Bujang Senang

Bujang Senang

22 Mei 2018

Tenangnya Wajah Orang Tidak Bersalah


Dalam bulan Ramadhan ini, Allah berikan ketenangan. Riak ketengangan itu tiada pada orang yang sebelum ini didakwa oleh SPRM, RCI Forex dan mahkamah. Mereka itu nampak sugul, resah dan gelisah. Namun ianya berlainan dengan Datuk Seri Najib, tetap tenang sahaja.

Hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan.

Jika dilihat kepada riak muka beliau semasa hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Najib nampak tenang.

Berdasarkan kepada siasatan melibatkan banyak pihak seperti bank negara, polis dan ketua audit negara, serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijalankan sebelum ini,  pihak-pihak berkenaan mendapati Najib tidak bersalah.

Malah Najib semasa dalam satu temubual dengan wartawan ketika masih menjadi Perdana Menteri pernah berkata:

"Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu. Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.

“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak. Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.

Dan dengan keyakinan ini, ia menjadikan Najib kelihatan tenang malah sempat tersenyum kepada pemberita yang menunggunya di depan pejabat SPRM hari ini.

Najib sebelum ini telah menegaskan bahawa beliau tidak mencuri dana kekayaan negara dan bukan pencuri atau penjahat.

"Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, penyangak. Kenal saya sebagai 42 tahun berkhidmat," katanya dalam ucapan sulungnya di Pekan selepas Pilihan Raya Umum lalu, pada Ahad lalu.

Ternyata beliau masih disayangi oleh penduduk Pekan apabila kehadirannya disambut dengan teriakan "Kami sayang Datuk Seri!".

Apa yang pasti, tatkala beliau sendiri diuji dengan dugaan besar itu, Najib tidak lupa mengingatkan ahli UMNO supaya tidak meratapi kekalahan terlalu lama sebaliknya mesti bangkit meneruskan perjuangan.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah satu ujian dan atas sebab itu semua pihak perlu reda dengannya serta tidak boleh sentiasa terbawa-bawa dengan kehibaan hati.

Bagi ahli UMNO yang masih sugul dengan kekalahan parti itu, ini adalah nasihat dan kata-kata semangat daripada Najib.

“Yakinlah, perjuangan suci ini wajib kita teruskan walau dalam keadaan getir dan tekanan. Ingat perjuangan kita adalah perjua­ngan suci dan mulia yang mana lambat laun rakyat akan sedar dan anak muda akan sedar perjuangan kita perjuangan sebenar atas nama bangsa dan negara,” katanya

Moga Allah terus berikan kekuatan pada Datuk Seri Najib. Lihat sahajalah bagaimana kenyataan Shukri Abdul tadi, penuh dendam dan prasangka dan bukannya berasas hujah dan fakta.

Hari demi hari rakyat menilai. Ramai yang mula buka mata. Malah ada juga yang baru kenal cara PM yang ke-4, 20 tahun lalu. Orang tidak bersalah akan tenang, yang mahu mengenakan orang pula nampak gelisah dan kelam kabut mencari bukti dan mereka cerita. Rakyat perhatikanlah drama ini.

Tulisan :
Rakyat yang memerhati

0 komentar: