Bujang Senang

Bujang Senang

7 Mac 2017

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017, Kepada Yang Gagal Memohon


Secara keseluruhan, seramai hampir 6,320,769 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan diantara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 billion.

Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat permohonan rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan pemohon. Dimaklumkan juga, pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM.

Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2017, surat dan email pemakluman akan dihantar kepada pemohon yang akan menjelaskan sebab kegagalan dan juga kaedah rayuan. Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) yang terdekat sehingga 31 Mei 2017 dengan mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini seperti yang dinyatakan didalam surat/email.

Selain itu, penerima sediada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88- 2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my

Kementerian Kewangan 7 Mac 2017

Related Posts:

  • VIDEO:Sokong Pembangkang Dalam PKR Untuk Kalahkan BN - Mahathir BAGAI PEDIH DITUSUK SEMBILU… Begitulah perasaan para penyokong dan “pemakan dedak”  bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed sejak lebih 22 tahun dahulu selepas mendengar “titah ucapan” kempennya. Seperti y… Read More
  • AZIZ SEBELUM CAKAP PANDANG KIRI KANAN Pelantikan Datuk Dr Sim Kui Hian sebagai menteri penuh Kabinet Sarawak pada petang ini dilihat sebagai memenuhi janji Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kepada masyarakat Cina di negeri ini. Adenan jelas mahu masyarakat Cina… Read More
  • Sabotaj Calon Pengkhianatan Kepada Parti Pilihanraya Sarawak telah berlalu dengan jayanya serta menyaksikan Barisan Nasional membuktikan kejayaan yang besar dan masih releven untuk rakyat Sarawak yang masih memerlukan usaha pembangunan luar bandar yang akan m… Read More
  • WE ARE THE WORLD...TAHNIAH ORANG BELAGA SARAWAK Foto:Borneo Dihatiku WE ARE THE WORLD....TAHNIAH ORANG SG ASAP BELAGA SARAWAK.Tiada ungkapan yang dapat diberikan kepada masyarakat orang Ulu di kawasan Balaga,Baram dan Murum kerana membawa nama Sarawak ke peringkat … Read More
  • Uggah: Semua organisasyen Dayak patut sepenemu KUCHING: Sapit Kepala Menteri I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngelalau semua organisasyen Dayak ngelengka bida runding lalu beserakup ungkup pemaik bansa Dayak. Bejaku bejadi Bazar Gawai Dayak Kuching 2016, Uggah mada… Read More

0 komentar: