Mar 1, 2017

Adakah Pengerang Akan Jadi Pesaing Singapura?


Kemunculan Pengerang sebagai hab minyak dan gas terbaru di rantau ini amat membimbangkan Singapura kerana kemudahan terbaru Johor ini mempunyai apa yang diperlukan untuk menandingi Jurong Island.

Jurong Island, hub luar pesisir seluas 32 km persegi (12.4 batu persegi), mempunyai 96 syarikat petroleum, petrokimia dan bahan kimia khusus global. Tetapi kekurangan tanah, bagaimanapun, telah membantutkan pertumbuhan perniagaan bandar raya ini. 

Inilah sebabnya mengapa Pengerang adalah satu cadangan yang menarik kepada pelabur di situ. Dengan pembukaan Terminal Petroleum Bebas Pengerang, kini terdapat tarikan yang kuat untuk penempatan semula peniaga dari Jurong Island.

Selain daripada menjimatkan kos, Pengerang juga secara strategik terletak di sepanjang laluan perkapalan antarabangsa, mempunyai kemudahan pelabuhan air dalam sehingga draf 24m dan berhampiran dengan pusat pengeluaran dan permintaan petroleum di Timur Tengah, India dan China.

Jadi secara semula jadi, Singapura semestinya gelisah mengenai kemungkinan penghijrahan pelaburan berpotensi dari Jurong Island.

Hanya masa akan menentukan jika Pengerang akan muncul sebagai pelengkap atau pesaing kepada Singapura.

Tetapi ia adalah peringatan bahawa Republik itu tidak boleh kekal berpuas hati dengan pencapaian ekonominya.

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 1 Mac 2017

http://www.straitstimes.com/opinion/malaysias-oil-hub-will-it-be-a-threat-to-singapore

http://www.thesundaily.my/node/253310

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

0 komentar: