Bujang Senang

Bujang Senang

9 Mac 2016

SARAWAK BANTU GRADUAN MENGANGGUR.

Semalam Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil insiatif melancarkan Program Graduate Enhancement Training Sarawak atau GETS iaitu Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak dalam usaha membantu graduan mengganggur di negeri ini mendapat pekerjaan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak membantu mengurangkan kos beban sara hidup rakyat sekaligus menawarkan suasana penghidupan yang lebih kondusif untuk rakyat Negeri Sarawak.

Program GETS ini bukan sahaja membantu graduan menganggur malah menyediakan sokongan kepada syarikat yang terlibat sepertimana Program SL1M atau Skim Latihan 1 Malaysia yang telah di lancarkan dulu yang juga telah menyediakan pasarana untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Swasta yang melaksanakan program sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Graduan yang menganggur akan ditempatkan sebagai Pelatih GETS dengan syarikat yang di lantik selama dua belas bulan.Semasa latihan merka akan diberi elaun sebanyak RM1,000 untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda dan RM800 untuk pemegang Diploma.

Dengan anggaran kira-kira seribu graduan menganggur diharap program ini dapat membantu para graduan kita untuk diperkasakan dengan kemahiran agar dapat  memenuhi kualiti tenaga kerja yang diperlukan dan seterusnya dapat menyumbang untuk pembangunan Negeri Sarawak.

Untuk yang berminat dan memiliki diploma dan Ijazah sarjana Muda bolehlah menghubungi Unit Pembangunan Tenaga Kerja di Pejabat Ketua Menteri Petra Jaya Kuching Sarawak.

Related Posts:

  • Trump Puji Najib, Perjuangan Membela Rohingya Makin Positif Sentuhan Datuk Seri Najib Razak terbukti cemerlang. Walau apapun yang dilakukan oleh Perdana Menteri, ternyata ia membuahkan hasil terbaik meskipun dikecam dan diserang dari pelbagai sudut. Ini termasuklah perjuangan ikhlas … Read More
  • Adakah DAP diselubungi dengan masalah? Tulisan asal oleh: Raghavan Nair, Malaysia Today, 14 November 2017 Mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhirnya mengadakan pemilihan semula mereka pada 12 November 2017 selepas begitu banyak… Read More
  • Parti Bunga Semakin Ditolak Rakyat Sejak awal penubuhannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Parti Bunga sudah pun terlihat akan kepincangannya. Parti yang ditubuhkan oleh puak-puak yang kecewa di dalam UMNO ini berharap agar parti ini akan memberikan impa… Read More
  • Pembangkang Tolak Bajet 2018, Tapi Tidak Malu Minta RM2 Bilion Banyak sangat main wayang, itu sebabnya jangan percaya kepada pembangkang. Banyak drama dimainkan oleh mereka selama ini untuk menyalahkan orang lain. Terbaru di Parlimen, semalam, melibatkan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Si… Read More
  • Kes Rasuah : Lim Guan Eng Usah Berdalih Lagi Kalau Mahathir boleh digelar sebagai pakar "U Turn", Guan Eng pula boleh digelar sebagai pakar putar belit. Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menuduh bahawa kerajaan persekutuan tidak menghulurkan seba… Read More

0 komentar: