Bujang Senang

Bujang Senang

28 Mac 2016

Calon Anak Jati Kabong



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terus mendekati rakyat dengan turun padang melawat ke setiappelusok Sarawak. Kali ini Adenan berpeluang menjejak kaki ke Kabong untuk melihat sendiri keadaan di Kabong.

Adenan memberitahu penduduk Kabong bahawa beliau akan mengumumkan calon bagi DUN Kabong yang mana DUN Kabong adalah DUN baru hasil daripada persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang lalu.

Adenan turut menyatakan bahawa DUN Kabong akan dicalonkan anak watan sebagai calon yang akan bertanding pada pilihanraya akan datang. Beliau turut menggesa agar dengan keputusan calon nanti, jangan ada isu mensabotaj calon dilakukan.

Permuafakatan dan kerjasama amat diperlukan bagi menjayakan gerak kerja calon tersebut untuk membawa agenda pembangunan rakyat dan kawasan. Keputusan daripada Adenan nanti adalah keputusan yang membentuk pasukan Barisan Nasional Adenan.

Pada masa sama Adenan turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk membina dewan dan masjid di Kabong. Dengan peruntukkan tersebut rakyat Kabong akan menerima faedah daripada hasil usaha kerajaan dan membentuk suasana rakyat yang sejahtera.

0 komentar: