SIAPAKAH DALANG DISEBALIK SEMUA INI????? |
Tanah Adat (NCR), isu utama yang masih menjadi mainan politik pembangkang terurama daripada parti PKR. Walau apa pun penjelasan daripada kerajaan berkenaan NCR, apabila sampai ke rakyat, putar belit fakta yang dapat daripada keterangan pembangkang.
Kebanyakkan projek kerajaan yang tertangguh atau gagal semuanya gara-gara NCR yang dipertahankan oleh segelintir rakyat yang terpengaruh oleh hasutan pembangkang. Tidak dinafikan memang ada perkara yang tidak telus berlaku namun hasutan daripada pembangkang atau pihak yang tidak bertanggungjawab lebih efektif mempengaruhi pemilik NCR.
Yang Berhormat yang paling teratas bermain isu NCR ialah ADUN Ba'Kelalan Baru Bian. Dari dahulu sehingga kini isu tersebut agenda utama beliau untuk meraih sokongan. Pada masa sama beliau akan menjadi peguam kepada pemilik NCR bila perkara NCR dilanjutkan ke mahkamah. Atas dasar sebagai yang berhormat dengan itu pengaruh sebagai peguam memudahkan lagi beliau mengurus urusan mahkmah.
Disebalik itu kedengaran suara-suara yang lantang mempertikai tindakan Baru Bian selama ini. Sebagai wakil rakyat jelas Baru berjaya menawan minda rakyat tentang NCR dan sebagai peguam pula Baru berjaya membela pemilik tanah NCR. Untuk urusan mahkamah sudah pasti pemilik NCR yang akan menanggung kos mahkamah.
Yang mengaut keuntungan daripada kos tersebut ialah peguam seperti Baru Bian. Ada yang mengatakan Baru mencipta isu NCR untuk memperolehi keuntungan daripada rakyat yang menghadapi masalah NCR. Kata mereka Baru memang bijak mencari sumber pendapatan. Itulah suara-suara rakyat yang telah memerhati tindakan Baru Bian dan suara tersebut menyatakan bahawa Baru ciptaisu dan rakyat pula yang menyumbang pendapatan kepada Baru Bian.
Adakah kerana itu rakyat mula tidak mempercayai Baru Bian ?
0 komentar:
Catat Ulasan