti dan rakyat.

"Saya tahulah dia datang beritahu mahu jadi Ketua Menteri Sabah. Ini cita-cita peribadi, pada saya cita-cita peribadi tidak boleh melebihi perjuangan rakyat.

"Kita menubuhkan parti yang murni dan mempunyai idealisme untuk memajukan rakyat, ini tiada kena mengena dengan hasrat peribadi," katanya ketika berucap di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini hari ini.

Najib berkata, setiap pemimpin UMNO sepatutnya fokus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat bukannya mengejar cita-cita peribadi dan menghasut rakyat untuk bersama-sama. - UTUSAN ONLINE

To Riolota Najib, Tegas, Jujur Serta Berkata Benar


Ada satu ungkapan dari bangsa Bugis yang melekat di hati saya ketika berkunjung ke Fort Rotterdam, Makassar pada 2012.

GETTENG LEMPU ADATONGENG atau maknanya dalam bahasa Melayu adalah tegas, jujur dan berkata benar.

Kejujuran adalah pakaian anak-anak Bugis.

Serangkaian nasihat seperti ini diturunkan oleh orang tua kepada anaknya dari generasi ke generasi, disebut To Riolota (ungkapan leluhur) atau petuah dalam bahasa kita.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, ketika serangan dan desakan untuk Datuk Seri Najib Razak, meletak jawatan dibuat Tun Mahathir...

Najib yang mengalir darah bangsawan Bugis di tubuhnya memetik beberapa baris To Riolota Bugis, antaranya 'mestipun dipukul ribut dan taufan, kemudi tetap ku putar, lebih baik tenggelam daripada pulang;

Perwakilan bersorak... saya masih ingat suasana ketika Najib melaungkan no retreat no surrender sebanyak tiga kali.

Ungkapan Najib itu 'mestipun dipukul ribut dan taufan, kemudi tetap ku putar, lebih baik tenggelam daripada pulang' diambil dari nyanyian popular palaut Bugis;

'Nalawa mau salareng riwu, nakugincirik gulikku, kualo mui tellengge natowalie'

Lagu tersebut akhiri dengan kata-kata makkarewengeng maneng, atau 'semua, adalah sahabatku'.

Bagi orang Bugis jika anaknya merantau, yang dibekal bukan wang ringgit sebaliknya sebilah keris atau pun badik.

Hal ini dimaksudkan agar sang anak tersebut jika diperantauan menemui masalah, maka sebaliknya ia tidak lari sebaliknya harus menghadapi apa pun risikonya termasuk mati sekalipun.

Ada To Riolota Bugis yang lain berbunyi "Lebih baik mati berkubang darah daripada pulang membawa malu".

Dalam kehidupan Orang Bugis "Siri" merupakan unsur yang sangat asas dalam diri mereka. Tidak ada satu nilai lebih berharga untuk dibela dan dipertahankan dimuka bumi ini selain daripada "Siri".

Bagi orang Bugis "Siri " adalah jiwa, harga diri dan mertabat mereka. Sebab itu untuk menegakkan dan membela "Siri" yang dianggap tercemar atau dicemarkan oleh orang lain, maka orang Bugis bersedia mengorbankan apa sahaja termasuk jiwa raga demi tertegak nya "Siri" dalam kehidupan mereka.

Dalam masyarakat Bugis telah hidup atau tertanam suatu ungkapan yang terkenal iaitu  "Ejatompi nadoang", ertinya: setelah berwarna merah barulah terbukti udang.

Yang dimaksudkan dengan ungkapan tersebut adalah bahawa risiko dalam menegakan "Siri " tak perlu difikirkan akibatnya terlebih dahulu, soal akibat adalah urusan nanti.
Apakah nyawa sendiri akan hilang, akan dihukum puluhan tahun, atau mungkin akan dijatuhkan hukuman mati, itu bukanlah masalah yang perlu difikirkan, tetapi yang penting "Siri " harus ditegakan.

Apa pun akibatnya harus dilaksanakan. Setelah tugas menegakkan "Siri" terlaksana, barulah diketahui akibat atau risiko itu. Dalam pengertian "Barulah terbukti udang".

Dalam uraian tentang siri Prof Dr Matullada mendeskripsikan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu hubungan antara adat dengan "siri" iaitu  "Utettong ri - ade ' e najagainnami siri' ku (ertinya: saya taat kepada adat, kerana menjaga siriku, )

Atau:

Siri' emmi ri onroang ri lino
Utettong ri ade' e
Najagainnami siri' e
Naia siri'e sunge naranreng
Nyawa nakira-kira

Ertinya:

Hanya untuk siri kita hidup didunia
Aku setia pada adat
Kerana dijaga nya siri kita
Adapun siri jiwa imbalannya
Nyawa perkiraannya

Berkait erat dengan pendeskripsian diatas, maka salah satu alat untuk menegakan harga diri atau martabat keluarga adalah senjata pusaka yang berupa senjata tajam keris atau pun badik.

Kerana itu keris atau pun badik dikalangan orang Bugis adalah untuk kesejahteraan, perdamaian, pembelaan diri dan keselamatan.

Hikayat La Galigo banyak memuat tuntutan penting bagi kehidupan masyarakat Bugis.

Tentang siri atau harga diri misalnya, diajarkan agar tak mudah bagi orang Bugis untuk mengeluarkan keris dari sarungnya.

Jika ada suatu masalah yang dihadapi, selesiakan dengan rundingan, bukan sekali tapi beberapa kali.

Jika sudah tiada lagi jalan keluar, barulah keris ditarik dari sarungnya.

Sekali keris dihunus, tidak boleh disarungkan semula sebelum keris tersebut dipergunakan.

Dikalangan orang Bugis jika keris sudah dihunus dan tidak ditikam pada musuh, maka keris tersebut hendaklah ditikam ke batang pisang sebelum disarung semula.

-3/3/2017
OLEH HELME HANAFI

#kolum #bugis #badik #najib #umno