Bujang Senang

Bujang Senang

3 Mei 2017

Siasatan Forex : Kit Siang Akan Berbohong Demi Mahathir


Kalau diikutkan harapan Ketua DAP, Lim Kit Siang ialah untuk membongkarkan semua perbuatan jahat  Mahathir dalam skandal mata wang asing (Forex) yang menyebabkan negara kerugian berbiliion ringgit pada sekitar tahun 90-an.

Pada tahun 1993, Kit Siang menyeru dan membuat saranan supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebanyak RM30 bilion dalam skandal berkenaan dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jumlah itu, kalau digunakan, ia adalah cukup untuk jumlah pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia, bayi dan kanak-kanak selama 8 tahun mengikut nilai pada tahun berkenaan. Boleh juga buat sekitar empat buah lapangan terbang yang setaraf dengan KLIA dan boleh buat lebuh raya setaraf dengan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sepatutnya, selepas 24 tahun menunggu, kini Kit Siang sepatutnya lega apabila kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat skandal itu diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sebelum ditubuhkan pasukan petugas, Kit Siang ada menawarkan dirinya sendiri untuk membantu siasatan perkara itu.

Dalam minggu ini, dia bakal dipanggil bertemu dengan Pasukan Petugas Khas dan akan memberikan keterangan berkenaan skandal itu berdasarkan apa maklumat yang Kit Siang tahu tentang skandal mata wang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. 

Kemarahan Kit Siang dulu bukan satu perasaan biasa-biasa, malah pemimpin veteran DAP itu sampai menerbitkan dua buah buku mengecam Mahathir.

Dalam buku itu, dia mengatakan bahawa kerugian akibat skandal Forex itu telah mewujudkan satu keadaan yang digelar beliau sebagai 'lubang' yang mungkin memusnahkan BNM sebagai sebuah bank pusat di Malaysia.

Pada ketika itu, Gabenor, Tan Sri Jaafar Hussein menafikan wujudnya lubang berkenaan.

Kini, sepatutnya Kit Siang sudah dalam posisi mudah kerana beliau hanya perlu memberikan semua maklumat kepada Pasukan Petugas Khas dedahkan semua kepincangan Mahathir.

Kit Siang mungkin U TURN, dengan hubungan akrab kedua-duanya sekarang, dia nampaknya akan cuba menutup kelemahan Mahathir.

Kalau dulu, pada setiap ceramah, Kit Siang akan  bercakap dengan suara lantang mengkritik Mahathir berkenaan skandal itu.

Dengan kedudukan Kit Siang di sisi Mahathir, berkemungkinan dia akan berbohong untuk menyelamatkan bekas Perdana Menteri itu ketika memberikan keterangan di hadapan pasukan penyiasat.

Elok benar kalau digunakan sistem poligraf untuk melihat adakah Kit Siang berbohong atau sebaliknya dalam setiap maklumat yang diberikan.

Ia didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang menyatakan bahawa Kit Siang tidak akan memberikan maklumat yang boleh mengaitkan Mahathir dalam skandal itu untuk menjaga kepentingan politiknya.

Pada beliau, tindakan memanggil Kit Siang hanya membuang masa sahaja.

Kit Siang pada saat ini amat memerlukan Mahathir kerana beliau percaya pengaruh Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri amat berguna untuk DAP menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti seterusnya hendak melobi sebagai Perdana Menteri kerana dia yakin DAP akan menang besar dalam kalangan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Sepatutnya, Kit Siang bawa buku tulisannya yang bertajuk "Skandal Kerugian Forex Bank Negara Sebanyak RM30 Bilion" dan letak di atas meja kemudian beri keterangan kepada pasukan penyiasat berdasarkan kandungan buku berkenaan seperti yang didakwa, dikritik dan ditentang oleh beliau ke atas Mahathir.

Dengan kepentingan politik dan janji masa depan yang lebih baik jika terus berkawan, sesiapa pun akan menipu demi selamatkan diri dan rakan baik supaya agenda peribadi dapat dicapai.

Kit Siang akan cakap benar atau berbohong mengenai Forex nanti? Sama sama kita lihat keterangannya nanti. Kecenderungan untuk Kit Siang bohong adalah amat tinggi demi cita cita politiknya ke Putrajaya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB408, Rabu
3 April 2017

0 komentar: