Bujang Senang

Bujang Senang

9 Mac 2016

50 PRINSIP DAN TINDAKAN KETUA MENTERI UNTUK SARAWAK


Semenjak di lantik Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Hj Satem telah banyak memukau penduduk Sarawak dengan aksi spontan dan jenaka beliau. Tapi apa yang lebih memukau adalah prinsip dan tindakan beliau dalam mentranformasikan Negeri Sarawak sejak dua tahun yang lalu.

50 Prinsip dan Tindakan beliau telah di cetak dan diedarkan kepada orangramai pada Program Sejiwa Senada yang telah menarik ramai pengunjung iaitu di Miri 80,000, Sibu 180,000 dan Serikei 120,000.Program ini juga telah diadakan di Saratok dan dikatakan bakal berakhir di Samarahan pada pertengahan April.

Prinsip dan tindakan Ketua Menteri Sarawak ini telah dikategorikan kepada 13 kategori iaitu :-
1)Prinsip dan tindakan beliau kepada Anak Sarawak.
2)Prinsip dan tindakan beliau kepada pemansuhan atau pengurangan caj
3)Prinsip dan tindakan serta sokongan beliau kepada Sekolah Persendirian Cina.
4)Prinsip dan tindakan serta komitmen Petronas.
5)Prinsip dan tindakan beliau kepada Transformasi Luar Bandar.
6)Prinsip dan tindakan beliau beliau bahawa tiada Parti Politik dari luar Sarawak.
7)Prinsip dan tindakan beliau terhadap pendirian dan inisiatif Kerajaan Negeri.
8)Prinsip dan tindakan beliau terhadap pengurusan dan penguatkuasaan hutan.
9)Prinsip dan tindakan beliau dalam konsep Sarawak Harmoni.
10)Prinsip dan tindakan beliau tehadap Pendidikan Teknikal
11)Prinsip dan tindakan beliau dalam Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.
12)Prinsip dan tindakan beliau untuk guru-guru di Sarawak.
13)Prinsip dan tindakan beliau untuk tanah di Sarawak.

Harapan kita semoga yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri akan bakal diterjemahkan oleh rakyat dalam bentuk undi dan ini akan membantu meraih undi untuk kemenangan dua pertiga Barisan Nasional Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

0 komentar: