Bujang Senang

Bujang Senang

30 Nov 2016

Jangan Kompromi Kepada Sesiapa Yang Tak Setia Kepada Parti



PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2016 membuka tirainya mulai semalam. Ini juga merupakan PAU yang bebas dari penglibatan Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Malah, perhimpunan tahun ini juga dikatakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Momentum PAU kali ini dilihat lebih menjurus kepada soal kesetiaan dan keikhlasan para ahli kepada institusi presiden dan perjuangan parti sendiri.

Tidak perlu berselindung lagi, tindakan tidak setia kepada institusi presiden dan perjuangan parti daripada dua bekas pemimpin itu amat mendukacitakan 3.4 juta ahli Umno.

Bukan kerana ketaksuban terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin, sebaliknya rasa dukacita itu disebabkan sikap hipokrit dan 'jilat ludah sendiri' yang dilakukan mereka berdua.

Sebagai sebuah sayap parti paling bongsu yang pernah ditunjuk ajar oleh dua pemimpin berkenaan, Puteri Umno turut tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bekas Presiden dan bekas Timbalan Presiden Umno berkenaan.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Zahida Zarik Khan, walaupun Puteri Umno ditubuhkan semasa zaman Dr Mahathir, namun sayap parti itu tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana bekas pemimpin yang tidak setia kepada parti.

PAU 2016 ini juga diharapkan berjaya mengurangkan para ahli 'duri dalam daging' yang sebenarnya menjadi punca kepada ketidakcapaian solidariti parti.

Selaku perhimpunan yang dicanang-canang sebagai kali terakhir sebelum PRU14, PAU 2016 kali ini pastinya menjadi medan untuk pemurnian ahli kepada kesetiaan.

Oleh itu, jika ada mana-mana pihak yang cuba mensabotaj institusi presiden parti sama ada melalui ucapan mahupun apa cara sekalipun, ia haruslah diambil tindakan segera.

Menurut sumber dari dalam juga memberitahu, akan ada ramai 'mata-mata gelap' yang berkeliaran sekitar bangunan PWTC mulai hari ini untuk tujuan penapisan ahli yang dilabelkan sebagai 'duri dalam daging'.

Tindakan ini amatlah wajar bagi tujuan penapisan senarai calon yang akan mewakili Umno dan Barisan Nasional dalam PRU14 akan datang.

Biarlah senarai calon yang mewakili Umno-BN pada pilihan raya akan datang merupakan yang mempunyai sifat setia dan ikhlas kepada institusi presiden dan perjuangan sebenar parti, bukan hanya berjuang demi individu.

Tercabut sudah duri dalam daging dari UMNO. Jika ada lagi sisa sisa duri yang masih terlekat, maka ianya harus dikerat dan dibuang terus. Bebaskan UMNO dari mereka yang bertalam dua muka dan bersifat api dalam sekam.

Tulisan :
Beruang Biru
BB162, Rabu
30 November 2016

0 komentar: