Bujang Senang

Bujang Senang

6 Mei 2018

AWAS SERANGAN FITNAH MENJELANG HARI PEMBUANGAN UNDI


Menghampiri hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Rabu ini, pemimpin dan penyokong pembangkang semakin rancak menyebarkan berita palsu dan fitnah untuk mengelirukan rakyat.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari pasti ada berita palsu yang disebarkan oleh golongan ini sekali gus mengesahkan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ancaman fitnah yang dinamakannya sebagai ‘Tsunami PHitnah’ akan melanda negara pada musim PRU-14 ini.

Sehingga hari ini, Portal rasmi Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan 58 fitnah yang disebarkan dengan niat jahat oleh pemimpin dan penyokong gabungan pembangkang yang boleh di layari di sini, 

Pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada BN termasuklah kerajaan BN akan menaikkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 20 peratus, terdapat pengundi hantu di beberapa kawasan dan kerajaan BN menggunakan warganegara Bangladesh sebagai pengundi dalam PRU-14.

Malah, terdapat juga pemimpin parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang memasuki senarai penyebar fitnah, antaranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Edry Yusof dan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim.

Dalam pada itu, Utusan Online melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengambil tindakan saman atas kenyataan fitnah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa beliau serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan kemenangan percuma kepada Mohamad untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, minggu lalu.

Perkara itu turut disentuh Khairy dalam laman Facebook miliknya dengan menyatakan, tindakan saman tersebut diambil setelah Rafizi gagal menarik semula dakwaannya dalam tempoh yang ditetapkan dan ia bertujuan untuk mengajar Rafizi supaya menghentikan perbuatan keji tersebut.

“Dalam memajukan negara dan menjaga keharmonian kaum, individu seperti Rafizi tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya terus bermaharajalela menghamburkan fitnah dan kebencian.

“Saya harap selepas ini Rafizi akan lebih matang dalam berpolitik,” katanya.

Related Posts:

  • *APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI* Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun A… Read More
  • Ku Li bakal PM? Najib ketuai Majlis Pemulihan Negara? KUALA LUMPUR, Ogos 16: Perkembangan arena politik negara makin rancak dengan timbulnya spekulasi terbaru bahawa mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak akan mengetuai Majlis Pemulihan Negara dan ahli po… Read More
  • DUN Johor Bubar? Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi isyarat bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) dijalankan.Hasni dalam kenyataan terbaharuny… Read More
  • Kabinet Perdana Menteri Ke-9 Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriYB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban HongMenteri Kanan - Menteri PertahananYB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein… Read More
  • DUN Johor bubar Ahad ini? SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini.Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besa… Read More

0 komentar: