Bujang Senang

Bujang Senang

17 Apr 2013

#PRU13 : Dividen Belum Dapat Tapi Peserta Ladang Rakyat Dah Diwajibkan Menderma Untuk Dana PAS!




Menyebarkan surat di Kelantan untuk mengajak orang ramai terutamanya peserta Ladang Rakyat melakukan solat hajat bagi memohon kemenangan dalam PRU13 nanti adalah satu tindakan yang bagus. Walaubagaimanapun, yang menjadikan ianya tidak bagus adalah tindakan yang mewajibkan mereka menderma dalam jumlah yang telah ditetapkan untuk dana PRU DUN Demit.

Jumlah sebanyak RM100 itu mungkin kelihatan sedikit bagi mereka yang berkemampuan tetapi bagi peserta Ladang Rakyat itu sendiri, adakah PAS yakin ianya tidak menjadi satu bebanan bagi mereka?

Nampaknya dividen yang bakal diterima oleh peserta Ladang Rakyat nanti terpaksa digunakan untuk menderma kepada PAS yang kononnya bakal digunakan untuk membantu jentera pilihanraya DUN Demit. Guna untuk jentera pilihanraya tidak mengapa lagi, jangan pula nanti digunakan untuk menyewa hotel dan membayar khidmat ‘call girl’ ataupun tukang urut pula.

Penulis sempat meneliti keratan surat yang telah diedarkan kepada para peserta Ladang Rakyat tersebut. Terdapat persoalan yang timbul di dalam fikiran penulis ketika membaca ayat ‘dan sumbangan ini adalah penilaian kepada setiap orang peserta untuk masa-masa akan datang’.

Adakah ayat tersebut bermaksud jika terdapat peserta yang tidak menderma, dividen beliau akan kurang daripada peserta yang sudi menderma? Bagaimana pula jika peserta tersebut sememangnya tidak berkemampuan untuk menderma? Adakah ianya akan menjejaskan pendapatan mereka nanti?

Wang RM100 tersebut wajib dibawa ketika hari pendaftaran pembahagian cek dividen mengikut yang tertera di dalam surat yang telah diedarkan. Belum dapat cek dividen, peserta sudah diwajibkan membawa wang tersebut. Bagaimana jika mereka tiada mempunyai wang sebanyak itu pada hari tersebut? Adakah mereka tidak akan diberi cek dividen?

Ladang Rakyat tidak mendatangkan keuntungan kepada peserta yang terlibat, pembangunan tidak diberi selayaknya kepada mereka tetapi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, peserta pula yang diwajibkan menderma. Adakah rakyat masih mahukan calon parti yang memerah duit rakyat untuk menjadi pemimpin mereka?

Seharusnya pemimpin yang memberikan dana kepada rakyat untuk kesejahteraan mereka tetapi pemimpin PAS adalah sebaliknya. Beruntung menjadi pemimpin PAS, boleh sewenangnya menggunakan agama untuk mengumpul kekayaan. Bawalah tin milo ke mana-mana ceramah, mintalah seberapa banyak derma dengan menggunakan nama Islam, sudah pasti rakyat akan menghulurkan wang ringgit kepada mereka.

Bangkitlah rakyat Kelantan. Tolak PAS yang tidak memberikan pembangunan kepada rakyat sebaliknya hanya memerah duit rakyat dengan derma-derma dan dana-dana atas nama Islam. Pilihlah parti yang boleh memberikan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat Kelantan.

Related Posts:

  • Mahathir Kata Kit Siang Boleh Jadi PM Rakyat Malaysia tidak pernah memberi perhatian. Walaupun apabila saya ulangi perkara yang sama berulang-ulang kali mereka masih tidak memahaminya dan masih membangkitkan isu lama yang sama yang telah dijawab untuk kesekian … Read More
  • Bakar Pondok Parkir, Adakah DAP Bertanggungjawab?? Kejadian bakar pondok kupon parkir kenderaan di Kuching semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Sejak kelmarin dan malam semalam sebanyak 19 pondok kupon parkir kenderaan itu telah di bakar.Dua daripadanya musnah terba… Read More
  • Gong Xi Fa Chai, Sarawak Like No Other Di Sarawak kepelbagaian adalah kecantikan dan kekuatan dengan kebebasan untuk mengamalkan budaya dan agama sendiri tanpa halangan. Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menekan kan ini dalam ucapan Selamat Tahu… Read More
  • Video : Tak Mau Menari, Najib dan Singa Di fitnah Choiiiiiiiii....Pro-Mahathir Mohamad, blog politik OutSyed The Box semalam berkongsi video dari KiniTV,dengan  tajuk yang berbunyi: 'Gerakan singa enggan menari untuk MO1' , lari dari tajuk sebenar "VIP table at G… Read More
  • #PrkTjgDatu :PKR BERPECAH-BELAH LAGI Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Sarawak tidak akan meletakkan calon dalam  PRK Tanjung Datu selepas calon PKR, Jazolkipli Numan HILANG wang deposit dalam  PRN Sarawak yang l… Read More

0 komentar: