Bujang Senang

Bujang Senang

Mar 3, 2017

Plastik Naik 20 Sen, Gula Naik 11 Sen, Mana Lebih Rugikan Pengguna?


Pada mulanya, berita kenaikan harga gula sebanyak 11 sen sekilogram tular di aplikasi WhatsApp sebelum ia mendapat respon secara rasmi daripada kementerian bertanggungjawab. Namun, seperti kebiasaan perangai dan mentaliti masyarakat kita amat elergik dengan berita kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara kita, walaupun ia tidak dapat dielakkan daripada berlaku.

Apatah lagi ditambah pula dengan tindakan beberapa media yang 'nakal dan jahat' seperti Malaysiakini dan Sinar Harian cuba untuk membina persepsi yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sebenarnya, penetapan harga ini masih dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017, selepas lebih tiga tahun tidak berlaku sebarang perubahan pada harga.

Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013. Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram. Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.

Jika diamati dengan pulangan nilai pelaburan (return of investment), kenaikan harga gula sebanyak 11 sen tidak lah begitu merugikan pengguna berbanding tindakan kejam yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor meletakkan caj 20 sen keatas setiap pembelian beg plastik.

Lazim diketahui, pengambilan gula pada kehidupan kita seharian amatlah perlu kerana glukos yang dihasilkan itu mampu memberi tenaga kepada badan kita.

Sebaliknya, pembelian beg plastik dengan kos yang terlalu tinggi bagi setiap unit, bukan sahaja merugikan pulangan nilai, malah ia amat berisiko tinggi kepada pencemaran alam sekitar - kerana beg plastik merupakan bahan sukar dilupus.

Jadi, berfikirlah secara bernilai dalam dua isu ini. Jangan terikut-ikut kepada rentak dakyah hasutan pembangkang khususnya yang hanya tahu memandang kepada persepsi, tetapi melupakan soal sesebuah nilai apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan buat rakyat.

Kerana tiada negara yang semakin berkembang maju, tetapi barang dan perkhidmatannya masih berada di keadaan seperti pada zaman mundur. Kecuali sikap dan cara pemikiran masyarakatnya yang dihasut oleh pihak pembangkang.

Mana lebih rugikan pengguna? Sekilo gula kita beli setiap hari kah? Tidak, tetapi pengguna mengeluarkan belanja lebih 20 sen sehari untuk membayar caj beg plastik di Selangor.

Sebulan belum tentu habis sekilo gula yang naik 11 sen tetapi dalam seminggu berapa kali kita kena caj 20 sen kerana beg plastik?

Tulisan :
Beruang Biru
BB312, Jumaat
3 Mac 2017

0 komentar: