Bujang Senang

Bujang Senang

28 Feb 2017

#PRU14 :Ahli Parlimen Stampin Berkemungkinan TIDAK Dicalonkan Semula




Democratic Action Party(DAP) berkemungkinan akan memperkenalkan calon baru untuk kawasan Parlimen Stampin pada pilihan raya umum akan datang (PRU-14) mengantikan Julian Tan berikutan rumour yang bertiup kencang bahawa Kelvin Yii, pembantu khas kepada MP Bandar Kuching  dan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Chong Chieng Jen, akan menjadi calon untuk menggantikan Tan.
 
"Sama ada saya akan mempertahankan Stampin, ini bergantung kepada parti. Buat masa ini, saya menunaikan kewajipan saya sebagai Ahli Parlimen Stampin. Saya akan menyokong mana-mana calon yang diketengahkan oleh parti (untuk PRU-14), " kata ahli parlimen yang berusia 39 tahun itu kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP negeri Sarawak di sini semalam.


Dalam hal ini, Tan berkata beliau menyerahkan keputusan kepada kepimpinan DAP tetapi menambah bahawa beliau ingin melihat lebih ramai profesional muda dan individu-individu berbakat menyertai parti itu.

"Beliau (Yii) masih muda dan dalam DAP tapi kita semua bekerja sebagai satu pasukan. Saya akan mengikut keputusan parti," tambahnya.
 


Diminta menilai prestasinya sejak menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2013, Tan berkata ia bukan untuk beliau menilai dirinya sendiri tetapi dia mengakui ada komen yang diterima daripada segenab lapisan untuk beliau menjadi wakil rakyat yang lebih responsif.
 
Tan yang merupakan seorang jurutera aeroangkasa melihat Stampin sebagai 'kawasan kelabu' DAP itu berikutan proses persempadanan semula tahun lepas .Beliau yang menyifatkan proses persempadanan semula itu sebagai 'satu langkah yang tidak adil' kerana ramai pengundi di Stampin akan berpindah ke Bandar Kuching.


"Ada pengurangan pengundi di Stampin selepas persempadanan semula. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh memberi anda angka yang tepat, " ujarnya.


Oleh kerana persempadanan itu, Tan berkata Stampin tidak boleh menjadi 'kerusi selamat untuk DAP', tetapi melahirkan keyakinan bahawa Bandar Kuching akan kekal sebagai 'kawasan putih' kepada pembangkang.


Ditanya sama ada DAP negeri telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan persiapan untuk PRU14, beliau berkata parti itu telah menjalankan kempen pendaftaran pengundi sejak pilihan raya negeri tahun lepas.


"DAP telah membantu tidak kurang daripada 500 orang untuk mendaftar sebagai pengundi baru dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Dalam pilihan raya Parlimen pada tahun 2013, Tan mengalahkan heavyweight SUPP, Datuk Yong Khoon Seng dengan 18.670 majoriti selepas menang 41.663 undi.


Beliau menghadapi persaingan tiga penjuru dengan Yong dan Lina Soo daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak.


Untuk rekod berdasarkan 2013 , jumlah pengundi di Stampin adalah 84.732.

0 komentar: