Bujang Senang

Bujang Senang

18 Apr 2013

Manifesto Pakatan Rakyat- Janji Lama Yang Diubahsuai





Manifesto Gabungan Pakatan Rakyat Perak yang dilancarkan hari ini dilihat lebih kepada janji-janji lama yang diubahsuai  kepada perkara baru yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri.

Manifesto itu yang dilancarkan di Hotel Riverfront, Ipoh oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga dilihat sekadar janji kosong pembangkang untuk menyedapkan hati rakyat.

Hadir samaPengerusi PKR Perak, Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu ialah  menyediakan skim pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya, pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.

Mengupayakan belia dan wanita antaranya, bantuan sara hidup  bagi balu bawah 50 tahun yang tidak bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami, mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan.

Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC.

Dalam perkara mensejahterakan rakyat, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan, komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak.

Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC.

Pakatan Rakat Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan  ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat.

Menifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan, menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti  untuk SJK(C) dan SJK(C).

Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun, mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.

Kebanyakan kandungan manifesto itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak mengambil alih kepimpinan daripada pembangkang empat tahun lalu.


SUMBER

1 komentar:

XUMNO berkata...

Memanglah janji lama sebab belum memeritah lagi. Janji tetap jani yang mesti di tunaikan. Bukan macam Umnoporno buat 1000 janji, memerintah lebih 50 tahun pun banyak yang tak ditepati. Ada yang buat janji dah mati, yang tunggu janji BN lagi ramai dah mati.