Bujang Senang

Bujang Senang

5 Dis 2016

KAITKAN NABI DENGAN AGENDA POLITIK, PEMUDA UMNO PAHANG DESAK TUN M MOHON MAAF


Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup mengaitkan Nabi dengan agenda politiknya waima isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion sambil ditertawakan audien termasuk musuh Islam iaitu ahli DAP dalam perhimpunan agung parti itu adalah sesuatu yang sangat dangkal dan ibarat menggadaikan agama Islam demi kepentingan politiknya menurut kenyataan media Ketua pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah hari ini.

Demi meraih tepukan dan sorakan daripada orang-orang DAP dan demi memburukkan pemimpin Islam lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun M sanggup menggunakan Nabi iaitu insan terpilih yang menerima wahyu daripada Allah SWT sebagai bahan jenaka.

Itulah senario yang kita akan lihat sekiranya Tun M dan sekutunya kini mengambil alih tampuk kepemimpinan negara, di mana Islam, tokoh-tokoh Islam akan dijadikan bahan gelak ketawa, hiburan kepada mereka.

Pemuda UMNO Pahang mendesak Tun M memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana beliau sudah memperlekehkan tokoh yang sangat kita sanjungi dan perkara ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan dalam usaha kita memastikan kedaulatan agama Islam tidak dicemari.

0 komentar: