Mar 13, 2017

#TN50: HANYA PUTRAJAYA DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN BESAR KEPADA BELIA SARAWAK




Hanya Putrajaya akan membawa perubahan yang besar kepada Sarawak dalam tempoh 30 tahun akan datang untuk belia di Sarawak tapi kerajaan persekutuan harus  menjadi rakan kongsi yang jujur tanpa menggunakan agama dan bangsa untuk politik kerana ini akan hanya mengundang perpecahan.Tanpa melihat kepada agama dan bangsa kita akan dapat melihat generasi muda di Malaysia seperti di Sarawak mereka telah benar-benar bersatu .

Memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Program Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diadakan di DeTAR Putra Hall, Universiti Malaysia Sarawak , generasi muda harus mempunyai nilai yang betul dari segi intelektual dan sihat dari segi fizikal .Golongan muda harus mempunyai keperihatinan terhadap persekitaran selain dari memenuhi tanggungjawab sivik mereka sebagai contoh kebanyakan rakyat Malaysia tidak membersihkan meja selepas makan di kedai-kedai makanan segera tapi kebanyakan di luar negara mereka lebih berfikiran sivik untuk membersihkan.

Anak muda Malaysia juga perlu lebih bebas dan bertanggungjawab untuk memulakan perubahan dan
bukan hanya  menunggu kerajaan untuk memulakan perubahan.Generasi muda Malaysia boleh berbuat demikian melalui gerakan kelab belia  atau kelab agar generasi muda Malaysia lebih berdikari , bertanggungjawab dan berani memulakan perubahan dengan menubuhkan kelab belia dan organisasi untuk jalan kepada perubahan.
 
Generasi muda di Sarawak masih bimbang mengenai kekurangan infrastruktur dari segi jalan raya dan teknologi komunikasi maklumat (ICT).


 "Untuk TN50 mereka telah mempunyai laman web rasmi TN50 www.mytn50.com. Walaupun untuk dialog itu masa tidak mencukupi  untuk mendapatkan aspirasi  semua belia Sarawak tapi mereka masih boleh menyalurkan aspirasi mereka ke laman web tersebut agar impian mereka di dengar," tambah beliau.
 
Sebelum dialog di Sarawak, sesi yang sama telah berlaku di Sabah, Terengganu, Johor dan Perak. TN50 dialog yang akan datang dijangka akan diadakan di Kedah.

0 komentar: