
Kenyataan Media Pemuda PBB (Susulan Kenyataan LGE di Konvensyen DAP di Sibu)
Rakyat Sarawak tidak memerlukan Lim Guan Eng untuk mengajar pucuk kepimpinan Sarawak mengenai cara bagaimana untuk mengurus tadbir negeri itu, apa lagi cara untuk memperjuangkan hak Sarawak.
Ini kerana YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem awal-awal lagi sudah memperjuangkan hak Sarawak dengan menuntut hak dan autonomi daripada Kerajaan Pusat seperti termaktub...