Bujang Senang

Bujang Senang

13 Dis 2016

TERKINI :SUSPEK BUNUH BILL KAYONG DI TANGKAP

Polis Sarawak mengesahkan bahawa pada 13/12/16 jam 7.45 malam, Dato' Stephen Lee Chee Kiang telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur menurut kenyataan media Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan bin Mansor sebentar tadi.

Suspek telah ditahan oleh Ministry of Public Security, China di Putian, Fujian Province pada 12/12/16 dan diusir keluar ke Malaysia dari Xiamen.

Beliau telah diiring pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato' Dev Kumar.

Beliau juga akan diiringi ke Miri pada 14/12/16 dan dituduh dengan segera untuk kes pembunuhan Bill Anak Kayong.

0 komentar: