Bujang Senang

Bujang Senang

26 Nov 2015

Kemas Kini BR1M 2016 Online (Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016)


BR1M 2016 akan menerima permohonan mulai 1 Disember 2015. Pembayaran fasa pertama akan diberi sebelum Febuari 2016.

Jikalau anda seorang yang layak, sila teruskan dengan memohon BRIM secara online, yang mana telah disyorkan oleh kerajaan.

Kepada yang merupakan penerima yang sedia ada, bermaksud kamu telah berdaftar dan berjaya mendapatkan BRIM pada tahun-tahun yang lepas, anda tidak perlu lagi membuat permohonan yang baru. Kamu perlu menghantar maklumat untuk kemas kini sahaja.

Kegagalan menghantar pendaftaran atau kemas kini BRIM 2016 sebelum tarikh tutup akan mengakibatkan permohonan kamu tidak diproses.

Bagaimanapun permohonan baru secara isi borang di pusat hasil atau kaunter BRIM berkenaan masih diterima.

Kepada yang ingin berbuat demikian, kamu tidak dapat menerima wang secara tunai terus ke dalam bank kerana kamu tidak memberi nombor akaun bank. Dengan memohon secara online, kamu tidak perlu beratur panjang untuk menerima baucher BRIM lagi.

* Kelayakan BR1M 2016 seperti berikut :-

- RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih

- RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah

- RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000

- RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000

** Kemas Kini BR1M 2016 Online

Selepas memasuki muka surat ‘kemas kini’ di ebr1m.hasil.gov.my, jawap 2 soalan keselematan dengan betul bersama dengan nombor IC.

Kamu boleh membuat pendaftaran / kemas kini bagi pihak ibu atau bapa tapi pastikan kamu dapat menjawap soalan keselamatan dengan tepat.

kemaskini brim 2016(2)

Seterusnya kamu harus mengisi maklumat yang terkini. Kepada yang telah bercerai, sila lengkapkan ruang tanggung. Jikalau tidak, kamu akan menerima bantuan RM400 iaitu jumlah untuk kategori bujang.

kemaskini brim 2016(3)

Jangan mengulang nombor bank akaun bagi mana-mana permohonan yang lain. Dan memastikan nama pada bank yang diberi sama dengan nama di IC.

Sekiranya tanggungan anda masih belum bekerja atau tidak bekerja, contohnya anak-anak anda, sila letak ’0′ pada ruang pendapatan.

kemaskini brim 2016(4)

Semak dan pastikan maklumat yang diberi betul kerana maklumat yang dihantar tidak boleh diubah selepas tarikh tutup.

Anda tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit untuk membuat permohonan dan kemas kini. Pengunaan telefon bimbit hanya untuk semakan status, harap maklum.

Information Source: BR1M 2016

0 komentar: