Bujang Senang

Bujang Senang

21 Okt 2016

BAJET2017: BAJU MELAYU WARNA `PINK FUCHSIA’ JADI PILIHAN PM


Ramai yang meneka warna baju yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada pukul 4 petang ini.
Jika dilihat pada tahun-tahun sebelum ini, beliau akan memilih baju melayu berwarna terang, sesuai untuk membangkitkan `mood’ ketika mengumumkan perkara-perkara penting dalam bajet selain menambahkan lagi aura Perdana Menteri.

Kali ini beliau memakai baju berwarna `pink fuchsia’ iaitu warna merah jambu tetapi seakan-akan ungu.
Sesuai dengan matlamat bajet iaitu mensejahterakan rakyat, warna ini memberikan energi positif kepada Najib tatkala seluruh rakyat Malaysia menantikan pengumuman-pengumuman menarik untuk mereka.
Apakah warna fuchsia ini? Ia adalah warna pokok fuchsia, iaitu nama pokok yang diambil sempena nama botanis Jerman, Leonhart Fuchs, pada kurun ke-16.
Warna fuchsia mula diperkenalkan sebagai warna pewarna  baru yang dikenali sebagai fuchsine dan ia telah dipatenkan pada tahun 1859 oleh ahli kimia Perancis Francois-Emmanuel Verguin.
Namun pewarna ini telah ditukar nama magenta pada tahun yang sama, untuk meraikan kemenangan tentera Perancis di Pertempuran Magenta pada 4 Jun 1859, berhampiran bandar Magenta di Itali.
Berdasarkan pengkaji warna, fuchsia ini melambangkan kasih sayang dan lebih utama ia memberikan semangat kepada si pemakainya.
Kalau berdasarkan kepada psikologi warna pula, merah seperti ini adalah tanda harapan dan warna positif yang memberikan inspirasi, dengan segala-galanya akan menjadi baik-baik sahaja.
tv14.my

Related Posts:

  • DPM to lose job in looming Cabinet shake-up, says analyst PETALING JAYA: A political analyst has speculated that a Cabinet reshuffle is imminent and that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will be kicked out. Quoting unnamed sources, Shahbudin Husin says in his latest blog entr… Read More
  • Kem Pelarian Di Wang Kelian Milik 'Yassin' ALOR SETAR – Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang “dibeli” oleh ejen besar si… Read More
  • #GempaSabah :Tanak Dusun Bunduliwan dan Si Aki Nabalu Tiap kali tragedi berlaku, ramai manusia ingin menjadi Tuhan. Mereka taksub berfirman tentang kemungkaran, pembalasan, dosa dan pahala, dengan nada wahyu yang sangat yakin. Seolah-olah di dada mereka, terletaknya jiwa Tuhan … Read More
  • Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor Ampun Tuankun beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak … Read More
  • RAFIZI KANTOI SELEWENGKAN DANA RAKYAT??? Hah! Hebat tak Si Rafizi tu selewengkan duit rakyat? Takde sapa pun dapat lihat bagaimana Si Rafizi tu bertindak menipu dan memperdayakan rakyat dengan muslihat licik dia selama hari ini. Kali ini, Si Rafizi tu tak boleh … Read More

0 komentar: