Bujang Senang

Bujang Senang

20 Nov 2017

Kalau PPBM Bubar, PAN Pula Platform Mahathir Selepas Ini?

Apa "plan B" Mahathir kalau Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM benar benar kena bubar? Nampak macam Mahathir tidak kisah sahaja PPBM hendak kena bubar. Mahathir lebih seronok jaga hati DAP dari fikir hal PPBM.

Mahathir nampaknya lebih seronok dengan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan dari jawatan yang ada dalam PPBM. Maknanya Mahathir mesti ada plan kedua bagi membolehkannya terus jadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Pelbagai kemungkinan akan berlaku kepada PPBM yang dinaungi oleh Mahathir. Salah satu kemungkinan yang boleh terjadi ialah pendaftarannya akan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).

ROS telah memberikan amaran terhadap PPBM berhubung perkara berkenaan namun hingga hari ini, AGM gagal juga diadakan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius dari segi undang undang pertubuhan ROS.

PPBM kini telah melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Meskipun berkemungkinan PPBM dibatalkan, namun Mahathir tidak menunjukkan kebimbangan sangat, malah hari ini beliau bersama pemimpin Pakatan Harapan yang lain dijangka akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid.

Perjumpaan itu berhubung permohonan HARAPAN kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjadi pakatan rasmi, bukannya mengenai PPBM.

Sepatutnya Mahathir mengambil berat dengan nasib PPBM yang kini diambang perpecahan namun beliau lebih sibuk dengan Pakatan Harapan. Mungkin bagi Mahathir, jika PPBM terbatal pun, beliau mungkin boleh menumpang parti lain.

Apa yang penting pada Mahathir adalah jawatannya dalam pakatan pembangkang, bukannya dalam PPBM. Melingkup pun tak apa PPBM, janji dia masih ada jawatan dalam pembangkang.

Jika sebelum ini tersebar khabar Mahathir akan menumpang parti DAP, namun kini ada kemungkinan beliau akan menjadikan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai platform jika PPBM dibatalkan.

Senang cerita, jika satu parti dibatalkan, Mahathir ada parti lain untuk menapak. Apatah lagi jaminan daripada presiden PH, Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan bersedia jika PPBM dibatalkan, maka ia memberikan peluang lebih besar kepada Mahathir.

Banyak alasan boleh diberikan oleh Mahathir jika pendaftaran PPBM dibatalkan termasuk ia adalah salah kerajaan, iaitu satu alasan mudah yang sering digunakan oleh pembangkang walaupun ianya berlaku akibat kesilapan sendiri.

Kemarahan Mahathir apabila kemungkinan PPBM dibatalkan tidak sehebat kemarahannya melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara. Mahathir nampak tenang sahaja walaupun ahli PPBM yang lain kini kelam kabut memikirkan nasib parti mereka.

Kenapa Mahathir kelihatan tenang? Kerana beliau mungkin sudah ada tempat untuk bertaut iaitu PAN apatah lagi parti itu sememangnya mengalu-alukan kehadiran Mahathir.

Bulan lepas, Mahathir mengejutkan Presiden PAN, Mohamad Sabu dengan mengunjungi rumah beliau. Bekas musuh politik Mahathir ini turut memasak nasi daging kambing, kambing goreng nampla, gulai ayam dan ikan masin goreng untuk dijamu kepada Mahathir.

Mahathir telah memuji masakan Mat Sabu sebagai sedap. Dari situ sudah tahu ikatan yang terjalin antara mereka berdua. Kehadiran Mahathir ke rumah Mat Sabu menunjukkan kedua-duanya sudah akrab walaupun dulu mereka mengutuk sesama sendiri.

Dari situ kita boleh tahu, PAN mungkin akan membuka pintu untuk Mahathir bertanding menggunakan platform mereka. Ini semua strategi politik yang sudah lama diatur. Kesian PPBM, baru setahun jagung ditubuhkan, belum sempat untuk menyelamatkan Malaysia, sudah diambang pembatalan.

PPBM pun tidak boleh selamatkan, ada hati hendak selamatkan Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB667, Isnin
20 November 2017

0 komentar: