Bujang Senang

Bujang Senang

21 Feb 2017

‘Make others look bad, to make himself look good”, Mahathir Kata Najib Menipu Di Pekan


Semakin hampir hari nya Mahathir bakal di togelkan kerana isu penyelewengan FOREX , semakin kuat bohong nya untuk alihkan pandangan rakyat kepada Datuk Seri Najib.

“Stunt” terbaru Mahathir ada lah mendakwa bahawa Najib telah memenangi pilihanraya di Pekan pada tahun 1999 dengan cara menipu.

Atas dakwaan nya ini pelbagai teori diberi seperti menggunakan orang asli dan undi anggota tentera untuk membantu penipuan itu.

Ini lah cara Mahathir sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang dia dapat lemparkan kepada Datuk Seri Najib dia akan lakukan nya kerana sebagai insan yang bakal terkenal sebagai pemimpin yang menggunakan wang rakyat nya untuk berjudi  di pasaran dunia dia terpaksa memburuk kan Najib seboleh boleh nya.

‘Make others look bad, to make himself look good” itu lah cara Mahathir.

Dalam respon kepada hal ini, Datuk Salleh Said Keruak , telah membidas Tun Mahathir sebagai “sour grape” kerana gagal mencapai cita cita peribadi nya, telah mengguna kan cara jijik dengan mendakwa hal tidak masuk akal ini.

Mahathir cuba menipu rakyat dengan bercerita itu lah cara penipuan Najib untuk menang tipis di Pekan.

Sedangkan menang tipis atau tidak, undi orang asli dan tentera telah pun sememang nya ada di situ. Bah kan anggota tentera telah terlebih awal mengundi, dan bagaimana pula di ceritakan konon nya di tambah kemudian untuk menang kan Najib.

Salleh berkata , kemenangan tipis Najib boleh di kaitkan dengan Mahathir juga sebagai PM yang menyusahkan wakil rakyat UMNO dengan pelbagai isu dan skandal nya.

Lebih jijik ada lah Tun Mahathir sendiri hanya menang dengan sejumlah 43 undi majoriti sahaja berlawan dengan menteri sendiri ia itu Tengku Razaliegh Hamzah di Pemilihan Agung UMNO.
Setelah menang tipis pun Mahathir tidak sedar diri untuk mengetahui dia tidak di kehendaki oleh ahli UMNO. Apa yang menjelek kan ada lah dengan kuasa Perdana Menteri 7 tahun lebih pun Mahathir sukar untuk mengalah kan Ku Li.

Begitu lah tinggi nya perasan benci ahli UMNO kepada Mahathir.

Kemenangan tipis tidak menyedar kan diri Mahathir kerana habuan harta , wang dan kuasa serta kehendak mahu memperkaya kan kroni bukan Melayu nya terlalu besar.

Maka atas sebab ini Mahathir terus bergayut kepada kuasa tanpa rasa malu.

Sudah lah dipenuhi skandal BMF, FOREX dan pembunuhan orang 14 Islam Memali pun Mahathir tidak rasa bersalah dan berdosa untuk undur diri.

Maka apabila Mahathir dalam ucapan sebagai Pengerusi PPBM menyatakan di depan orang ramai di Balik Pulau dia mohon maaf kerana akibatkan Najib terus menjadi Perdana Menteri, tanpa dia sedar diri UMNO juga boleh mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mengizinkan seorang pemimpin yang membela orang kaya serta menggunakan wang rakyat untuk “bailout” syarikat anak nya.

Selain itu wang rakyat juga di gunakan untuk judi dagangan wang antarabangsa sehingga negara kehilangan wang nya dalam skala hampir RM40 billion.

Ini lah Mahathir, sebagai orang tua yang suka ambil kesempatan terhadap orang lain  sentiasa akan bercerita sedap mulut kerana mengetahui orang tidak akan ambil tindakan kepada nya.
Jika di ambil dia akan kata zalim mahu tutup mulut nya, jika tidak dia akan dakwa takut. Serba tidak kena dengan orang sudah expire minda nya ini. Dengan Mahathir ‘Damn if you do , Damn if you dont”.

Amat benar apabila Salleh Said Keruak menyatakan Tun Mahathir akan resort kepada apa sahaja asal kan dapat memburuk kan Najib.

Sebenar nya apa yang Mahathir cerita ada lah kaitan dengan perkara yang dia sendiri pernah buat secara sulit di belakang rakyat.

Beberapa bulan sebelum pilihanraya pada tahun  2013 pihak Tun Mahathir telah mengistihar jangkaan BN akan kehilangan beberapa negeri kepada pembangkang.

Kenyataan awal itu telah di buat oleh Tun Daim , sekutu kuat Tun Mahathir. Ketika itu puak Tun Mahathir sedang usaha kuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Melayu Abdullah Badawi.
Persoalan , ada kah Tun dan sekutu sendiri yang membuat kerja sulit untuk menjatuh kan BN supaya boleh beri tekanan kepada Abdullah  Badawi supaya berundur?

Jika benar , maka Tun Mahathir dan Tun Daim lah petualang dan pengkhianat bangsa. Tiada lansung kesetiaan kepada UMNO selain mahu perguna untuk kekayaan sendiri.

Hal ini kemudian telah di ceritakan oleh Raja Petra Kamaruddin melalui risikan nya bahawa Ling Liong Sik dan Mathias Chang di guna kan untuk pengaruh orang Cina MCA supaya tidak undi MCA.
Sila lah saman Raja Petra jika dakwaan nya tidak betul.

Apa pun yang paling utama ada lah bagaimana Tun Mahathir dalam saat kejatuhan dan aib nya akan terdedah nanti pada RCI akan membuat apa sahaja untuk selamat kan batang tengkok nya.

Kita sebagai rakyat berdoa sahaja lah kepada Allah  untuk mohon perlindungan dari orang yang kini telah duduk sebaris dengan musuh Islam dan musuh orang Melayu.

0 komentar: