Bujang Senang

Bujang Senang

28 Apr 2013

Anwar Cuba Cetus Sentimen Perkauman Raih Undi Masyarakat India




Pakatan Rakyat (PR) seringkali menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memainkan sentimen perkauman untuk meraih undi, sedangkan hakikatnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan sentimen perkauman kepada masyarakat India supaya mereka membenci kerajaan dan menyokong cita-citanya untuk ke Putrajaya dan menjadi perdana menteri.

 Ia dilihat jelas ketika kempen jelajah Anwar di Melaka dan Johor dengan menggunakan sentimen isu Datuk Zulkifli Nordin kepada masyarakat India dan cuba mengaitkan Umno dengan tindakan tersebut.

 Sedangkan hakikatnya kenyataan-kenyataan dibuat Zulkifli itu adalah semasa beliau masih bersama PAS dan bukannya menjadi ahli Parlimen Bebas. Tindakan Anwar itu membuktikan PR yang terdiri daripada pakatan DAP, PAS, dan PKR sebenarnya menggunakan sentimen agama untuk memecah-belahkan negara ini. Anwar berharap dengan menggunakan sentimen itu, kerajaan pimpinannya akan berjaya untuk menentang BN dengan cara kotor, namun tanpa sedar beliau sebenarnya sedang memusnahkan ikatan sosial antara penduduk berbilang kaum di negara ini semata-mata mengejar cita-citanya menjadi perdana menteri.

 Jika kita lihat kembali, apa sudah jadi dengan inside Kampung Buah Pala? ke mana masyarakat India di sana? Di mana janji pembangkang untuk membela mereka? Semuanya sudah terjawab dengan jelas PR bukanlah pihak yang benar untuk diberi mandat memerintah negara kerana mereka hanya berjuang menegakkan Anwar sebagai perdana menteri, tetapi bukannya berjuang untuk rakyat dan demi rakyat seperti mana dilaksanakan BN sejak 50 tahun lalu.

 Menggunakan sentimen “demokrasi” PR bergerak untuk mendapat sokongan rakyat, namun sambil menyelam mereka minum air, apabila ikatan muhibah antara kaum cuba dirobohkan oleh DAP, PAS, dan PKR melalui ikatan pakatan pembangkang.

 Daripada itu, jelas kita melihat, selepas beliau sedar akan kegagalannya untuk membantu Hindraf, Anwar mula menggunakan helah kerana pemimpin Hindraf telah berjumpa dengan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak. Jelas Anwar pentingkan diri sendiri.

Telah lama Hindraf bersama perjuangannya, namun pandang sebelah mata pun tidak. Kini bila Hindraf bertemu Najib, Anwar sudah mula goyang. Sebab itu beliau menggunakan sentimen perkauman untuk menarik undi masyarakat India. Selain itu, dengan program transformasi dan pelunasan janji kerajaan kepada masyarakat India juga membuatkan Anwar tidak tidur malam apabila memikirkan perkara itu.

 Masyarakat India pada Anwar mungkin boleh dijual beli dengan janji-janji palsunya, tetapi Najib jelas mengotakan janji menyelesaikan isu masyarakat India yang telah dipinggirkan Anwar.


1 komentar:

Bingai @ Bangang berkata...

Baca kat bawah ni:
Bila Bapak KERA Terlepas di TendangTerajang